BALING, 6 November 2008 : Satu program qiamullail telah diadakan dikalangan AJK DPPB bertempat di Markaz Hizbi UPU Bt.7 Rambong. Ianya hanya dihadiri seramai 13 orang AJK.
Qiamullail ini mempunyai kelainannya tersendiri apabila Y.Bhg. Cikgu Sukarno Abd Hamid dijemput untuk mengendalikan beberapa slot. Penyampaian yang menggunakan sepenuhnya teknologi LCD membuatkan AJK yang hadir tidak berpeluang untuk terlena kerana menumpukan perhatian kepada gambar-gambar yang tertera di skrin.
Slot ' muhasabah empat mata' bersama setiap AJK yang diadakan sebelum solat subuh secara bertentang mata dan bertemu lutut serta slot berzikir beramai-ramai sambil menggenggam erat tangan sahabat-sahabat yang hadir sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati setiap AJK yang hadir.
Diharapkan kaedah pengisian sebegini dapat diteruskan lagi secara berkala dimasa akan datang untuk memperkukuhkan ukhuwah terutama dikalangan AJK yang tidak berkesempatan untuk hadir qiamullail ini.