Undian pasukan akan dijalankan pada 20 Disember 2008 Sabtu jam 3ptg bertempat di Markaz PAS Kawasan Baling. Wakil pasukan wajib hadir.
16 December 2008
BIHUN SUP DALAM USROH DI RUMAH SHAHIDI.





KUPANG, 3 Disember 2008: Akhirnya berjaya juga diadakan usroh DPPB di rumah Sdr. Shahidi Marzuki setelah beliau benar-benar mempunyai kesempatan dan kelapangan masa.
Usroh kali ini dihadiri oleh 12 orang AJK DPPB. Antara isi perbincangan ialah mengenai penguasaan ilmu tajwid Al-Quran yang mesti dikuasai oleh AJK DPPB. Usroh malam tersebut juga telah bersetuju supaya sekurang-kurangnya 1 hukum tajwid akan dibincangkan setiap kali selepas bacaan Al-Quran dalam usroh-usroh seterusnya.
Ahli usroh telah dihidangkan dengan menu Bihun Sup Rambong yang ditaja oleh tuan rumah, Sdr. Shahidi Marzuki. Kesemua ahli usroh dilihat menambah sekurang-kurangnya 2 kali dalam upacara makan ini termasuk Ust Saidin Hussin (Pengerusi Lujnah Tarbiah) walaupun beliau hadir lewat kerana terkandas di jalan raya akibat banjir.
Mudah-mudahan tuan rumah dan keluarga dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)