KUPANG, 3 Disember 2008: Akhirnya berjaya juga diadakan usroh DPPB di rumah Sdr. Shahidi Marzuki setelah beliau benar-benar mempunyai kesempatan dan kelapangan masa.
Usroh kali ini dihadiri oleh 12 orang AJK DPPB. Antara isi perbincangan ialah mengenai penguasaan ilmu tajwid Al-Quran yang mesti dikuasai oleh AJK DPPB. Usroh malam tersebut juga telah bersetuju supaya sekurang-kurangnya 1 hukum tajwid akan dibincangkan setiap kali selepas bacaan Al-Quran dalam usroh-usroh seterusnya.
Ahli usroh telah dihidangkan dengan menu Bihun Sup Rambong yang ditaja oleh tuan rumah, Sdr. Shahidi Marzuki. Kesemua ahli usroh dilihat menambah sekurang-kurangnya 2 kali dalam upacara makan ini termasuk Ust Saidin Hussin (Pengerusi Lujnah Tarbiah) walaupun beliau hadir lewat kerana terkandas di jalan raya akibat banjir.
Mudah-mudahan tuan rumah dan keluarga dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan. Ameen.
No comments:
Post a Comment