**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





31 December 2009

Minda KP.

Muhasabah untuk Wakil Rakyat...

Bajet 2010 yang diluluskan dengan majoriti 3 undi banyak menimbulkan persoalan , kejutan dan memalukan bagi kabinet Najib ,tamparan hebat ini membuat pihak BN tidak senang duduk ,maka timbul suara agar tindakan kepada ahli parlimen mereka yang tidak hadir.

Bagaimana pula bagi pihak Pakatan Rakyat kususnya dari PAS? Diharapkan penyakit ini tidak berjangkit. Semua wakil Rakyat perlu muhasabah diri agar pandangan negatif kepada wakil rakyat tidak menjadi antara alasan untuk mereka tidak mengundi pakatan dan mengkhianati Parti.

PAS di masa depan mesti lebih teliti dan mengambil pandangan dari berbagai sudut bagi memilih calon di PR ke 13 akan datang, bukan hanya memandang dari sudut ketrampilan dan gah nama sahaja. Pandangan ahli dan penyokong perlu juga diambil kira. Ini kerana wakil rakyat bukanlah orang biasa, mereka adalah orang yang diamanahkan oleh Parti dalam melaksanakan kewajipan dan tanggung jawab.

Dalam undian bajet yang dilulus dengan majoriti tipis ini, saya merasakan terlalu banyak rungutan dari ahli dan penyokong untuk wakil Rakyat yang mereka sayangi , lebih-lebih lagi yang gagal memberi alasan dan sebab yang kukuh. Suara-suara ini boleh kita baca di blog-blog dengar di mesyuarat-mesyuarat , dibicara di usrah-usrah atau dibahas di kedai-kedai kopi.

Bagi saya sebagai ahli PAS yang amat sayang dan menaruh sejuta harapan kepada wakil rakyat mengharapkan mereka bermuhasabah diri dan memperbaiki diri dalam mengorak langkah menjadi wakil rakyat baik dan dikenang rakyat. Dalam usrah kepimpinan PAS, kita selalu diingatkan dengan perkataan muhasabah dan kita pandai menyuruh orang bermuhasabah.

Sebagai ingatan kepada wakil Rakyat….antaranya:

Jangan terlalu ego,kerana sifat ini selalu mengguris hati ahli dan penyokong
Jangan tidak turun ke kawasan dengan alasan Dewan bersidang dan jadual padat
Jangan Kedekut ,kerana tidak bermakna gaji dan elaun yang kita dapat tanpa sumbangan
Jangan bermusuh dengan jentera kerana merekalah yang menyumbang kearah kemenangan
Jangan mencari alasan kerana alasan itu menjadikan kita disia-siakan
Jangan menghina anggota Parti dan ahli kerana mungkin timbul dendam
Jangan mengguris hati pimpinan kerana merekalah memilih kita
Jangan menolak pandangan dan pendapat orang lain ,mungkin pandangan itulah yang terbaik
Jangan berdendam kerana dendam akan membakar diri
Jangan menganggap orang bodoh, kerana orang yang kita anggap bodohlah yang diperlukan bekerja untuk kita.
Jangan menabur fitnah kerana fitnah tidak tidur
Jangan tinggal kewajipan yang difardukan, kerana meninggalnya adalah dosa
Jangan mulakan permusuhan kerana permusuhan membawa kehancuran
Jangan bersikap bodoh dalam tindakan kerana semua orang sudah pandai menilai
Jangan terlalu protokol dengan ahli dan penyokong kerana orang akan bertambah meluat
Jangan menipu kerana akhirnya orang akan tahu
Jangan hanya membina kekayaan peribadi dan keluarga kerana kepimpinan Islam bukan begitu Jangan Alpa dan leka kerana ia akan memusnahkan kita
Jangan bebal kerana bebal bukan jalan penyelesaian
Jangan membebel kerana huduh dipandang
Jangan menzalimi kerana doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan

Apa yang saya sebutkan disini hanya sebahagian dari apa yang perlu difikirkan. Yang baik dan sesuai boleh diambil sebagai pedoman. Pandangan ahli dan penyokong amat penting. Kita tidak mahu masalah sikap dan perangai hodoh wakil-wakil rakyat menjadi senjata pihak musuh. Walau pun sudah di gelar YB beberapa penggal. Kadang-kadang kita amat muak mendengar perangai dan sikap wakil rakyat walaupun kita juga terpaksa mempertahankannya, kadang-kadang sifat wakil rakyat menjadi menyebab dan penghalang untuk pimpinan kawasan turun ke cawangan. Apa tidaknya, soalan yang sama dibangkit, rungutan yang sama diajukan malah ada ahli dan penyokog yang tidak sopan dengan kata kesat, kasar dan tidak indah didengar.

Tidak dinafikan kadang –kadang ada juga orang yang sengaja mencari keburukan dan kekurangan YB , kita biarkan andaian dan spekulasi ini sama ada dengan penjelasan dan tindakan. Harapan dari penyokong dan pengundi YB yang mereka pilih adalah diharapkan benar-benar menjadi wakil rakyat dan buangkanlah sifat –sifat yang buruk dan boleh dipandang serong. Hiasilah dengan perangai yang baik, sifat terpuji penuh didikasi dan teloransi. InsyaAllah wakil rakyat selalu ada dihati, YB sentiasa disayangi.

AllahuAkhbar………………Wallahaalam

Ustaz Osman Abd Hamid.
KP DPPB.

KEMBALI KE SEKOLAH

OLEH:

Osman Abdul Hamid

Ketua Dewan Pemuda PAS Baling

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnianya dapat kita mengenal serta mengetahui segala hikmah kehebatan ciptaan Allah swt. Cuti persekolahan dah hampir tamat, ibubapa sibuk dengan kelengkapan untuk persediaan sekolah 2010. Banyak wang dibelanjakan demi memenuhi kehendak dan keinginan anak-anak. Ada juga ibu bapa yang tidak bernasib baik kerana kekurangan belanja dan sebagainya ,persiapan ke sekolah ala kadar dan menggunakan yang lama saja.

Pendidikan adalah suatu yang cukup penting dalam kehidupan kita, pendidikan yang mencakupi berbagai bidang ilmu kehidupan kita, pendidikan yang berjaya adalah pendidikan yang dapat membebaskan diri kita dari belenggu kejahilan dan mebebaskan diri dari pengabdian diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada tuhan yang maha asa.

Dalam hal ini marilah kita melihat betapa pentingnya ilmu, Nabi Adam telah dibekalkan oleh Allah dengan ilmu dan diajar dengan semua nama-nama, Umat Nabi Muhammad juga diperintahkan menuntut ilmu, Maksud Sabda Rasul s.a.w. “menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan keatas setiap muslimin dan muslimat, tuntutlah ilmu dari buaian hingga keliang lahad” dan banyak lagi hadis yang menunjukkan tentang betapa pentingnya ilmu.Maksud Firman Allah. “Tidak sepatutnya orang-orang mukmin pergi kesemuanya (ke medan perang), mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka untuk mendalami pengetahuan tentang agama untuk memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada kaum mereka, mudah mudahan kamu mendapat peringatan”.

Dalam kewajipan menuntut ilmu disini khususnya ilmu fardhu ain, yang merangkumi aspek aqidah serta ibadah. Persoalannya ialah sejauh mana kesedaran ibu bapa yang menganggap ianya merupakan suatu kewajipan dan perlu diutamakankan. Banyak ibu bapa yang hanya mementingkan ilmu yang menjadi fardu kifayah sedangkan dalam masa yang sama anak-anak terbiar dan terumbang ambing tanpa berpaut kepada aqidah yang kuat. Ibu bapa merasa bangga apabila pencapaian akademik anaknya hebat, tapi tidak terasa sikitpun bersalah jika anak tidak pandai sembahyang, tidak pandai membaca Al Quran dan sebagainya. Ilmu yang menjadi kewajipan adalah merupakan suatu tuntutan, tanpa ilmu ini manusia binasa, didunia ibadahnya salah dan diakhirat amalannya ditolak.

PAS menyediakan pusat pusat pengajian yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas untuk Islam, bertujuan menyedarkan ummat tentang bahaya kejahilan, bahaya tidak mengenal Allah dan bahaya buta Al Quran. Apa yang dibimbangi ialah sikap ahli dan penyokong PAS sendiri yang tidak memberi sokongan dan keyakinan terhadap sistem pendidikan yang kita bina, malah kadang-kadang institusi pendidikan yang berteraskan kepada Islam ini kurang mendapat sambutan dari ahli dan penyokong samada PASTI, SAR ,PONDOK dan lain-lain.

Kepentingan material tak sepatutnya mengubah haluan dan cara kita mendidik anak-anak , ilmu mengenal Islam patut dipelajari dan diberi penekanan diperingkat rendah lagi,kita tidak mahu melahirkan ilmuan yang jiwanyaterpesong dari Islam. Saya rasakan pentingnya kita memperbetulkan hala tuju yang salah dalam matlamat pembelajaran, kerana ancaman ancaman musuh sentiasa mengelilingi kita, musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang agar umat Islam leka dan lupa dengan Ilmu yang menjadi tuntutan utama iaitu Ilmu Aqidah. Ilmu tanpa Akidah akan menjadikan kita kelam dalam pencarian,gelap dalam kenikmatan bahkan terpesong dalam sinar.

Selamat kembali ke Sekolah moga Berjaya didunia dan akhirat. AllahuAkhbar.

29 December 2009

SEKADAR RENUNGAN...

SISTEM TARBIYAH ISLAM...



Tarbiah (pendidikan) Islamiah, bererti proses mempersiapkan manusia dengan persiapan yang menyeluruh yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliput rohani, jasmani dan akal fikiran. Termasuklah dalam lingkungan kehidupan duniawinya, dengan segala aspek hubungan dan kemaslahatan yang mengikatnya; dan kehidupan akhiratnya, dengan segala amalan yang dihisabnya; yang membuat Allah Subha Nahu wa Taala redha atau murka.

Oleh kerana itu, ia bersifat integral (sepadu) dan menyeluruh; dan itulah yang membezakan sistem Islam dengan sistem atau aturan lain.Ringkasnya, tarbiah Islamiah adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan (tawazun) dalam potensi, matlamat, ucapan serta tindakannya secara keseluruhan.

Keseimbangan potensi yang dimaksudkan adalah hendaknya jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain atau suatu potensi sengaja dimandulkan untuk mewujudkan potensi yang lain.

Inilah satu keistimewaan sistem Islam dan undang-undangnya. Juga keseimbangan antara potensi rohani, jasmani dan akal fikiran; keseimbangan antara kerohanian manusia dan kejasmaniannya, antara keperluan asas dan sekunder, antara realiti dan cita-citanya, antara wawasan pribadi dan jiwa kebersamaannya, antara keyakinan kepada alam ghaib dan keyakinan pada alam nyata, keseimbangan antara makan, minum, pakaian dan tempat tinggalnya, tanpa adanya sikap berlebih-lebihan di satu sisi dan pengabdian di sisi lain. Benar-benar keseimbangan yang mengantarkan kepada sikap adil, yakni adil dan saksama dalam segala aspek.

"Dan demikian (pula) Kami telah jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pertengahan." [Al-Baqarah: 143]

Bahkan keseimbangan adalah satu aturan yang Allah Subhanahu wa Taala tetapkan pada segenap makhlukNya; manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan bintang cakerawala di angkasa raya. Semua berjalan sesuai dengan hukum alam yang telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta alam ini. Itulah keistimewaan kedua yang ada pada sistem Islam.

Keistimewaan lain sistem tarbiyah Islamiyah ialah ia mendorong seseorang untuk memiliki dinamika yang tinggi dalam seluruh kehidupan dirinya beserta orang-orang disekelilingnya, dan juga termasuk bersama lingkungan alamnya. Ia juga merasa terdorong untuk memakmurkan bumi dan mengambil manfaat sebesar-besarnya baik dari samudera, angkasa, binatang, tumbuh-tumbuhan, maupun semua benda mati dengan prinsip bahawa semua itu telah ditundukkan oleh Allah Subha Nahu wa Taala untuknya. Ia tidak bersikap negatif dan pasif di dalam upaya meraih kemaslahatan diri dan masyarakat yang ia hidup dengannya atau lingkungan alam yang Allah tundukkan untuknya. Namun sebaliknya, ia bersikap positif dan responsif di bawah naungan agama yang agung dan moral yang tinggi ini.

Selain itu, tarbiah Islamiah memiliki keistimewaan dengan kemampuannya mengiringi fitrah manusia dalam menghadapi realiti kehidupan di bumi dan di alam material ini, juga mengiringi potensinya menuju tingkat keteladanan dan kepeloporan sehingga dapat memberi manfaat dan kemaslahatan bagi diri, agama dan masyarakatnya. Semua itu termasuk dalam batas yang Allah Subha Nahu wa Taala halalkan dan syariatkan. Di samping itu, Islam juga mengakui adanya kelemahan pada diri manusia ketika berhadapan dengan nafsu syahwat. Untuk menghadapi lemahnya manusia berhadapan dengan kewajiban, Islam datang dengan firman-Nya;

"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan." [Al-Hajj: 78]

Sedangkan untuk menghadapi lemahnya manusia berhadapan dengan godaan nafsu, Allah Subha Nahu wa Taala berfirman;

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik." [Ali-Imran: 14]

petikan: Usrah keluarga

27 December 2009

Tamrin dppb di D' Puncak Beris, Sik (25/26.12.099)


Semua peserta Tamrin yang terdiri dari 13 AJK dppb bergambar kenangan bersama urusetia dalam majlis penutup... ust. Somat, ust. Marzuki, ust. Man, ust. Ya,ust. Ashri, s.u ust. Helmi, Timb. KP ust. Rashidi, Naib KP ust. Zulkifli, ust. Saad, en. Suhaimi, en. Arman, en Zamri dan ust. Fadzlan. Yang lain tu urusetia tamrin...

Jelas terpancar keceriaan diwajah masing2 setelah menghabiskan program tamrin dppb di bawah lajnah Tarbiah (Ust. Rashidi)...terima kasih dan tahniah untuk Lajnah Tarbiah...semoga tamrin 2010 lebih meriah dan mencabar....

Ukhwah yang disemai dan dibaja...pastinya akan berbunga indah....ikatan kemesraan kami pastinya menjadi sumber kekuatan dalam jamaah....bersamalah kita hargainya....

selamat berpisah.....semoga bertemu lagi dalam program yang lain....biarlah airmata kita mengalir bersama gugurnya keegoan yang sesekali singgah dihati.... untuk urusetia....dppb amat menghargai jasa kalian....

foto Tamrin


Abg Mie bank, Zam PA System....terselamat dari acara berakit....tak mampu dah kami nak buat rakit banyak2.......tumpang speed bot yang mengiringi peserta...

Fuh....s.u. berbekalkan slogan 'biar lambat asalkan sampai'...tetap meneruskan cabaran hingga garisan penamat.......dan tetap dengan perjuangan hingga ke hembusan nafas terakhir..... begitulah istiqamah yang disuarakan dalam tamrin kali ini....
begitu bersemangat....tambahan pula setelah bergelar juara rakit..

Masing-masing cuba nak laju...tapi ini rakit....bukan speedbot....


Kem Komandan.....memang berbakat...pewaris kepimpinan jamaah

Penuh keyakinan...Kenapa tu....ada lintah ke?

Senyum tu tanda puas hati. Ikat rakit kuat-kuat..


Masing-masing mengambil tempat atas kenderaan pertama dimuka bumi..... Dah bersedia untuk berlepas.. 5 rakit dah cukup...


wajah timb. kami.....memang best la tamrin ni....tabik spring kat tarbiah...Ust Rashidi lebih ceria selepas kahwin...semoga diberkati Allah selalu.

Ust Man orang yang mula-mula basah dan rasmi buat rakit...Takbir!!!
Ust man....berendam dalam tasik lbh kurang 4 jam....bermula dari proses membina rakit....hingga ke garisan penamat...malah sempat tidur bertilamkan air...memang hebaaaat..

Ikat ni pun kena ada tekniknya juga..Nanti rakit pecah...susah tu...
Tekun membina rakit...Arman tengah rancang untuk membina rakit 2 tingkat...macam feri Penang...

Kembar yang sukar dipisahkan...jalinan ukhwah yang amat kukuh...seperti binaan yang digambarkan Allah Taala dalam surah Saff yang wajib dihafal oleh peserta tamrin...
hee...makan apa tu...tak kongsi pun..

Sedang memusnahkan ekosistem berhampiran tasik....

Masuk ladang buluh ni bukan senang..dah miang satu badan..Nasib pacat tak ada...

Aksi selepas berjaya menawan puncak beris...

Tolong kawan..Ust Man nak pitam ker?

Alhamdulillah..Akhirnya DPPB berjaya menawan Puncak Beris. Dalam kepenatan masih boleh senyu..indahnya perjuangan.

Tabahkanlah hatimu...

Kenangan Indah Di Puncak Beris


Group pertama menawan puncak beris

Group yang masih mendaki..Semangat ukhuwah semakin tebal..tunggu sahabat yang belakang..

Ni....apa kisah....dah sampai puncak ker?

Mencabar sungguh naik bukit ni..curam sehingga 85'

Hati-hati kepala..masuk terowong sepanjang 100 m


Awal bertolak...senyum semuanya...tapi bimbang juga memikirkan cabaran pendakian.

Berkumpul dulu...dengar taklimat pengurus resort..doa kesejahteraan tidak dilupakan

Tazkirah subuh...oleh Ust Marzuki

Tok guru kami....ust Marzuki..

Pejam mata bukan lena..tp muhasabah diri tu..

Asyik dok azan subuh...sedap, lunak dan mendayu-dayu..

Makan malam...ikan masin paling best..terima kasih urusetia.

Majlis penyerahan ajk kepada kem komandan...kami sedia menerima tarbiyah..

Serius jer masa taklimat..tp menang sebagai peserta paling lucu...dan ...

25 December 2009

Pesanan Perjuangan

PESANAN/NASIHAT DARIPADA UST KAMARUZZAMAN BIN ABDULLAH (KETUA PEMUDA HULU TERENGGANU)

1. Semua pejuang Islam perlu mengingati pesan As-syahid Hassan Al-Banna bahawa Al-wajibu Aktharu minal al-awqat (Kewajiban kita adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada). Justeru janganlah terlalu sibuk dengan hal-hal yang remeh-temeh dan mencari perkara-perkara yang boleh menyusahkan jamaah.

2. Umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Ini kerana kita telah dijuzuk-juzuk atau dipecahkan oleh musuh Islam. Lebih malang lagi, orang Islam sendiri turut terlibat dengan perpecahan itu. Carilah persamaan dan murnikan perbezaan.

3. Kebangkitan ISLAM akan berlaku setiap 100 tahun. Pasti apabila sampai waktunya akan ada orang atau jamaah yang akan membangkitkan kegemilangan ISLAM.

4. Pejuang Islam atau pendokong jemaah akan berdepan dengan 4 golongan:

i. Al-Mukmin - golongan yang percaya kepada perjuangan ISLAM
ii. Al-Mutashakik - golongan yang menyimpan syak kepada perjuangan ISLAM
iii. An-Nafa'iyun - golongan yang ada kepentingan tertentu di dalam perjuangan ISLAM
iv. Al-Mutahamil - golongan yang benci kepada perjuangan ISLAM.

5. Meneguhkan ukhuwah sesama ahli seperjuangan. Guna tiga kaedah seperti yang dicadangakan iaitu ziarah, beri hadiah/penghargaan dan akhirnya berdoa kepada Allah agar sahabat itu kembali dan terus kekal di dalam perjuangan.

6. Kita yang menerima tarbiyah jangan terleka dengan jawatan, keselesaan, keluarga dan kebendaan yang dimiliki sekarang. Turunlah ke medan perjuangan yang menjamin kesejahteraan AKHIIRAT.

Wassalam..

24 December 2009

Agenda larut malam...mesy. khas...di Nurul Hidayah..Tembak.


Salah satu agenda penting DPPB ialah........Ust Man ketua semua, dari kepimpinan hingga ke makanan..penerangan kontrol jiwa....Pen. SU biasa la, jaga hati semua orang...

tunggeng seperiuk sup tulang resepi KP Ust Man...SU tak puas hati lagi....

Alim, beradab sopan santun,berjiwa kebapaan,hensome dan tidak zalim....serta patuh pada suruhan Allah...sejuuuk perut ibu mengandung yee..

2 Orang kuat PASTI Baling....semakin merendah diri...tapi bendahari... hirup sup tulang tanpa mempedulikan jiran yang memang dah kenyang pun...

Rebah daaaah....pitam...pitam...

Perjuangan ditunda sekitar jam 1.30 pg....

Usrah DPPB kali ke 24 (2009)-Muhasabah diri


Naqib Usrah Negeri Kedah, SU DPPB, AJK DPPB juga tuan rumah...Ust Marzuki.

Pen. SU, KP Ust Man, Bendahari...

Pengerusi PASTI Baling, Pengerusi Tarbiyah, Pengerusi PA.

ICT, Unit Amal, Penerangan, Pen su.

Timb. PASTI, Naqib Neg.

Usrah yang bertempat di rumah Ustaz Marzuki, Taman Muslim, Kuala ketil yang memfokus kepada persoalan muhasabah diri terutamanya dikalangan AJK DPPB yang merupakan barisan paling hadapan dalam menggerakkan jentera jamaah menghadapi pelbagai situasi masyarakat yang menimbulkan berbagai mehnah dan tribulasi perjuangan.

Walau apapun terjadi, perjuangan tetap diteruskan........
Sahabat DPPB....
sesungguhnya organisasi dan jamaah amat memerlukan tenaga dan buah fikiran kalian umpama bumi yang gersang teramat merindukan titisan hujan dari langit.....

Sahabat DPPB....
sesungguhnya tenaga dan buah fikiran kalian teramat bernilai dan teramat berharga dalam menggerakkan jamaah....

Sahabat DPPB...
sesungguhnya kekuatan kita terletak pada kekuatan ukhwah dan kerjasama yang tentunya lahir dari proses tarbiah dan usrah antara kira.....

Sahabat DPPB....
tentu Allah Taala mengurniakan nikmat kemanisan perjuangan kepada kita sekiranya hati kita benar-benar suci dalam sebuah perjuangan yang teramat sukar ini....

Sahabat DPPB....
simpulkan hati-hati kita dengan satu ikatan yang teramat erat...agar tidak ada lagi ruang bisikan jahat yang melumpuhkan semangat perjuangan kita...

Selamat bertamrin di ucapkan kepada DPPB....

23 December 2009

WalimahtulUrus yang diberkati

SELAMAT PENGANTIN BARU

Oleh : Osman Abdul Hamid

Ketua :Dewan Pemuda PAS Baling

Kepada semua pemuda-pemuda ,sahabat-sahabat dan kenalan serta muslimin dan muslimat yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti ini diucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke anak cucu.Kepada sahabat dan kenalan yang tidak sempat saya hadiri walimatul urus, harap maaf. Pada tahun ini paling banyak saya hadiri majlis kenduri sebanyak 8 tempat dalam satu hari dari pagi hingga malam ,Alhamdulillah.

Perkahwinan merupakan satu tuntutan sunnah dan ianya merupakan fitrah kejadian manusia yang mempunyai naluri ingin hidup berpasangan. Dalam mencapai sunnah ini, kita akan menemui berbagai cabaran bahkan halangan.Kita hendaklah berbangga dengan pasangan kita yang bernama isteri ,jangan kita berbangga dan tidak merasa malu dengan menggauli perempuan yang bukan isteri ,kerana itu dilarang agama ,haram ,ditegah dan boleh menghampiri zina.

Kita mesti menerima kenyataan dan realiti bahawa pasangan yang kita nikahi ,dialah isteri ,dialah jantung hati ,dia yang akan berkongsi suka duka hidup bersama. Walaupun dia bukan pilihan utama atau dia pilihan ibu dan bapa kita.Apabila bergelar suami maka tunaikanlah tanggung jawab sebagai suami.

Cuma saya ingatkan diri saya dan semua sahabat seperjuangan bahawa dugaan dan mehnah yang kita lalui tidak akan sama. Semasa kita di alam teruna, kita tidak terikat dengan seorang wanita yang bernama isteri, kita boleh makan dan minum bersama kawan diluar atau ditempat program. Kini setelah bergelar suami, bagaimana mahu melaksanakan antara kewajipan dan tanggungjawab, bagaimana situasi semasa isteri sarat hamil mengandung, saat isteri ditinggalkan ketika berada dihospital melahirkan anak, ujian isteri, anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ,anak demam ,sakit kadang-kadang semua anak demam namun isteri terpaksa juga ditinggalkan bagi memenuhi hasrat dan kewajipan perjuangan.

Istiqamah dan disiplin dalam program jemaah kadang-kadang menjadi luntur, kita mengah menghadapi kerenah, dulu komitmen kita hanya dengan perjuangan tapi sekarang kita ada keluarga, anak dan kerjaya, pendapatan tidak bertambah tetapi tanggungjawab bertambah, bagaimana harus kita memberi kefahaman kepada isteri, masa yang sedikit bersama mereka, bagaimana mahu menghadapi ibu dan mertua apabila mereka melihat anak dan isteri selalu ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan jemaah. Semoga kita dapat menghadapi semua ini kerana kita adalah pejuang, kita adalah amilin dan dimasa yang sama juga kita adalah suami dan kita bertanggung jawab terhadap jamaah.

Sahabat yang dirahmati Allah, saya melihat Walimatul urus atau kenduri kahwin kadang –kadang tersasar dan berbeza dengan apa yang dianjurkan oleh Islam,banyak tempat hiburan-hiburan dan perkara yang melaghakan dihidupkan semula, dengan persandingan, karoke dan sebagainya. Malah anak-anak muda yang menjadi mentara kadang-kadang dengan terbuka menghirup air daum ketum atas alasan kuat bertugas.Malah ada orang kuat PAS, buat kenduri dengan band pemuzik jemputan, malam 60 an dan macam-macam lagi. Saya sebutkan disini sebagai ingatan bahawa arah tuju dan matlamat kita hendaklah beriringan dan memenuhi hasrat perjuangan Islam yang diperjuangkan.

Budaya kenduri yang dipenuhi maksiat perlulah kita jauhi,sikap kita hendaklah mencerminkan arah dan matlamat Islam yang kita tuju.Semangat kerja sama,tegur menegur antara kita diisemai dan dibajai agar mahabbah dan kasih kita sesama insan seagama dapat teguh dan kuat dengan amalan Islam yang dipamerkan.

Ikatan istimewa dua mempelai moga dicucuri rahmat dan hidup yang dilimpahi berkat ,perjuangan tidak ditinggalkan,sunnah dilaksanakan ,komitmen diteruskan,istiqamah dalam ujian dan teruskan perjuangan.Selamat pengantin baru kepada semua yang melayari bahtera perkahwinan dari saya dan Dewan Pemuda PAS Baling.

berkhatan....


Berkhatan(bersunat)

Oleh : Osman Abdul Hamid

Ketua :Dewan Pemuda PAS Baling

Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah ,dengan limpah kurnian dan nikmat yang diberikan .Kepada sahabat –sahabat yang menganjurkan majlis berkhatan pada musim cuti ini diucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjemput,walaupun ada yang tidak sempat dilawati ,saya mohon banyak kemaafan.Alhamdulillah Pada tahun ini juga anak sulung saya menyertai majlis berkhatan di Markas PAS .

Saya rasakan majlis berkhatan adalah satu majlis yang boleh dan perlu kita anjurkan untuk memperkukuhkan ikatan kita sesama muslim atau dikalangan ahli dan penyokong ,sama ada dibuat di markas atau rumah.Kalau kita anjurkan diatas nama PAS sekurang-kurangnya dapat memenuhi taqwim dan jadual tahunan kita,disamping boleh menambah dana dan duit tabung Jemaah.

Kemeriahan dan keseronokan majlis yang kita anjurkan patut dikembalikan seperti dulu sekurang-kurangnya dapat mengikat silaturrahim dan tali persaudaraan sesama kita yang kadang-kadang hambar dan kadang-kadang kita lebih seronok membuat majlis seorang diri atau pergi ke klinik tanpa pengetahuan masyarakat dan mengisi ruang dengan program-program Jemaah.

Saya rasa seronok apabila program berkhatan ini dianjurkan oleh PAS samada pemuda cawangan atau sebagainya,pada pengamatan saya banyak kelebihan dan manfaatnya.Antaranya cawangan dapat digerakkan dengan semangat ukhwah yang lebih mantap,menanam sifat gotong royong sesama ahli dan penyokong dalam menyelesaikan kerja ,sekurang-kurangnya dapat menambah duit tabung cawangan dan yang pasti dapat menarik orang Umno menjejak kaki ke Markas PAS.

Disamping kemeriahan majlis yang dianjurkan ,janganlah kita mengisi ruang dan program ini dengan perkara yang melaghakan kerana Khatan mempunyai banyak hikmah seperti yang dikatakan oleh Ulamak ,diantara hikmah khatan adalah fitrah yang merupakan naluri dan pembawaan manusia semenjak dilahirkan iaitu tingkah laku yang bersih ,sucu,belum dikotori dan dicemari oleh kecatatan.Khatan juga merupakan satu syiar dan syariat Islam yang membawa kepada kesempurnaan Agama yang disyariatkan oleh Allah melalui lidah Nabi Ibrahim .yang membolehkan kita terbeza dengan mereka yang bukan muslim sebagai bukti ubudiah kita kepada Allah serta ketaatan dalam melaksanakan perintahnya.

Dari sudut kesihatan pula ianya merupakan cara sihat untuk memelihara seseorang dari berbagai penyakit ,kerana kulup yang telah dipotong dan dibuang dapat menghindari dari sisa kotoran kencing dan sebagainya , juga menghalang gangguan pada hasyafah ketika membesar dan menegang.Ada juga kajian yang mengatakan berkhatan merupakan satu bentuk ketahanan dari terkena penyakit kanser prostat dan penyakit kelamin lain.

Pada umumnya kanak-kanak lelaki mengikut pendapat ulamak disunnahkan sebelum akil baligh kerana kanak-kanak tidak diwajibkan menjalankan syariat Agama dan jika waktu sudah baligh ,maka khatan itu wajib dan perlu disegerakan

Mazhab Syafie juga memandang baik mengadakan walimah khatan kanak-kanak lelaki yang bertujuan mensyukuri nikmat Allah serta memperolehi pahala sedekah ,akan tetapi hukum menghadirinya tidaklah wajib tapi ada ulamak yang mengatakan wajib menghadirinya bagi menunaikan jemputan dan hasrat saudara muslim yang lain.Bagi kanak-kanak perempuan dipandang baik ,jika mengadakan walimah khatan dikalangan anak perempuan sahaja,kerana anak perempuan akan merasa malu khatannya dimasyhur dan diwar-warkan.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua,marilah kita mengambil dari sebahagian kebaikan dan hikmah syariat ini. Banyak peluang yang boleh dikutip bagi manfaat Islam ,Banyak ruang yang boleh disusuri bagi mengindahkannya.Setiap individu dan masyarakat mahukan yang terbaik dan betapa indahnya Islam yang mempunyai berbagai-bagai rahsia dalam syariatnya.

AllahuAkhbar….

22 December 2009

INILAH JALAN KITA

Oleh: Ust Osman Abd Hamid

Islam adalah matlamat perjuangan kita, walaupun berat pada pandangan mata dan bahu memikul, perjuangan mesti diteruskan. Tahap kesabaran dan pengorbanan yang tinggi perlu ada dalam diri setiap amilin yang berjuang kerana jalan ini adalah jalan kita menuju ke syurga Allah. Luasnya syurga tidak terhingga dan kita tak pernah melihatnya, mencium baunya, mendengar bisikan penghuninya, tak tergambar dan terlintas di akal fikiran. Cuma gambaran yang dibawa oleh Al-Quran dan Hads sahaja.


Syurga... orang yang memasukinya akan lupa segala derita dan sengsara yang dilaluinya. Jalan ke syurga inilah jalan kita, jalan perjuangan kebenaran. Jalan inilah yang akan ditempuh oleh penghuni syurga untuk sampai kepadanya. Sungguh payah, sungguh dasyat, kesulitan dan berbagai penderitaan dilalui, tabiat menuju jalan ini seperti Sabda Rasul saw bermadsud "Syurga dikelilingi dengan berbagai perkara yang tidak disukai".


Ranjau dan onak menempuh jalan ini pernah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dengan ejekan, penginayaan dan penghinaan. Di sepanjang jalan ini, penjara-penjara menjadi kediaman dan rumah para pejuang, badan mereka disikat dengan sikat besi, badan mereka digergaji terbelah dua, dibakar setelah disimbah petrol, dikurung dalam najis tanpa memberi makan,di penjara dalam air dan berbagai bentuk takzib dan penyeksaan yang dilalui oleh pejuang Islam. Kita mendengar dan mengentahui jalan ini. Inilah jalan kita. Ungkapan jelas lagi jujur bahawa syurga di kelilingi dengan berbagai hal yang tidak disukai. Itulah tabiat dan sunnatullah untuk pejuangan. Adakah kita dapat merempuh jalan ini?


Firman Allahswt : Al-Imran 142 bermadsud "Apakah kamu menyagka kamu akan masuk Syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di jalan kamu dan oprang-orang yang sabar".
Firman Allah swt: Al-Ankabut 2-3 "Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan bahawa mereka berkata kami beriman sedangkan mereka tidak pernah diuji sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka .sesnuggunya Allah mengentahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta".


Jalan yang kita lalui ini, kita menghadapi pemerintah yang zalim yang menolak Islam dan membuat berbagai bentuk penginayaan serta penindasan yang berterusan, kita minta berlindung dari Allah sifat-sifat yang boleh merosak jiwa dan lupa daratan. Kita khuatir jika terpedaya dengan dunia. Pemikiran dan mementingkan material semata-mata. Tambahan pula bila sudah mencapai kemenangan.


Banyak orang Islam tetapi tidak mahu berjuang mempertahankan Islam. Terasa hati berat untuk bergerak, mencari berbagai alasan, lebih senang dengan keluarga di rumah, keluar berjuangan takut habis duit, kepentingan peribadi menjadi keutamaan, sanggup memfitnah kawan perjuangan kerana matlamat duniawi dan keuntungan yang sedikit dan berbagai lagi. Ini adalah alasan yang akan timbul apabila sudah terjerat dan terjebak dalam lilitan dunia dan material ini. Program-program hanya menjurus kepada mencari pengaruh dan mementingkan kebendaan sahaja. Islam diletak di sebelah dan di kesampingkan sahaja. Sungguh malang jalan yang kita tuju ini diheret dalam kancah material.


Rasulullah pernah ditawarkan dengan berbagai kemewahan dan kemegahan duniawi, namun baginda menolak dan sanggup berlapar kerana ini bukan jalan yang dituju. Demikian juga Rasulullah berpaling dari kemewahan hidup dan sentiasa mengulang-ngulang perkataan itu "Ya Allah tidak ada kehidupan(yang sebenar) kecuali kehidupan akhirat".


Para pejuang Islam menolak cara hidup mewah yang melampau , kesederhanaan, tidak bermegah, ego dan besar diri. Pejuang sebenar takut terpesona dengan kemewahan dan kemegahan duniawi kerana inilah antara jalan-jalan mereka yang gugur dan tidak capai matlamat, hindari jiwa cinta dunia, cinta kebendaan dan takutkan mati.


Syed Qutb menyimpulkan ujian yang perlu dilalui antaranya:

01 : Penginayaan yang akan ditempuhi
02 : Fitnah yang menimpa keluarga dan orang yang dicinta
03 : Dunia akan memihak kepada kebatilan
04 : Terasing kerana pegangan akidah
05 : Fitnah populariti dan tarikan duniawi
06 : Fitnah lambat menang dan panjang perjalanan
07 : Fitnah bangga diri dan rasa kehebatan diri.

Jalan ini akan dihadapi oleh semua pejuang Islam, mereka yang berjaya dan mendapat hasil adalah mereka yang dapat melintasi dan merempuh halangan. Fikirlah di mana kita? adakah kita sudah bersedia menuju jalan ini?. Jangan kita menjadi golongan yang sentiasa beralasan, menjaja lidah tidak bertulang ke hulu kehilir hanya tujuan tak lain tak bukan kecuali lari dari perjuangan. Islam itu indah , biarlah keindahan itu mewarnai hidup dalam setiap amalan kita. Buatlah perkara berfaedah dan baik hindari membuat perkara nista dan dosa. Teruskan perjuangan, inilah jalan kita, jalan menuju Allah dan Syurganya.

Allahuakhbar....

17 December 2009

Berhijrah ke arah memperkasa jamaah

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH KITA ADALAH UNTUK ISLAM

Oleh : Osman Bin Abdul Hamid

Ketua Dewan Pemuda PAS Baling

ASSALAMUALAIKUM,

Tahun hijrah yang disambut oleh ummat Islam saban tahun diseluruh dunia adalah merupakan amalan yang baik dan terpuji ,ianya bermula dengan cetusan oleh pelupurnya Saidina Omar Al-Khattab yang ingin melihat ummat Islam mempunyai taqwimnya yang tersendiri sebagai penggunaan tarikh harian ummat Islam dalam setiap urusan sama ada rasmi atau tidak ,maka bermulalah kiraan semenjak tahun pertama nabi berhijrah iaitu setelah menjadi Rasul selama 13 tahun .

Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kadang kita lupa bahawa kita sudah masuk tahun baru hijrah ,tahun kiraan kita sebagai ummat Islam yang kita masih bingung bagimana kiraannya atau kita memang tidak peduli dan tidak ambil tahu,walau bagaimanapun jangan kita lupakan bahawa kita ummat Islam mempunyai keistemewaan tersendiri dan kelebihan yang berbagai-bagai dalam apa jua keadaan,didalam berbagai perkara.

Tahun Hijrah yang tiba biarlah kita sambut dengan berbagai pengisian yang menyedarkan ummat,sama-sama kita membaca doa awal dan akhir tahun,moga Allah beri keberkatan dan keredaan dalam setiap amalan dan urusan harian kita,moga tahun yang mendatang memberi sinar yang lebih baik kepada amalan harian kita dan kepada perjuangan Islam.

Hijrah dan Jihad adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan kerana ada hijrah disitu adanya jihad,ada jihad disitu diperlukan hijrah ,Islam perlukan kita sebagai seorang yang berjihad dijalan Allah,Islam perlukan kita untuk berhijrah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik.Hanya orang beriman yang berhijrah dan berjihad yang akan mendapat kejayaan.

Dalam semangat hijrah yang dilaungkan kita perlukan matlamat yang jelas,telus ,murni dan terbaik,tidak bermakna jika matlamat kita masih kabur,mempunyai tujuan yang boleh merosakkan Islam dan jemaah,tidak dimurnikan dengan perlaksanaan yang baik,porak peranda ,hasad dengki dan berbagai perkara buruk dan mazmumah.Kita perlukan segala kebaikkan dan pemurnian,jangan hipokrit dan bersifat munafik dan terlalu mementingkan diri sendiri.

Kita perlukan teman seperjuangan yang membantu kita mencapai matlamat laksana Abu Bakar yang menjadi teman setia kepada Rasulullah .Adakah kita orang yang menjadi teman setia dalam meneruskan perjuangan ,atau kita orang yang menambah masaalah dan beban dalam melayari bahtera.Jemaah rosak kerana kita,Sahabat dalam jemaah pening kepala dan berserabut kerana kita,fikirlah bagaimana mengurangkan beban sahabat –sahabat bukannya menambat masaalah yang akan menjadi lebih tenat.

Kita perlukan sokongan dari kawan dan taulan ,merekalah yang akan menyerlahkan lagi cita-cita kita .Merekalah akan memberi dorongan dan motivasi perjuangan bagaikan orang Ansor yang sentiasa terbuka menerima kedatangan muhajirin dan membantu membantu mereka.

Tempat yang boleh menjadi tapak untuk meneruskan cita-cita Islam diperlukan dalam merencana dan memprogramkan hasrat ,misi dan visi .walau terpaksa menyusuri berbangai bongkah ,bukit atau lautan. Tamsilnya bumi Madinah Bandar yang dipenuhi Nur Ilahi penerang buana dan disini bumi yang tapaknya Islam menjalar diserata dunia.

Selangkah kehadapan bagai panglima Islam terbilang ,tanpa menoleh kebelakang dengan matlamat hijrah kita adalah untuk Islam ,sematkan dijiwa semangat para pejuang,pakaian jihadnya tidak pernah lekang dari badan ,sentiasa sahut arahan dan cabaran.

Selamat menyambut tahun Hijrah 1431 Hijrah

Daripada : DEWAN PEMUDA PAS BALING


14 December 2009

TAKLIMAT PERTANDINGAN FUTSAL PEMUDA CAWANGAN BALING

Tarikh : 13 Disember 2009
Hari : Ahad
Masa: 8.30 malam
Tempat : MPKB, Kupang
Penglibatan: AJK DPPB & AJK PEMUDA Cawangan




Di antara Ketua & Setiausaha pemuda cawangan yang hadir. Khusyu' mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penerangan berkaitan isu semasa PAS Kedah dan Pertandingan Futsal.




Asyiknya mendengar dan mencatat laporan dan makluman program terdekat DPPB dan DPPNK oleh Setiausaha DPPB.




Ucapan penutup disampaikan oleh ust Osman. Pemuda cawangan seronok dan fokus dengan ucapan yang disampaikan... kadang2 x kering gusi dengan isi ucapan...



Terima kasih atas sokongan dan kejadiran...siiru a'la barakatillah.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat