23 July 2009
PELANCARAN FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA 2009
22 July 2009
Munaqasah Ucapan Presiden PAS
Bertempat di Dewan Kompleks Yayasan Khairiah, kehadiran wakil cawangan dilihat sangat memberansangkan pada munaqasah kali ini. Walau bagaimana pun penceramah asal jemputan iaitu Ust Idris Hj Ahmad tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat lembaga harakah. Oleh yang demikian, beliau digantikan oleh YB Dr Mujahid Yusoff Rawa yang tidak kurang hebatnya. Majlis yang berlangsung pada 20 Julai 2009 ini tamat pada 530 petang.
"Ust Man Khusyuk Menulis & di antara barisan AJK DPPB yang hadir"
"Apa yang dibincang tu..., Ust Saad relax & Steady jer"
20 July 2009
Manek Urai: Ibrah Dalam Syukur (Ust Nik Abduh)
Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:
1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?
4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?
5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.
Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.
PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.
Semoga Kelantan terus membangun bersama Islam
19 July 2009
Usrah DPPB bersama Pemuda Cawangan Seri Ketengga
Terima kasih kepada pemuda & ajk cawangan Seri Ketengga kerana sudi menyambut kedatangan AJK DPPB & Lajnah Tarbiyah untuk sama-sama mengadakan usrah. Walau pun usrah di cawangan ini terpaksa disingkatkan kerana pertembungan dengan Mesyuarat Penyelarasan Program JSP namun kehadiran pemuda cawangan pada malam itu memberi suntikan semangat kepada DPPB untuk meneruskan usaha murni ini. Terima kasih juga di atas jamuan yang disediakan. Semoga usrah ini menjalin hubungan yang utuh dikedua-dua belah pihak. Jumlah kehadiran adalah 19 orang dan bersurai pada jam 1030 malam.
Mesyuarat Penyelarasan Program JOM SERTAI PAS


Mesyuarat telah diadakan di MPKB, Kupang pada 18 Julai 2009 jam 9.00 malam. Kehadiran Ketua Pemuda Cawangan & Setiausaha Pemuda Cawangan atau wakil ini diharapkan mampu menghangatkan semangat pemuda-pemuda cawangan untuk sama-sama menyertai program JOM SERTAI PAS (JSP) pada 8 Ogos 2009 di Dewan Badminton, Kupang.
Sebelum daripada itu, Ust Ashri memperingatkan pemuda cawangan tentang konvoi yang akan diadakan pada 25 Julai 2009 agar mencari wakil daripada cawangan masing-masing untuk memeriahkannya. Usaha ini adalah untuk menyaingi program-program yang dianjurkan oleh UMNO Baling yang tidak telus yang mana mereka menggunakan program-program belia untuk mempengaruhi anak-anak muda & pelajar sekolah.
KEM MOTIVASI MADRASAH ISLAHIAH DINIAH MEMALI
Di dalam ucapan perasmian penutup Ust Helmi turut melahirkan rasa bangga di atas komitmen para guru yang bertungkus lumus mengajurkan program tarbiah ini & beliau juga mengharapkan apa jua ilmu yang diperolehi oleh para pelajar agar dapat dimanafaatkan khususnya bagi mengelakkan diri daripada terlibat di dalam gejala sosial yang berleluasa.