**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





20 December 2010

IJTIMA' TARBAWI DPPB

17 DAN 18/12/2010 JUMAAT DAN SABTU
Tempat: Lata Celak IBOI


Hari Pertama:
Baca Ma'thurat dan solat Maghrib







solat Isyak





Siri 1-3: huraian Tafsir surah Al-hujurat
oleh Ust Ahmad Lothfi Arifin
Pengerusi Lujnah Tarbiah PAS Kaw, Baling









Perasmian Oleh Ybhg Ust Soliheen Mokhyi
Timb Ketua Penerangan PAS Selangor Dan
Pembentangan Kertas kerja Tahalluf Siyasi


Hari kedua







Perasmian penutup oleh
S/U Dewan Ulama' PAS Negeri Kedah
Ust Zainal Asri Bin Haji Romli








31 October 2010

29/10/2010 HARI JUMAAT 9.00PM
TAKLIMAT MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN MEMALI
DI MARKAS PAS KUPANG BALING
WAKIL CAWANGAN MASING2 HADIR MENDENGAR TAKLIMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING
USTAZ ASHRI .TURUT SAMA KETUA PEMUDA PAS KAWSAN BALING
UST OSMAN ABD HAMID




28 September 2010

Sudahkah Kita Beriman?



Sudahkah Kita Beriman?

Pemuda dan pemudiku,

Ujian akan menimpa seluruh manusia, dan tidak mungkin ada seorangpun yang dikecualikan dari ujian ini. Baik dia muda atau sudah tua, baik dia wanita atau lelaki, baik dia ulamak ataupun bukan.


Allah swt berfirman:-
الم

[1] Alif, Laam, Miim.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

[2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
[3] 3 Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-Ankabut: 1-3)

Di dalam ayat di atas Allah swt menyatakan manusia akan diuji dengan menghadapi berbagai ujian dalam berbagai bentuk. Jika iman mereka termasuk iman jenis ikutan dan iman berdasarkan aqal (ilmiah) maka manusia itu tidak akan lulus di dalam ujian. Hanyalah iman hati yang yakin dengan sebenar-benar yakin sahajalah yang akan berjaya.

Dari mana iman ikutan diperolehi? Tentu dari ayah dan ibu, jelas dari membesarnya seseorang dilingkungan Islam.

Dari mana pula iman aqal (ilmiah) diperolehi? Sudah tentu dari kuliah secara khusus disekolah dan universiti atau ditepi jalan melalui pembacaan serta mimbar dan mihrab di masjid, surau dan pondok pengajian.


Oleh itu, kepada pemuda dan pemudiku banyaklah menghadiri majlis ilmu dan membaca, sehingga masalah-masalah keTuhanan hadir di dalam pemikiran dengan disertai dalil dan hujjah. Serta banyaklah berdamping dengan ulamak yang baik budi perkerti dan akhlaknya. Kerana diakhir zaman ini ada ulamak yang buruk akhlaknya.

Mungkin pemuda dan pemudiku merasakan kami bukan dari jurusan pengajian Islam dan kami hanya belajar ditepi jalan mengenai Islam ini, oleh itu mana mungkin kami mencapai keimanan yang kukuh.

Sedarlah, pemuda dan pemudiku Bilal bin Rabah ra., seorang Habsi yang hitam, tidak pernah mendapat ijazah atau mengajar dimana-mana Universiti Islam. Namun imannya kepada Allah tertanam kukuh walau dada di hempap dengan batu yang panas di tengah terikan matahari oleh pihak musyrikin Mekah.

Pemuda dan pemudiku,

Selepas kamu mendapat iman ikutan dan aqal (ilmiah) itu, berusahalah untuk memperolehi iman hati yang yakin seyakin-yakinnya, seperti yang dizahirkan oleh Bilal bin Rabah ra.. Caranya tidak ada, melainkan dengan membina hubungan dengan Allah swt. Iman hati menuntut seseorang untuk beribadah:-

Firman Allah swt:-

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

[99] Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu keyakinan.

(Al-Hijr: 99)

Al-Quran telah mengajar kita, jika kita ingin yakin kita mesti beribadah kepada Tuhan. Dengan ibadahlah kita akan memperkuatkan hubungan kita dengan Allah swt.

Iman hati dapat diperolehi dengan jalan mengerjakan solat pada waktunya dan menghadiri solat jamaah.

Masjid dan surau adalah tempat perlindungan dari jin dan syaitan. Solat secara berjamaah dan berbagai majlis ibadah lain di masjid dan surau merupakan duri di mata syaitan, jin dan manusia. Selain ia merupakan duri bagi musuh, pada saat yang sama ia merupakan cahaya bagi hati kita.

Pemuda dan pemudi ku,

Kerjakanlah solat pada awal waktu dengan penuh khusyuk dan khudhuk. Kerana sesungguhnya kita sedang berbual dengan Allah swt ketika kita sedang bersolat.

Ketika kita mengatakan, "Hanya kepada Mu ya Allah kami menyembah dan hanya kepada mu ya Allah kami memohon pertolongan."

Ketahuilah bahawa ketika itu kita berada dibawah pemerhatian Allah dan bahawa sesungguhnya solat kita yang penuh khusyuk dan khudhuk adalah merupakan mikraj rohani kita kepada Tuhan Pencipta Alam.

Selanjutnya iman hati dapat dibina sehingga hati dipenuhi cahaya ialah dengan membantu makhluk Allah yang memerlukan bantuan semampu kita. Jika kita tidak mampu membantu manusia pada hari tersebut sekurang-kurangnya bantulah binatang.

Akhirnya, iman hati dapat dibina dengan menjauhi perbuatan dosa. Dosa akan meninggalkan titik hitam dihati. Dosa yang paling mudah sekarang ini adalah dosa hanya melalui klik dihujung jari. Awasi jangan terjebak, sehingga akhirnya ketagih.

Hati yang penuh dengan titik hitam, mana mungkin membimbing manusia lain kepada Nur Ilahi.

Itu semua adalah ujian, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?"

Selamat menempuh ujian dan berjaya dengan cemerlang.

29 August 2010

20/8/2010 HARI JUMAAT 6.45PM
MARKAZ PAS KULIM BANDAR BAHARU
TAMRIN DPPNK & MUNAQASAH

7.30: MAJLIS BERBUKA PUASA


SAMA2 BERBUKA WARTAWAN HARAKAH
MOHD IZWAN

8.05 TAZKIRAH RAMADHAN

SEBELAH KANAN TIMB DPPB UST RASIDI
IALAH YB UST AIZAT SHAUQI MERANGKAP
TIM. SPEAKER ADUN KEDAH

S/U DPPNK SEDANG MERAKAM PROGRAM TERSEBUT

YB NASIR ZAKARIA TURUT HADIR (BAJU MELAYU HIJAU)



9.00: SOLAT ISYAK,SOLAT TARAWIH DAN
WITIR BERJAMAAH


10.30:PROGRAM MUNAQASAH BERMULA
UCAPAN ALUAN OLH KETUA PEMUDA DPPNK
USTAZ AHMAD YAHYA

MUNAQASAH OLEH UST NASARUDIN TANTAWI
KETUA DPP PUSAT

12.15:BERSURAI BERSALAMAN PERPISAHAN

15/8/2010 HARI AHAD
ZIARAH RAMADHAN BERBUKA PUASA DI
KAMPUNG CHARUK BEMBAN DALAM SERTA
TAZKIRAH RAMADHAN

TAZKIRAH DISAMPAIKAN OLEH UST ZELANI
TIM PENGERUSI KEBAJIKAN DPPB
TURUT HADIR: S/U DPPB DAN PEN,S/U
KETUA PEMUDA CAWANGAN
KETUA CAWANGAN
SERTA AHLI2 PAS YANG HADIR





18 August 2010

8/8/2010 HARI AHAD 5.00 PM
PROGRAM KONVOI DAKWAH BERMOTOR,ZIARAH DAN TAZKIRAH
KG TELUK TEMELAH,KG SIPUT,KG BANDAR,KG LUAR,KG BUKIT PALONG DAN KG KELIAN DALAM

PERSIAPAN TERAKHIR KEPROGRAM TERSEBUT
BERSAMA PENDUDUK YANG TELIBAT

S/U DPPB SEDANG MEMBERI TUGAS MASING2
SEBELUM PROGRAM BERJALAN


UST MAHMUD KETUA CAW PAS TELUK TEMELAH
SEDANG BERBINCANG DENGAN S/U DPPB

UCAPAN OLEH UST OSMAN KETUA DPPB


PERTAMA: ZIARAH AKTIVIS PAS





SUMBANGAN DARIPADA KETUA DPPB KEPADA AKTIVIS PAS


AKTIVIS PAS CAW KG SIPUT SEDANG MENCERITA
KISAH PEJUANGAN PAS TERDAHULU


SEDIKIT SUMBANGAN DPPB UNTUK AKTIVIS PAS

S/U SEDANG BERSALAMAN DENGAN AKTIVIS PAS YANG UZUR




KEDUA:ORANG MUDA GENG KITA
SUMBANGAN BOLA SEPAK DAN TAKRAW DARI DPPB


KETUA PENERANGAN DPPB UST ASHRI SEDANG
MEMBERI UCAPAN DAN TAZKIRAH KEPADA PEMUDA-PEMUDA



KETUA DPPB MEMBERI SUMBANGAN BOLA SEPAK




KETIGA:TAZKIRAH SELEPAS SOLAT MAGHRIB

UST HANAFI SEDANG MEMBERI TAZKIRAH DI MASJID

TAZKIRAH MAGHRIB DI DARUL HIJRAH OLEH KETUA DPPB





UST ASHRI TAZKIRAH DI MARKAS PAS KG BUKIT PALONG



MENJAMU SELERA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG
DI MARKAS PAS CAW SIPUT
SELEPAS TAZKIRAH MAGHRIB OLEH UST MARZUKI

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat