02 April 2009
01 April 2009
RTM media pro UMNO/BN yang memualkan.
RTM media pro UMNO/BN yang memualkan
Oleh saif_almansur
"Penulis sebenarnya berasa muak dan loya dengan media pro UMNO/BN. Terutamanya RTM 1 yang sememangnya menjadi media rasmi dan propaganda UMNO/BN sepanjang tempoh berkempen di PRK kali ini. Mari kita kaji/analisis sedikit dari sudut masa rancangannya untuk berkempen. Penulis berkesempatan untuk membuka web RTM dan melihat intisari rancangan untuk 31hb Mac. Rancangan RTM 1 bermula pada pukul 5.00 am dan rancangan terakhir pada 4.30 am.
Berikut adalah anggaran masa yang digunakan oleh RTM 1 untuk berkempen.
5.00-5.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
6.00-6.07 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
7.00-7.30 am – NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen
7.30-9.00 am – SELAMAT PAGI MALAYSIA : 30 minit untuk kampen
9.00-9.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
9.05-10.00 am – SELAMAT PAGI MALAYSIA : 2 minit untuk kempen
10.00-11.00 am – LANGSUNG DARI PARLIMEN : 30 minit untuk kempen
11.00-11.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
12.00-12.20 pm – NASIONAL@1 : 5 minit untuk kempen
1.45-2.00 pm – NASIONAL@1 : 3 minit untuk kempen
2.00-2.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
3.00-3.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
4.00-4.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
5.00-5.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
6.00-6.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen
7.30-8.00 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen
8.00-8.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen
8.30-9.00 pm – WILAYAH@1 : 10 minit untuk kempen
9.00-9.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen
9.30-10.30 pm – BICARAWARA: ISU : 60 minit untuk kempen
10.30-11.00 pm – PARLIMEN@1 : 15 minit kempen
11.00-11.05 pm - SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
12.00-12.30 am - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen
12.30-1.30 am – DILUAR GELANGGANG BERSAMA SAYED MUNAWAR : 60 minit untuk berkempen
2.00 – 2.20 am - NASIONAL@1 : 5 minit untuk kempen
3.00-3.05 am - SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen
4.00 – 4.15 am - NASIONAL@1 : 3 minit untuk kempen
Sekiranya kita mengkaji dan mengira secara purata, RTM 1 memperuntukan masa sekurang-kurangnya 233 minit untuk berkempen.
Ini bermakna selama 24 jam bersiaran, RTM 1 telah memperuntukkan hampir 4 jam untuk berkempen.
Sekiranya kita mengira dari sudut peratusan, didapati RTM 1 telah memperuntukan 16.7% masa khusus untuk berkempen.
Ini membuktikan bahawa RTM 1 adalah pencacai utama kempen UMNO/BN. Media RTM akan terus menerus menyiarkan propaganda bagi memperbodohkan rakyat. Namun kita tetap yakin bahawa rakyat telah muak dan loya dengan media UMNO/BN ini.
-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com/
http://islamreturn.blogspot.com/
31 March 2009
Special Branch (SB) pun jadi tetamu jemputan?
Baling, 28 Mac 2008. Inilah antara wajah SB yang sempat dirakam ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling kali ke-27 yang lalu.
Yang anehnya, mereka juga diberikan tag nama sebagai 'tetamu jemputan'. Begitu tekun & khusuknya mereka menulis dan merekod ucapan-ucapan dalam majlis perasmian tersebut.
Umum mengetahui kehadiran mereka tanpa segan silu adalah menjalankan tugas & arahan yang diberi. Kalau mereka menjalankan tugas dengan niat untuk mendapat ilmu, pasti Allah akan memberi jalan & hidayah kepada mereka. Tetapi kalau niat mereka untuk menjahanamkan PAS, pasti Allah SWT tidak akan terlepas pandang untuk memberi balasan yang setimpal.
Subscribe to:
Posts (Atom)