**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





23 December 2009

berkhatan....


Berkhatan(bersunat)

Oleh : Osman Abdul Hamid

Ketua :Dewan Pemuda PAS Baling

Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah ,dengan limpah kurnian dan nikmat yang diberikan .Kepada sahabat –sahabat yang menganjurkan majlis berkhatan pada musim cuti ini diucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjemput,walaupun ada yang tidak sempat dilawati ,saya mohon banyak kemaafan.Alhamdulillah Pada tahun ini juga anak sulung saya menyertai majlis berkhatan di Markas PAS .

Saya rasakan majlis berkhatan adalah satu majlis yang boleh dan perlu kita anjurkan untuk memperkukuhkan ikatan kita sesama muslim atau dikalangan ahli dan penyokong ,sama ada dibuat di markas atau rumah.Kalau kita anjurkan diatas nama PAS sekurang-kurangnya dapat memenuhi taqwim dan jadual tahunan kita,disamping boleh menambah dana dan duit tabung Jemaah.

Kemeriahan dan keseronokan majlis yang kita anjurkan patut dikembalikan seperti dulu sekurang-kurangnya dapat mengikat silaturrahim dan tali persaudaraan sesama kita yang kadang-kadang hambar dan kadang-kadang kita lebih seronok membuat majlis seorang diri atau pergi ke klinik tanpa pengetahuan masyarakat dan mengisi ruang dengan program-program Jemaah.

Saya rasa seronok apabila program berkhatan ini dianjurkan oleh PAS samada pemuda cawangan atau sebagainya,pada pengamatan saya banyak kelebihan dan manfaatnya.Antaranya cawangan dapat digerakkan dengan semangat ukhwah yang lebih mantap,menanam sifat gotong royong sesama ahli dan penyokong dalam menyelesaikan kerja ,sekurang-kurangnya dapat menambah duit tabung cawangan dan yang pasti dapat menarik orang Umno menjejak kaki ke Markas PAS.

Disamping kemeriahan majlis yang dianjurkan ,janganlah kita mengisi ruang dan program ini dengan perkara yang melaghakan kerana Khatan mempunyai banyak hikmah seperti yang dikatakan oleh Ulamak ,diantara hikmah khatan adalah fitrah yang merupakan naluri dan pembawaan manusia semenjak dilahirkan iaitu tingkah laku yang bersih ,sucu,belum dikotori dan dicemari oleh kecatatan.Khatan juga merupakan satu syiar dan syariat Islam yang membawa kepada kesempurnaan Agama yang disyariatkan oleh Allah melalui lidah Nabi Ibrahim .yang membolehkan kita terbeza dengan mereka yang bukan muslim sebagai bukti ubudiah kita kepada Allah serta ketaatan dalam melaksanakan perintahnya.

Dari sudut kesihatan pula ianya merupakan cara sihat untuk memelihara seseorang dari berbagai penyakit ,kerana kulup yang telah dipotong dan dibuang dapat menghindari dari sisa kotoran kencing dan sebagainya , juga menghalang gangguan pada hasyafah ketika membesar dan menegang.Ada juga kajian yang mengatakan berkhatan merupakan satu bentuk ketahanan dari terkena penyakit kanser prostat dan penyakit kelamin lain.

Pada umumnya kanak-kanak lelaki mengikut pendapat ulamak disunnahkan sebelum akil baligh kerana kanak-kanak tidak diwajibkan menjalankan syariat Agama dan jika waktu sudah baligh ,maka khatan itu wajib dan perlu disegerakan

Mazhab Syafie juga memandang baik mengadakan walimah khatan kanak-kanak lelaki yang bertujuan mensyukuri nikmat Allah serta memperolehi pahala sedekah ,akan tetapi hukum menghadirinya tidaklah wajib tapi ada ulamak yang mengatakan wajib menghadirinya bagi menunaikan jemputan dan hasrat saudara muslim yang lain.Bagi kanak-kanak perempuan dipandang baik ,jika mengadakan walimah khatan dikalangan anak perempuan sahaja,kerana anak perempuan akan merasa malu khatannya dimasyhur dan diwar-warkan.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua,marilah kita mengambil dari sebahagian kebaikan dan hikmah syariat ini. Banyak peluang yang boleh dikutip bagi manfaat Islam ,Banyak ruang yang boleh disusuri bagi mengindahkannya.Setiap individu dan masyarakat mahukan yang terbaik dan betapa indahnya Islam yang mempunyai berbagai-bagai rahsia dalam syariatnya.

AllahuAkhbar….

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat