**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





26 January 2010

AJK DPPB - BERUSAHA JANA KEWANGAN

Pada 25.01.10 bertempat di Masjid Batu, Seberan g Jaya, Pulau Pinang, seramai 4 orang ajk DPPB telah membuat jualan kuih Mazola (SEDAP) sebagai usaha meningkatkan kewangan DPPB. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Jualan ini dibuat sempena dengan kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ust Marzuki (Timb Lajnah Tarbiyah) di masjid tersebut. Sebelum menamatkan kuliah Ust Marzuki juga telah memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas hadirin yang hadir untuk sama-sama menyumbang kepada DPPB khususnya untuk membaik pulih pejabat DPPB sedia ada. Alhamdulillah AJK DPPB tidak pulang dengan tangan kosong.

AJK DPPB yang hadir untuk jualan tersebut ialah Ust Mohd Nor (Pengarah Unit Amal Baling) dan Ust Saad (Timb Pengerusi PASTI)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan. Semoga Allah membalas jasa baik semua..

24 January 2010

DPPB serah borang Ahli PAS -dr DPPNK



Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November 2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS.

Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat.

Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.

Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali.

Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling" .

MESYUARAT AGONG PEMUDA SELARONG PAYA BESAR

Dirasmikan oleh Ust Khairul Ashraf b Hj Abd Rahman.


" Bermohon dan mintalah kepada Allah bila berada di dalam kesimpitan"

Kemenangan akan datang dengan kesabaran.






Selamat bermesyuarat.

23 January 2010

foto pilihan...


PASTI Nurul Iman yang terletak dalam cawangan Banggol Berangan mencatat rekod sebagai pasti yang mempunyai jumlah pelajar teramai tahun 2010 iaitu sebanyak 61 orang. DPPB mengucapkan tahniah atas jumlah peningkatan mencecah 25% untuk tahun 2010.

22 January 2010

Usrah DPPB - Tiga "Tungku" PAS.(5 Safar 1431H)


-Alfadhil Ustaz Hj Abdullah Isa bin Hj Abdul Hamid.
-Terima kasih atas kesudian menerima ajk dppb untuk berusrah di kediaman beliau di Kg Sadek, Kupang, Baling.
-Terlibat secara aktif dalam mencari sumbangan material untuk melicinkan gerakan jamaah.
-DPPB mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan diberikan.

Ustaz somat 'ana united', Ustaz Pak Ya unit Amal, Sdr Arman Jusoh...istiqamah dengan usrah.


Ustaz lan pen s.u, ketua penerangan, Ustaz syidi Timb. KP dan Ust Man KP...juga istiqamah dengan usrah

mie bank bendahari, ust Marzuki tarbiyah, Ust Zul P. PASTI, Setiausaha dppb, ust wieeee....pun istiqamah dengan usrah...

senjata paling ampuh bagi meneruskan kelangsungan usrah....makan preee...syukran ust lah...nanti kami pi lagi untuk bakaq ikam dalan kolan tuuuu plak...he...he...

Usrah yang membicarakan persoalan 3 tungku utama dalam PAS iaitu Ulama, profesional dan aktivis nampaknya dicernakan dengan begitu baik oleh ahli usrah. setiap ahli diberi masa selama 4 minit untuk menyuarakan idea dan pendapat serta hujjah bagi melumatkan kefahaman ahli terhadap tajuk yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hassan At Tantawi dalam tulisan beliau 'Bingkisan Fikrah untuk pejuang' yang menjadi bahan wajib yang dibincangkan dalam usrah DPPB.

....ulama tidak sahaja penuh ilmu didada tetapi juga terhias peribadi mereka dengan taqwa dan amal yang soleh, menjadikan diri mereka tawadhu' dan zuhud. Mereka memimpin parti dan ahlinya dengan keihklasan dan ketaqwaan disaat orang belum mengenali planning, analisis swot dan sebagainya. Pun begitu, mereka berjaya membangunkan insan dan jiwa berjuang bangkit menentang boneka penjajah yang memerintah negara....(nasrudin. 2009)

p/s: tiada dalam liputan ialah ust mat zan PA System (lewat kit) dan Timb. PASTI...(cameraman)

Usrah Pengukuh Ukhwah antara kita.....harapan DPPB tetap sama dan satu....Takbir!!!!!!

....sahabatmu...

21 January 2010

DEDIKASI BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN

Salam ingatan dan terima kasih kepada semua sahabat yang menemani di persada perjuangan ini...

Ust Osman, Ust Rashidi, Ust Zulkifli, Ust Helmi, Ust Fadlan, Abg Mie, Ust Ashri, Zikri,...dan sahabat2 ajk semua.

19 January 2010

Mesy Agong Pemuda Caw. Kg Bukit.


Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih kurang 30 ahli PAS Caw Kg Bukit dalam UPU Kuala Kuang yang diadakan di Markaz PAS Caw. Kg Bukit menyuntik semangat kepada semua pemuda cawangan untuk lebih bergerak pantas dalam meneruskan agenda perjuangan jamaah.

Kehadiran ketua UPU Kuala Kuang dan ketua Caw. Kg Bukit adalah sebagai tanda kelangsungan perjuangan terus diperkasakan dalam jamaah kita..

memberi mutiara perjuangan terutama mengenang kembali kisah-kisah perjuangan yang diasaskan di Pondok Kg Pisang atau sekarang dikenali sebagai Yayasan Al Khairiah. Pemuda perlu mengenangi kisah-kisah perjuangan generasi terdahulu sebagai panduan menguruskan halatuju perjuangan..

FOTO SEKITAR MESYUARAT AGONG PEMUDA CAWANGAN


Saf Kepimpinan Pemuda Caw. Kg Bukit...kesepakatan saudara dalam menerajui jamaah amat di hargai oleh dppb...terus berjuang hingga ke akhir hayat..

jamuan ringkas yang mengenyangkan..capati....terima kasih

Antara pemuda yang tetap memberi komitmen yang tinggi terhadap perjuangan...Kita mewarisi perjuangan Nabi...walaupun kita tak pernah melihat wajah Nabi...Namun perjuangan suci itu tetap kita teruskan selagi Allah memberi ruang kepada kita...

ajk dppb juga penolong bendahari, antara penggerak utama pemuda caw. Ketemba kememeh. Berjaya menghimpunkan kehadiran yang tidak mengecewakan..

Juga ajk dppb...tuan guru muda...sentiasa bersedia untuk menghadiri jemputan kuliah haraki bagi memantapkan jamaah dan perjuangan...bakal mewarisi kepimpinan dppd...semangat dan komitmen yang tinggi menjadi perangsang kepada kami untuk terus berjuang...menetap di Taman Muslim, Pekan Kuala ketil...Ust marzuki...o172883848

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat