**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





21 March 2010

PERJALANAN MESYUARAT AGONG DPPB


Mesyuarat Agong DPPB kali ke 28 telah disempuranakan perasmiannya oleh Ust Nik Abduh bin Tn Guru Hj Nik Abdul Aziz, ajk DPP Pusat. Ucapan perasmiannya banyak menyentuh soal pembentukan akhlak dan tanggungjawab terhadap jemaah dan kewajipan bersamanya. Ucapan yang disampaikan dalam nada nasihat dan seruan berjaya menyentuh hati para muktamirin DPPB. Semoga intipati ucapan beliau ini benar-benar difahami dan ditafsirkan melalui tindakan yang padu. Sebelum itu, majlis perasmian ini turut diserikan oleh ucapan Ketua Pemuda, YDP PAS Kawasan dan YB Ust Nasir Zakaria.





Dewan muslimat, wakil AJK PAS Kawasan dan Pemuda PKR turut hadir memeriahkan majlis perasmian.


Khusyuk mendengar ucapan YB Ust Nasir




Majlis penyampaian cenderahati tanda ingatan daripada DPPB...nilainya tidaklah seberapa namun inilah simbol penghargaan dan perjuangan daripada kami..


Ust Osman menyampaikan cenderamat kepada Ust Nik Abduh. Disambut dengan pelukan dan senyuman mesra.


Terima kasih kepada YDP PAS Kawasan. Tn Guru Hj Abd Wahab Hassan yang masih memberi komitmen kepada perjuangan pemuda.


Ucapan wakil DPPN Kedah sangat senang dah mudah difahami..Pujian yang diberikan sebenarnya memberi maksud bahawa tugas DPPB sangat berat..Oleh itu terimalah dengan senyuman dan disusuli dengan tarbiayah yang perlu dipertingkatkan. Khususnya kepada AJK pemuda di semua peringkat.


Mesyuarat agong bermula selepas rehat selama 20 minit. Kerja pencatat minit muktamar pun bermula.


Pengerusi mesyuarat agong. Dalam dok berceloteh dengan muktamirin..agenda mesyuart tetap dipastikan berjalan lancar..

Pembentangan laporan kewangan oleh sdr Suhaimi Mat selepas laporan Setiausaha DPPB, Ust Helmi Wahab.

Pembentangan USUL DPPB disampaikan oleh Ust Abd Somat..


Aksi-aksi AJK DPPB sepanjang mesyuarat agong..












Di antara perwakilan yang bersuara bagi memastikan perjuangan DPPB Selari dengan tuntutan jemaah..yang betul diteruskan, yang silap dibaiki, yang lemah dibantu, yang kabur dijelaskan...

wakil TEMBAK A


wakil Batu 8


wakil Carok Sikin


Wakil Kg Desa Bidara



MESYUARAT AGUNG DPPB KALI KE 28

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWAKILAN YANG HADIR.....

Maklumat lanjut akan dimasukkan kemudian...

12 March 2010

AMANAH PENULISAN..

suntingan daripada Nik Abduh..

Suka saya menitipkan beberapa perkara sebagai renungan bersama di dalam etika dan adab penulisan.

1) Tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar.

Adanya kemudahan menulis di layar maya telah menarik jutaan peminat untuk menulis. Ia perkembangan yang bagus dan diraikan. Dengan menulis, kehidupan akan lebih cemerlang dan berjaya.

Tinggal lagi, belajarlah untuk menggunakan disiplin semasa menulis. Disiplin yang tinggi kerana pahala dan dosanya juga tinggi. Kejayaan beriringan dengan disiplin.
Maka, jangan memfitnah semasa menulis. Jangan menulis segala cerita orang kecuali yang benar dan bermanfaat untuk diketahui. Jangan menulis dengan kata–kata kesat. Jika “terpaksa”, hamburkannya ditempatnya. Biar mangsa itu terkambus sekali dengan kata–kata kesat itu. Bukan ditempat terbuka dengan tujuan untuk mengaibkannya kerana akhirnya dosa kita tak terhitung daripadaNya

Agama kita, nabi kita tak pernah mengajar begitu.


2) Menghormati seseorang adalah hak kemanusiaan. Di depan adalah Allah, tiada lagi selainNya.

Itu adalah pengakhiran dan kesudahan sebuah kehidupan yang maha dahsyat dan menginsafkan! Apa lagi yang lebih menginsafkan selain mati?
Apatah lagi jika dia saudara kita semuslim. Jika dia baik, pastikan kebaikannya bertambah – tambah dengan doa kita. Jika dia buruk, pastikan keburukannya diampuni dengan doa kita. Bukankah persaudaraan muslim itu suatu yang hak?
Jika tidak dapat tidak kerana kebencian yang meluap – luap, tutup mulut. Ikat jari atau potong saja daripada menulis yang hina dan membodohkan diri sendiri. Bagaimana jika anda menghina orang yan telah menikmati keampunan tuhan di kuburnya?


3) Menentang UMNO adalah tuntutan dakwah. Dakwah adalah tugas kerasulan. Wahyu yang mengganti al rasul yang telah pergi meninggalkan kita terus berkumandang berseru agar umat menolak pemikiran sekular dan syirik terhadap kedaulatan al Quran dan al Sunnah. UMNO, kerana terkurung di tempurung sekular, kita tentang dan kita dakwah.
Dakwah ertinya menarik ke syurga, bukan menghumban umat ke neraka.
Ketika seorang daripada kita sudah di ambangnya, berdoalah untuknya, bukan menghina dan membencinya.Di ambang kubur, PAS dan UMNO adalah sama. Di depan adalah syurga dan neraka. PAS berdakwah ke syurga dan menahan umat dari murka dan nerakaNya

04 March 2010

SEKITAR PROGRAM MAULIDURRASUL DPPB 1431 H

CERAMAH ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS BALING DENGAN PAS CAWANGAN.

CERAMAH DI MADRASAH NURUL HIDAYAH, TEMBAK, KUALA KETIL







CERAMAH UMUM DI TAMAN DESA BIDARA, KUALA KETIL.





MERAIKAN LAWATAN DARIPADA SURAU SEKSYEN 16 SHAH ALAM DI PONDOK LANAI & MEMALI.




CERAMAH MAULIDURRASUL DI MADRASAH AL-FALAH, PARIT PANJANG






PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI MASJID PARIT PANJANG KE MADRASAH AL-FALAH.


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu perjuangan DPPB untuk ISLAM.

01 March 2010

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG?

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang...
tapi rosak oleh ujian
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang...
tapi tidak begitu setia dengan kawan
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang...
tapi jadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang...
tapi tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang...
tapi kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang...
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang...
kerenah wanita tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang...
keluarga lintang pukang
Engkau ingin berjuang...
diri engkau tidak kau tingkatkan

Engkau ingin berjuang...
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang...
ukhwah engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang...
tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
keluarga engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang...
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang...
pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang...
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
iman dan taqwa engkau lupakan.

KITA PEJUANG PAS...dr Nik Abduh

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keredhaanNya.Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.

Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya. Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.
Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.
*****

PAS adalah wadah perjuangan Islam.

Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.

Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.

Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua. Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.

Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.

Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.
Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah.

Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.
Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.

Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya.
Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

Ayuh, patuh dan cekal berjuang!

26 February 2010

JEMPUTAN KE SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431 H

Semua dijemput ke majlis sambutan Maulidurrasul 1431 H/2010 di ketetapan berikut:

Hari: Jumaat
Tarikh: 26 Februari 2010
Masa : 9.00 am hingga 12.00 pm
Tempat: Madrasah Misbah Al-Falah (Pondok Lanai)

Anjuran: Madrasah Misbah AL-FALAH dengan kerjasama DPPB.

Selamat merayakan sambutan Maulidurrasul.

24 February 2010

TAKZIAH USTAZ SAZALI BIN MD NOOR

Ayah Timb Pasti Negeri Kedah, Ust Sazali bin Md Noor telah kembali ke rahmatullah semalam, 1 pagi 24 Februari 2010 dalam satu nahas jalan raya. Jenazah Almarhum En Md Noor akan di sembahyangkan pada jam 11 pagi di Kg Perlis, Mukim Kangkong.

DPPB mengucapkan takziah kepada Ust Sazali sekeluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini.

Semoga roh ayahanda ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin..

AL-FATIHAH

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat