**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





16 August 2009

Majlis Solat Hajat Menangani Selsema Babi (Influenza A H1N1)



Dewan Pemuda melalui Lajnah Tarbiah dan Dakwah telah menganjurkan majlis solat hajat bagi menangani wabak selsema babi yang kian parah melanda negara. Menurut laporan sehingga hari Sabtu, seramai 59 orang telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.
Melihat dari perspektif agama, wabak yang menular ini merupakan bala Allah SWT akibat daripada kelekaan dan kelalaian umat manusia. justeru itu, DPPB merasakan amat perlu untuk kita mengingatkan kembali umat Islam tentang amaran Allah SWT tersebut dengan mengadakan solat hajat. Mudahan2 wabak yang melanda ini akan beransur hilang dengan cepat.

Majlis yang diadakan ini dimulakan dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan Yaasin dan Solat Isyak. Alhamdulillah kehadiran orang ramai ke majlis tersebut amat menggalakkan iaitu seramai lebih kurang 200 orang jemaah muslimin dan muslimat. Majlis yang diadakan pada hari jumaat 14 Ogos itu bersurai sejurus selepas solat isyak. DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat