**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





29 October 2009

Pengalaman luas dalam perniagaan - Ust Hilmi Abd Wahab



Helmi Abd Wahab merupakan setiausaha DPPB bagi sesi 2009-2011. Beliau merupakan anak kelahiran Kg Tanjong dan mendapat pendidikan awal di SK Syed Sheikh, Kupang. Beliau kemudiannya menyambung pendidikan di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah.

Di atas kecemerlangan akademik, beliau seterusnya menyambung pendidikan ke Sek berasrama Penuh, Labu, Negeri Sembilan. Selepas SPM beliau akhirnya diterima masuk ke Universiti Malaya.

Selepas tamat pengajian beliau mula bertugas sebagai guru/ustaz di salah sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan selama 3 tahun. Kemudian beliau bertukar ke Sungai Petani sebelum bertukar ke Baling kira-kira 1 tahun yang lalu.

Pengalaman ust Helmi bersama jamaah bermula ketika beliau bersama-sama menubuhkan PAS Kawasan Lembah Pantai. Semasa di Labuan, beliau telah dilantik sebagai salah seorang AJK PAS Labuan. Setelah kembali ke kampung halaman, perjuangan beliau tidak terhenti begitu sahaja. Beliau telah pernah dilantik untuk memegang portfolio JKS, Ekonomi, dan Penerangan PAS Kawasan Baling dan DPPB.

Pengalaman indah sewaktu menjalankan amanah jamaah ialah menghidupkan Lajnah JKS yang sebelum itu sukar untuk diuruskan. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan MAPEB.

Kelebihan Ust Helmi ialah suka berniaga. Bermula zaman kanak-kanak iaitu menjual roti-roti PAU di ceramah PAS, berkahwin dan sekarang beliau masih bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Beliau pernah menguruskan perniagaan sewa kereta dan sekarang kuih MAZOLA. DPPB mengharapkan beliau sukses di dalam kerjaya dan bidang perniagaan yang diceburi selain meneruskan kerja-kerja jamaah dengan jujur dan amanah.

Tugas SU bukanlah mudah namun tidaklah payah sekiranya mendapat kerjasama dan sokongan dari sahabat seperjuangan.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat