**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





14 October 2009

KEBAL TARBIYAH ATAU TEBAL TARBIYAH

Menyentuh soal tarbiyah pastinya semua pejuang ISLAM khususnya PAS pernah melaluinya. Sama ada berbentuk hirarki/organisasi atau amal Islami.

Pelbagai cabaran dan halangan yang diterjemahkan sebagai permasalahan jamaah dapat diatasi dengan mudah sekiranya pendokong & penyokong memahami apa itu tarbiyah.

Sistem tarbiyah PAS yang pernah ana ikuti sememangnya mencangkupi pelbagai aspek termasuklah aqidah, ibadah, muamalat, organisasi dan politik. Sistem ini sememangnya sentiasa berubah mengikut kehendak semasa namun terasnya tetap sama.

Asas tarbiyah ialah USRAH. USRAH nadi Jamaah. sekiranya ada di kalangan kita gagal mengutamakan USRAH bermaksud kita menggagalkan keseluruhan sistem tarbiyah. Tidak kira sama ada kita mengaji pondok, hebat menadah kitab, ustaz penyampai kuliah, tok guru, memiliki PHD sekali pun, usrah mesti dihadiri sekiranya kita pendokong jamaah. Itulah kata2 naqib yang ana ingat.

Di kalangan kita ramai yang tidak memahami hikmah tarbiyah. Kita mengikuti tabiyah tetapi tidak bermujahadah dengannya. Inilah yang dikatakan kebal tarbiyah. Kebal bermaksud tidak lut. Apa jua tarbiyah yang diterima seolah-olah tidak memberi kesan pada dirinya. Kembali dari usrah atau tamrin, kita menjadi seperti kita seadanya. Dari menjadi ahli biasa sehingga naik ke peringkat tertinggi pun, akhlak jamaah masih gagal ditegakkan dalam diri. Kemudian mendabik dada berkata, kita berjuang demi agama.

Contoh mudah, berapa ramai di kalangan kita yang masih suka membicarakan keburukan sahabat di luar mesyuarat atau usrah? Mempertikaikan keputusan syura yang menjadi tunjang keberkatan jamaah? Menghebahkan kelemahan pimpinan ke peringkat bawah tanpa kita berperanan menegur pimpinan secara berakhlak? Meninggalkan ibadah wajib? Mengekalkan amalan makruh dan haram? Merokok? Bersembang di kedai2 makan sehingga lewat malam? Menyimpan dendam dan buruk sangka? Berlebihan bila bercakap? dan banyak lagi. Tidakkah semua perkara ini seringkali ditegaskan di dalam usrah?

Berbalik kita kepada soal tarbiyah, pendokong yang tebal tarbiyah susah diperolehi. Tebal bermaksud hebat, kuat atau ampuh kepada tarbiyah. Mereka yang menerima tarbiyah dan bermujahadah dengannya. Dengan pelbagai ujian, sememangnya kadang2 mencederakan tarbiyah yang diterima. Amat susah sebenarnya bagi mereka yang tebal tarbiyah apabila di kelilingi oleh mereka yang kebal tarbiyah. Umpama secawan air jernih, walau dengan kehadiran setitik kopi pasti warnanya akan berubah.

Oleh itu, mereka yang tebal tarbiyah perlu menjadi dominan di dalam jamaah. Bersuara dan menegur sahabat2 yang kebal tarbiyah ini sebelum kita dipengaruhi. Berdiam diri tidak akan menjadikan kita warak di dalam jamaah. Biarlah kita dicemburi kerana kita mempertahankan tarbiyah. Tidak cukup bagi mereka yang tebal tarbiyah sekadar berdiam diri apabila berlakunya pertembungan fikrah. Kita perlu bertanggungjawab ke atas amanah dan jamaah. Jangan merasa janggal bila pandangan dikritik, ditolak mahupun dimalukan. Tidakkah kita berasa sayang kepada sahabat-sahabat di dalam jamaah. Membiarkan golongan yang kebal tarbiyah diulit logik aqal dan pengalaman tanpa hidayah?

Perlu difahami bahawa kita semua sama disisi ALLAH iaitu hamba yang seringkali lupa, leka dan di dalam kerugian. Yang menulis tiada kehebatan yang membaca juga tiada kecelaan melainkan hati yang sentiasa mengingati ALLAH.

Aku menulis....

1 comment:

ghostWRITER said...

HIDUP RAKYAT...TAKBIR!!

http://ohpolitik.blogspot.com

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat