Rosli Dhobi Pejuang Kemerdekaan Luar Biasa yang dilupakan
|  | 
| Pemuda PAS Negeri Sarawak di hadapan 4 kubur pejuang kemerdekaan Sarawak di Makam Pahlawan Sibu | 
Sibu-11September  2011, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) telah berkunjung ke Makam  Rosli Dhobi dan mengunjungi Rumah kakak beliau sejurus selepas itu.  Ketika mengunjungi rumah kakak Allahyarham, kakaknnya(Fatimah) begitu  sebak apabila kami memberitahu tujuan kunjungan kami adalah untuk  mengetahui sebenar latar belakang beliau. Kakaknya juga turut sedih  kerana pembelaan ke atas Kes Rosli Dhobi adalah tidak adil. Menurut  kakaknya, penderitaan yang ditanggungi oleh keluarganya memang tidak  dapat dirasai oleh generasi kini. Sejak Rosli Dhobi ditahan, mereka  sekeluarga dipulau sehinggalah kini Kerajaan Negeri sendiri seolah-olah  telah melupakan bahawa Rosli Dhobi pernah menggegarkan dunia dan  Kerajaan British seluruh Dunia kerana keberanian Anak muda berusia 17  tahun itu menentang Gabenor British ketika itu. Pengiktirafan juga tidak  diberikan oleh kerajaan Negeri, amat malang lagi, tidak ada apa-apa  pampasan  atau saguhati yang diberikan kepada pihak keluarga sehingga  kini, melainkan hanya diberikan sekangkang lot tanah sahaja sebagai tapak rumah.
| Kakak Allayarham Rosli Dhobie menceritakan detik-detik kehidupan Rosli Dhobi kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Saudara Mohammad Arifriazul | 
DPPNS  begitu kesal dengan sikap ketidakprihatinan kerajaan seolah-olah  melupakan segala pengorbanan begitu besar yang telah dikorbankan oleh  Rosli Dhobi kepada Negara. Di dalam rumah yang didiami kakaknya kini  juga masih terdapat gambar Allahyarham ketika bersekolah dan juga surat  terakhir sebelum beliau digantung di tali gantung hanyalah kerana anak  muda itu ingin melihat bumi Sarawak ini bebas dari cengkaman penjajah  British.
| Surat terakhir Allayarham kepada keluarganya sebelum mautnya tiba di tali gantung masih tersimpan rapi di kediaman kakaknya | 
| Rosli Dhobi : Pejuang Sarawak | 
| Gambar Allayarham ketika di bangku sekolah | 
DPPNS  berpendapat Sejarah Rosli Dhobi patut diangkat kerana perjuangannya  adalah perjuangan yang benar dan suci demi mempertahankan agama dan  negara daripada penjajah.  DPPNS juga menggesa kerajaan Malaysia agar  memberi tumpuan khas kepada ciri-ciri perjuangan anak muda itu dan tidak  salah harus diangkat sebagai Ikon Anak Muda Malaysia bersempena Hari  Malaysia 16 September yang akan datang. Dalam kesibukan Kerajaan  Malaysia kini yang ingin menyemak semula sejarah Malaysia, diharap  kajian terperinci dan penumpuan kepada tujuan sebenar serta ciri-ciri  perjuangan Rosli Dhobi ini mesti dimasukan sekali dalam semakan  tersebut. Inilah permata hati Rakyat Sarawak malah tidak salah kita  katakan. Anak muda yang bernama Rosli Dhobi ini telah mengangkat  martabat perjuangan di mata dunia bahawa seorang Gabenor British pernah  dibunuh oleh seorang Anak muda berumur 17 Tahun! Namun masa berlalu,  tiada siapa pun yang peduli akan kisah perjuangan Rosli Dhobi. 
DPPNS  juga menggesa pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang  telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para pejuang  kemerdekaan sebenar dianggap pengkhianat serta fakta-fakta sebenar telah  disembunyikan dan diseleweng.
Para  pengkaji sejarah perlulah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan  amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik sempit dan sebagainya.
 


 
 
2 comments:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Dimana lagi mau main Poker Uang asli deposit pulsa hanya dengan modal 10rb? Di Anapokerlah Tempatnya!
Cara deposit pulsa yang mudah, bisa dari Indomaret ataupun Alfamart. Gabung sekarang dengan Anapoker, Situs Poker Terpercaya di Indonesia
Contact Anapoker Sekarang
Whatsapp : 0852 2255 5128
Line ID : agenS1288
Telegram : agenS128
Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
link alternatif sbobet
sbobet alternatif
login sbobet
link sbobet
sabung ayam online
adu ayam
casino online
poker deposit pulsa
deposit pulsa poker
deposit pulsa
deposit pulsa
deposit pulsa
Jackpot Gede hanya dengan 1000 Rupiah
Post a Comment