**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





15 June 2009

HIWAR PEMUDA BALING

DPP Baling telah selesai mengadakan HIWAR pada 12 dan 13 Jun 2009 bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik. Dengan visi "Mempersadakan Perjuangan" DPPBaling mengharapkan agar segala gerak kerja yang bakal dilaksanakan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemuda cawangan khususnya daripada AJK DPPB itu sendiri. Misi "Menegakkan sebuah organisasi Baling melalui penglibatan pemuda sebagai elemen terpenting dalam perjuangan Islam" menampakan kesungguhan barisan ajk DPPB terhadap pentingnya mendapat kerjasama di semua peringkat. DPPB juga sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan semua ahli termasuklah cawangan-cawangan yang kurang aktif. Selain daripada itu, terdengar juga suara daripada sahabat yang mahukan usaha tarbiah ditingkatkan dan dijalankan dengan lebih tersusun.



Sepanjang pembentangan perancangan setiap lajnah, semua AJK dilihat memberi sumbangan idea dan berkongsi pengalaman yang berguna bagi memastikan setiap program yang dirancang mencapai sasarannya. Perbincangan dan pembentangan ini berakhir jam 2.30 pagi.



Keesokkan harinya aktiviti diteruskan dengan tazkirah pagi dan senaman pagi. Sebagai penutup HIWAR, semua ajk mandi bersama-sama dan melahirkan rasa syukur kerana HIWAR kali ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.



Ust Osman, Ust Roshidi dan Ust Helmi mengucapkan terima kasih kepada semua peserta HIWAR dan mengharapkan semua perancangan berjalan dengan jayanya

13 June 2009

TAHNIAH!! GURU PASTI

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah daripada DPPB kepada guru-guru PASTI Cawangan Baling yang telah menjalankan tugas dengan tekun dan amanah. Ucapan tahniah juga diucapakan kepada PUAN LATIFAH BINTI HUSSIN yang telah menerima Anugerah TOKOH GURU PASTI CAWANGAN. Beliau yang menerima anugerah tersebut di Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Kedah yang dilangsungkan dengan meriah pada 12 Jun 2009 di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah dan dirasmikan oleh YB Dato' HJ Mohamed Taulan bin Mat Rasul, Exco Kerajaan Negeri Kedah mewakili Menteri Besar Kedah. TANHIAH..

Mengingati Peristiwa Memali..

Menyedari tanggungjawab dan menghargai tokoh terdahulu. Kepada PEMUDA Baling..Sahutlah cabaran mendepani segala masalah dan dugaan dengan sabar dan ikhlas.

06 June 2009

Nik Aziz gembira jika benar wujud erdogan dalam PAS



BENARKAH WUJUD ERDOGEN DALAM PAS?? TERPEDAYAKAH KITA DENGAN DAKWAAN TUMPUL MEDIA ARUS PERDANA YANG SELAMA INI KITA SENDIRI MEMPERCAYAI DENGAN KETIDAKTELUSANNYA DI DALAM MELAPORKAN ISU BERKAITAN PAS.

AJK PEMUDA PAS PUSAT- "Siapa yang dipilih?"

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009-2011 seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda, Ustaz Hassan Sukri.
Keputusan ini menunjukkan gabungan terbaik di antara profesional dan ulama muda.
  1. Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
  2. Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
  3. Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
  4. Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
  5. Suhaizan Kaiyat - 165 undi
  6. Ustaz Nasir Zakaria - 152
  7. Ustaz Kamal Ashari - 145
  8. Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
  9. Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
  10. Mohamad Adram Musa - 135 undi
  11. Abdullah Abdul Karim - 127 undi
  12. Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

04 June 2009

Pengundian memilih AJK Pemuda bermula

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda Pusat, Ustaz Hassan Shukri mengumuman bahawa Ketua Pemuda: Ustaz Nasruddin Hassan, Timbalan: Ustaz Azman Shafawi dan Naib Ketua: Ustaz Sabki Yusof menang tanpa bertanding untuk sesi 2009-2010.

Untuk proses pemilihan ahlijawatankuasa, pengundian dimulakan dengan negeri Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Melaka, Kedah, Johor dan Exco Dewan Pemuda Pusat. Pengundian tersebut diwakili oleh 278 wakil memilih 12 daripada 23 calon untuk menduduki barisan exco baru DPPPusat.

30 May 2009

Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan??

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Sekarang ini pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun. Beliau yang diamanahkan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang.

28 May 2009

Ambil Masa Untuk Kembali ke Landasan Perjuangan



Di manakah landasan kita sebagai pejuang Islam...Emosi, Semangat, Pangkat, Dunia???... Pasti leburlah kita seperti dian.

Nilai ukhwah dan keyakinan terhadap perjuangan jangan dibayar dengan nilai kemenangan yang tiada jaminan.

27 May 2009

Senarai Calon Dewan Pemuda PAS Pusat

PENGERUSI TETAP
1. Misbahul Munir Masduki, Ustaz

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Aris Awang

KETUA
1. Nasrudin Hassan, Ustaz

TIMBALAN KETUA
1. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz

NAIB KETUA
1. Ahmad Sabki Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN
1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB Ustaz
4. Ahmad Izzat Shauki, YB Ustaz
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Kamal Ashaari, Ustaz
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa
11. Mohd Firdaus Jaafar, YB
12. Mohd Nazri Chik Zain , Ustaz Hj
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. Nasir Zakaria,YB Ustaz
16. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Riduan Mad Nor, Ustaz
19. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat