DPP Baling telah selesai mengadakan HIWAR pada 12 dan 13 Jun 2009 bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik. Dengan visi "Mempersadakan Perjuangan" DPPBaling mengharapkan agar segala gerak kerja yang bakal dilaksanakan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemuda cawangan khususnya daripada AJK DPPB itu sendiri. Misi "Menegakkan sebuah organisasi Baling melalui penglibatan pemuda sebagai elemen terpenting dalam perjuangan Islam" menampakan kesungguhan barisan ajk DPPB terhadap pentingnya mendapat kerjasama di semua peringkat. DPPB juga sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan semua ahli termasuklah cawangan-cawangan yang kurang aktif. Selain daripada itu, terdengar juga suara daripada sahabat yang mahukan usaha tarbiah ditingkatkan dan dijalankan dengan lebih tersusun.
Sepanjang pembentangan perancangan setiap lajnah, semua AJK dilihat memberi sumbangan idea dan berkongsi pengalaman yang berguna bagi memastikan setiap program yang dirancang mencapai sasarannya. Perbincangan dan pembentangan ini berakhir jam 2.30 pagi.
Keesokkan harinya aktiviti diteruskan dengan tazkirah pagi dan senaman pagi. Sebagai penutup HIWAR, semua ajk mandi bersama-sama dan melahirkan rasa syukur kerana HIWAR kali ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Ust Osman, Ust Roshidi dan Ust Helmi mengucapkan terima kasih kepada semua peserta HIWAR dan mengharapkan semua perancangan berjalan dengan jayanya
No comments:
Post a Comment