**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





17 June 2009

Sorotan Sejarah Baling, Kedah

Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman. . Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau.
Selain itu, Baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, di mana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. Ada 3 kolam air panas yang berbeza suhu dan satu kolam khas untuk kanak-kanak dan wanita.
Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.

Asal Nama Baling

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.
Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang siam(Thai) dan orang Burma(Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.
Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".


Peristiwa Baling

Baling sebuah daerah yang terkenal dengan pelbagai susur galur sejarah yang juga mewarnai sejarah tanah air. Baling merupakan tempat di mana Parti Komunis Malaya, Kerajaan Malaysia, dan British berjumpa pada tahun 1955 untuk menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan ketua kerajaan, memujuk ajar komunis menyerah secara aman dan berjanji tiada tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Tetapi, Chin Peng yang merupakan ketua Parti Komunis Malaya mendesak agar kerajaan dan pihak British mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang sah supaya ia boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di Malaysia. Permintaan ini ditolak dan menyebabkan tiada perjanjian dicapai.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat