**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





03 December 2009

Minda KP.


Salam ukhwah untuk semua sahabat yang amat dihargai....

ulasan ucapan KP ( Ust Man Hamid)

Kita berperanan sebagai sebuah team bolasepak, seorang goal keeper sebagai orang terakhir yang berperanan menyelamatkan keadaan, tetapi ada kelebihan iaitu boleh memegang bola, menangkap, menguis, menumbuk malahan dengan apa cara sekalipun akan tetap berusaha agar bola tidak mencecah jaring yang akan mengakibatkan pihak lawan memperolehi jaringan....

Kita juga mempunyai 3 atau 4 orang pemain pertahanan, walaupun dilihat kurang penting dalam mengatur strategi merobek gawang lawan tetapi berperanan besar dalam memastikan bola tidak berapa hampir ke gawang sendiri. Pemain pertahanan perlukan persefahaman yang jitu dan semangat setiakawan yang tinggi bagi memastikan tidak berlaku sebarang salah faham yang akan merugikan pasukan sendiri....

Kita juga mempunyai 3 pemain tengah yang sepatutnya bijak memainkan peranan sebagai perantara dipihak pertahanan dan pihak penyerang. Mereka sepatutnya berperanan memberi peringatan seandainya pemain pertahanan leka atau memberi peringatan sekiranya pemain penyerang terlalu laju kehadapan hingga kehilangan bola...

Akhirnya kita ada penyerang...sememangnya mereka terpaksa agresif mencari gol...namun harus diingat bahawa setiap gol yang dapat dijaringkan mereka adalah hasil dari semua posisi pemain...bermula dari penjaga gol...pemain pertahanan...pemain tengah...pemain sayap dan penyerang....

Begitulah kita...masing-masing berperanan menghidupkan lajnah kita...menyerbu kedalam masyarakat dari segenap sudut dan pelusuk, memainkan peranan dan tugas mengikut lajnah-lajnah yang telah ditetapkan...mengetahui kedudukan posisi lajnah sendiri...dan akhirnya menggerakkannya dengan bantuan dari lajnah-lajnah lainnya dalam organisasi yang sama....

Insya Allah...kita akan dilihat lebih berperanan dalam masyarakat....dan boleh diharap sebagai pemimpin perubahan dalam masyarakat.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat