**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





26 June 2009

Lawatan DPPN Kedah Ke Pejabat DPPB

DPP Baling berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil DPP Negeri Kedah yang diketuai oleh Sdr Sanusi merangkap Timbalan Ketua Pemuda bersama 3 ajk yang lain pada 25 Jun 2009

Majlis bermula pada 7.30 petang dimulai dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan makan malam yang diuruskan oleh Ust Mohd Nor Zakaria bin Harun. Selepas solat isyak, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pemangku Ketua Pemuda DPPB Ust Osman dan diikuti oleh laporan yang dibentangkan oleh S/U, Ust Helmi. Sdr Sanusi dan ajk DPPNK menyambut baik atas segala usaha yang dijalankan dan mengharapkan agar ianya berjalan dengan baik.

Di antara teguran dan nasihat yang disampaikan ialah agar DPPB turut menganjurkan program bersama jabatan kerajaan yang ada di Baling, meneruskan usaha tarbiyah dan dakwah yang dikatakan kurang memberi kesan dan merampas DUN Bayu pada prk akan datang.

Majlis ditangguhkan dengan lawatan oleh wakil DPPNK ke pejabat DPPB bagi melihat ruang pejabat dan sistem fail. Sebagai tanda meraikan tetamu, semua wakil DPPNK yang hadir dijemput ke dusun durian YB Johari bagi sama-sama menikmati kelazatan buah durian Baling.

25 June 2009

Kuliah Bulanan Ust Ahmad Yahya di Memali.

Dimaklumkan bahawa Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda DPPN Kedah akan mengadakah kuliah beliau di Madarasah Islahiah Diniah Memali pada ketetapan berikut:

Masa: Selepas maghrib
Tarikh : 2 Julai 2009
Hari : Khamis


Semua dijemput hadir...

Menurut Ust Zul kuliah ini insyaallah akan diadakan secara rutin pada setiap minggu pertama bagi setiap bulan. Wassalam

Majlis Penerimaan Watikah Kepimpinan Pemuda

Semalam 24 Jun 2009, DPPN Kedah telah mengajurkan satu majlis simbolik bagi mengiktiraf perlantikan saf kepimpinan DPP kawasan seluruh negeri Kedah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda, Ust Ahmad Yahya yang menerangkan tentang pencapaian, cabaran dan halatuju DPPN sesi 2009-2011. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada abang-abang dan mantan-mantan DPP yang dahulu yang begitu gigih berusaha menaikkan dan mempersadakan perjuangan PAS dalam konteks DPP.

Majlis kemudian diserikan dengan ucapan olehYB Dato' Ir Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi. Beliau menerangkan tentang peri pentingnya tenaga pemuda di dalam melangsungkan perjuangan PAS. Sejarah membuktikan bahawa kebanyakkan pimpinan PAS pusat adalah hasil tarbiyah di dalam dewan pemuda. Justeru beliau menasihatkan agar semua ajk DPP di semua kawasan agar komited di dalam menjalankan amanah yang diberi untuk melahirkan kader2 yang berkualiti.

Majlis dengan kehadiran pemuda seramai 180 ini diakhiri dengan penyampaian sijil watikah kepada semua ketua pemuda kawasan dan didahului dengan barisan exco DPPN Kedah. Majlis bersurai sekitar jam 12.00 tgh malam.

24 June 2009

Ust Zul ideal sebagai Pemangku Naib Ketua

Ust Zulkifli bin Jusoh merupakah di antara tokoh yang lama di dalam DPPB. Beliau mempunyai banyak pengalaman dan telah menyaksikan beberapa siri jatuh bangun DPPB sebelum ini. Pendek kata beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam menguruskan DPPB terutamanya berkaitan PASTI. Dengan lagak yang ringkas dan senyuman manis pasti ramai yang senang dengan perlantikannya sebagai Naib Ketua DPPB yang baru bagi menggantikan Ust Afnan yang berpindah kawasan. Perlantikan beliau dibuat pada malam mesyuarat khas DPPB di Dewan Badminton, Kupang.

Dengan amanah yang baru ini diharapkan agar Ust Zul lebih berdaya saing dan mampu menyerlahkan lagi gaya kepimpinannya. Teruskan perjuangan.

Setiausaha tagih komitmen cawangan

Ust Helmi sekali lagi menegaskan di dalam mesyuarat khas DPPB supaya semua AJK DPPB memberi tumpuan kepada cawangan di bawah seliaan masing-masing. Adalah penting untuk semua AJK untuk mengambil tahu perkembangan dan permasalahan yang dihadapi oleh cawangan masing-masing. Hubungan akrab juga perlu dijalinkan agar semua cawangan mengetahui perkembangan dan program semasa yang dijalankan oleh DPPB. AJK dianggap sebagai agen yang paling sesuai untuk menyebarkan berita berkaitan DPPB kepada cawangan dan begitulah sebaliknya.

Sebagai langkah awal bagi menjalinkan hubungan ini, DPPB merancang untuk mengadakan satu majlis perjumpaan dengan semua cawangan pada 4 Julai 2009. Surat-surat telah pun diedarkan kepada penyelia cawangan masing-masing. Apa yang diharapkan oleh Ust Helmi adalah kehadiran pemuda yang ramai bagi mewakili cawangan masing-masing tercapai. Ini adalah saat yang paling sesuai untuk kita merapatkan saff pemuda Baling. Ust Helmi mempunyai impian dan harapan yang besar agar mampu meningkatkan taraf cawangan pemuda Baling seperti yang dinyatakan di dalam HIWAR DPPB tempoh hari.

Senarai cawangan mengikut penyeliaan masing-masing boleh dilihat di sini.

Ustaz Afnan Pindah Kawasan

Mula bersama DPPB sejak tahun 2003 sehingga 2009, pasti perpindahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada DPPB termasuklah Ust Afnan sendiri. Di antara amanah yang pernah dipikul beliau adalah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan, Pengerusi Lajnah Penerangan dan yang terakhir adalah sebagai pemangku Naib Ketua DPPB 2009-2011.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul apabila Ust Afnan terpaksa berulang-alik semata-mata untuk menghadiri mesyuarat dan mengikuti program DPPB dan Kawasan. Justeru itu, beliau melalui surat yang diserahkan kepada pemangku Ketua Pemuda Ust Osman pada malam usrah DPPB menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan di atas sebab pindah kawasan ke Pulau Pinang. Beliau turut menyatakan bahawa DPPB masih di hatinya dan mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat di dalam DPPB yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada beliau selama ini.

DPPB melalui pemangku Ketua Pemuda, Ust Osman mendoakan agar Ust Afnan lebih tabah dan kuat untuk meneruskan perjuangan ini yang masih panjang tidak kira di mana berada.

Pergimu dirindui...budimu abadi di hati DPPB.

22 June 2009

MP PAS Baling Bahas RUU Makanan Haiwan 2008

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib membahaskan Rang Undang-undang(RUU) Makanan Haiwan 2008 di Dewan Rakyat pada 18 Jun 2009.

17 June 2009

Sorotan Sejarah Baling, Kedah

Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman. . Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau.
Selain itu, Baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, di mana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. Ada 3 kolam air panas yang berbeza suhu dan satu kolam khas untuk kanak-kanak dan wanita.
Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.

Asal Nama Baling

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.
Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang siam(Thai) dan orang Burma(Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.
Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".


Peristiwa Baling

Baling sebuah daerah yang terkenal dengan pelbagai susur galur sejarah yang juga mewarnai sejarah tanah air. Baling merupakan tempat di mana Parti Komunis Malaya, Kerajaan Malaysia, dan British berjumpa pada tahun 1955 untuk menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan ketua kerajaan, memujuk ajar komunis menyerah secara aman dan berjanji tiada tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Tetapi, Chin Peng yang merupakan ketua Parti Komunis Malaya mendesak agar kerajaan dan pihak British mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang sah supaya ia boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di Malaysia. Permintaan ini ditolak dan menyebabkan tiada perjanjian dicapai.

15 June 2009

HIWAR PEMUDA BALING

DPP Baling telah selesai mengadakan HIWAR pada 12 dan 13 Jun 2009 bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik. Dengan visi "Mempersadakan Perjuangan" DPPBaling mengharapkan agar segala gerak kerja yang bakal dilaksanakan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemuda cawangan khususnya daripada AJK DPPB itu sendiri. Misi "Menegakkan sebuah organisasi Baling melalui penglibatan pemuda sebagai elemen terpenting dalam perjuangan Islam" menampakan kesungguhan barisan ajk DPPB terhadap pentingnya mendapat kerjasama di semua peringkat. DPPB juga sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan semua ahli termasuklah cawangan-cawangan yang kurang aktif. Selain daripada itu, terdengar juga suara daripada sahabat yang mahukan usaha tarbiah ditingkatkan dan dijalankan dengan lebih tersusun.



Sepanjang pembentangan perancangan setiap lajnah, semua AJK dilihat memberi sumbangan idea dan berkongsi pengalaman yang berguna bagi memastikan setiap program yang dirancang mencapai sasarannya. Perbincangan dan pembentangan ini berakhir jam 2.30 pagi.



Keesokkan harinya aktiviti diteruskan dengan tazkirah pagi dan senaman pagi. Sebagai penutup HIWAR, semua ajk mandi bersama-sama dan melahirkan rasa syukur kerana HIWAR kali ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.



Ust Osman, Ust Roshidi dan Ust Helmi mengucapkan terima kasih kepada semua peserta HIWAR dan mengharapkan semua perancangan berjalan dengan jayanya

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat