**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





23 December 2009

WalimahtulUrus yang diberkati

SELAMAT PENGANTIN BARU

Oleh : Osman Abdul Hamid

Ketua :Dewan Pemuda PAS Baling

Kepada semua pemuda-pemuda ,sahabat-sahabat dan kenalan serta muslimin dan muslimat yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti ini diucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke anak cucu.Kepada sahabat dan kenalan yang tidak sempat saya hadiri walimatul urus, harap maaf. Pada tahun ini paling banyak saya hadiri majlis kenduri sebanyak 8 tempat dalam satu hari dari pagi hingga malam ,Alhamdulillah.

Perkahwinan merupakan satu tuntutan sunnah dan ianya merupakan fitrah kejadian manusia yang mempunyai naluri ingin hidup berpasangan. Dalam mencapai sunnah ini, kita akan menemui berbagai cabaran bahkan halangan.Kita hendaklah berbangga dengan pasangan kita yang bernama isteri ,jangan kita berbangga dan tidak merasa malu dengan menggauli perempuan yang bukan isteri ,kerana itu dilarang agama ,haram ,ditegah dan boleh menghampiri zina.

Kita mesti menerima kenyataan dan realiti bahawa pasangan yang kita nikahi ,dialah isteri ,dialah jantung hati ,dia yang akan berkongsi suka duka hidup bersama. Walaupun dia bukan pilihan utama atau dia pilihan ibu dan bapa kita.Apabila bergelar suami maka tunaikanlah tanggung jawab sebagai suami.

Cuma saya ingatkan diri saya dan semua sahabat seperjuangan bahawa dugaan dan mehnah yang kita lalui tidak akan sama. Semasa kita di alam teruna, kita tidak terikat dengan seorang wanita yang bernama isteri, kita boleh makan dan minum bersama kawan diluar atau ditempat program. Kini setelah bergelar suami, bagaimana mahu melaksanakan antara kewajipan dan tanggungjawab, bagaimana situasi semasa isteri sarat hamil mengandung, saat isteri ditinggalkan ketika berada dihospital melahirkan anak, ujian isteri, anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ,anak demam ,sakit kadang-kadang semua anak demam namun isteri terpaksa juga ditinggalkan bagi memenuhi hasrat dan kewajipan perjuangan.

Istiqamah dan disiplin dalam program jemaah kadang-kadang menjadi luntur, kita mengah menghadapi kerenah, dulu komitmen kita hanya dengan perjuangan tapi sekarang kita ada keluarga, anak dan kerjaya, pendapatan tidak bertambah tetapi tanggungjawab bertambah, bagaimana harus kita memberi kefahaman kepada isteri, masa yang sedikit bersama mereka, bagaimana mahu menghadapi ibu dan mertua apabila mereka melihat anak dan isteri selalu ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan jemaah. Semoga kita dapat menghadapi semua ini kerana kita adalah pejuang, kita adalah amilin dan dimasa yang sama juga kita adalah suami dan kita bertanggung jawab terhadap jamaah.

Sahabat yang dirahmati Allah, saya melihat Walimatul urus atau kenduri kahwin kadang –kadang tersasar dan berbeza dengan apa yang dianjurkan oleh Islam,banyak tempat hiburan-hiburan dan perkara yang melaghakan dihidupkan semula, dengan persandingan, karoke dan sebagainya. Malah anak-anak muda yang menjadi mentara kadang-kadang dengan terbuka menghirup air daum ketum atas alasan kuat bertugas.Malah ada orang kuat PAS, buat kenduri dengan band pemuzik jemputan, malam 60 an dan macam-macam lagi. Saya sebutkan disini sebagai ingatan bahawa arah tuju dan matlamat kita hendaklah beriringan dan memenuhi hasrat perjuangan Islam yang diperjuangkan.

Budaya kenduri yang dipenuhi maksiat perlulah kita jauhi,sikap kita hendaklah mencerminkan arah dan matlamat Islam yang kita tuju.Semangat kerja sama,tegur menegur antara kita diisemai dan dibajai agar mahabbah dan kasih kita sesama insan seagama dapat teguh dan kuat dengan amalan Islam yang dipamerkan.

Ikatan istimewa dua mempelai moga dicucuri rahmat dan hidup yang dilimpahi berkat ,perjuangan tidak ditinggalkan,sunnah dilaksanakan ,komitmen diteruskan,istiqamah dalam ujian dan teruskan perjuangan.Selamat pengantin baru kepada semua yang melayari bahtera perkahwinan dari saya dan Dewan Pemuda PAS Baling.

berkhatan....


Berkhatan(bersunat)

Oleh : Osman Abdul Hamid

Ketua :Dewan Pemuda PAS Baling

Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah ,dengan limpah kurnian dan nikmat yang diberikan .Kepada sahabat –sahabat yang menganjurkan majlis berkhatan pada musim cuti ini diucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjemput,walaupun ada yang tidak sempat dilawati ,saya mohon banyak kemaafan.Alhamdulillah Pada tahun ini juga anak sulung saya menyertai majlis berkhatan di Markas PAS .

Saya rasakan majlis berkhatan adalah satu majlis yang boleh dan perlu kita anjurkan untuk memperkukuhkan ikatan kita sesama muslim atau dikalangan ahli dan penyokong ,sama ada dibuat di markas atau rumah.Kalau kita anjurkan diatas nama PAS sekurang-kurangnya dapat memenuhi taqwim dan jadual tahunan kita,disamping boleh menambah dana dan duit tabung Jemaah.

Kemeriahan dan keseronokan majlis yang kita anjurkan patut dikembalikan seperti dulu sekurang-kurangnya dapat mengikat silaturrahim dan tali persaudaraan sesama kita yang kadang-kadang hambar dan kadang-kadang kita lebih seronok membuat majlis seorang diri atau pergi ke klinik tanpa pengetahuan masyarakat dan mengisi ruang dengan program-program Jemaah.

Saya rasa seronok apabila program berkhatan ini dianjurkan oleh PAS samada pemuda cawangan atau sebagainya,pada pengamatan saya banyak kelebihan dan manfaatnya.Antaranya cawangan dapat digerakkan dengan semangat ukhwah yang lebih mantap,menanam sifat gotong royong sesama ahli dan penyokong dalam menyelesaikan kerja ,sekurang-kurangnya dapat menambah duit tabung cawangan dan yang pasti dapat menarik orang Umno menjejak kaki ke Markas PAS.

Disamping kemeriahan majlis yang dianjurkan ,janganlah kita mengisi ruang dan program ini dengan perkara yang melaghakan kerana Khatan mempunyai banyak hikmah seperti yang dikatakan oleh Ulamak ,diantara hikmah khatan adalah fitrah yang merupakan naluri dan pembawaan manusia semenjak dilahirkan iaitu tingkah laku yang bersih ,sucu,belum dikotori dan dicemari oleh kecatatan.Khatan juga merupakan satu syiar dan syariat Islam yang membawa kepada kesempurnaan Agama yang disyariatkan oleh Allah melalui lidah Nabi Ibrahim .yang membolehkan kita terbeza dengan mereka yang bukan muslim sebagai bukti ubudiah kita kepada Allah serta ketaatan dalam melaksanakan perintahnya.

Dari sudut kesihatan pula ianya merupakan cara sihat untuk memelihara seseorang dari berbagai penyakit ,kerana kulup yang telah dipotong dan dibuang dapat menghindari dari sisa kotoran kencing dan sebagainya , juga menghalang gangguan pada hasyafah ketika membesar dan menegang.Ada juga kajian yang mengatakan berkhatan merupakan satu bentuk ketahanan dari terkena penyakit kanser prostat dan penyakit kelamin lain.

Pada umumnya kanak-kanak lelaki mengikut pendapat ulamak disunnahkan sebelum akil baligh kerana kanak-kanak tidak diwajibkan menjalankan syariat Agama dan jika waktu sudah baligh ,maka khatan itu wajib dan perlu disegerakan

Mazhab Syafie juga memandang baik mengadakan walimah khatan kanak-kanak lelaki yang bertujuan mensyukuri nikmat Allah serta memperolehi pahala sedekah ,akan tetapi hukum menghadirinya tidaklah wajib tapi ada ulamak yang mengatakan wajib menghadirinya bagi menunaikan jemputan dan hasrat saudara muslim yang lain.Bagi kanak-kanak perempuan dipandang baik ,jika mengadakan walimah khatan dikalangan anak perempuan sahaja,kerana anak perempuan akan merasa malu khatannya dimasyhur dan diwar-warkan.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua,marilah kita mengambil dari sebahagian kebaikan dan hikmah syariat ini. Banyak peluang yang boleh dikutip bagi manfaat Islam ,Banyak ruang yang boleh disusuri bagi mengindahkannya.Setiap individu dan masyarakat mahukan yang terbaik dan betapa indahnya Islam yang mempunyai berbagai-bagai rahsia dalam syariatnya.

AllahuAkhbar….

22 December 2009

INILAH JALAN KITA

Oleh: Ust Osman Abd Hamid

Islam adalah matlamat perjuangan kita, walaupun berat pada pandangan mata dan bahu memikul, perjuangan mesti diteruskan. Tahap kesabaran dan pengorbanan yang tinggi perlu ada dalam diri setiap amilin yang berjuang kerana jalan ini adalah jalan kita menuju ke syurga Allah. Luasnya syurga tidak terhingga dan kita tak pernah melihatnya, mencium baunya, mendengar bisikan penghuninya, tak tergambar dan terlintas di akal fikiran. Cuma gambaran yang dibawa oleh Al-Quran dan Hads sahaja.


Syurga... orang yang memasukinya akan lupa segala derita dan sengsara yang dilaluinya. Jalan ke syurga inilah jalan kita, jalan perjuangan kebenaran. Jalan inilah yang akan ditempuh oleh penghuni syurga untuk sampai kepadanya. Sungguh payah, sungguh dasyat, kesulitan dan berbagai penderitaan dilalui, tabiat menuju jalan ini seperti Sabda Rasul saw bermadsud "Syurga dikelilingi dengan berbagai perkara yang tidak disukai".


Ranjau dan onak menempuh jalan ini pernah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dengan ejekan, penginayaan dan penghinaan. Di sepanjang jalan ini, penjara-penjara menjadi kediaman dan rumah para pejuang, badan mereka disikat dengan sikat besi, badan mereka digergaji terbelah dua, dibakar setelah disimbah petrol, dikurung dalam najis tanpa memberi makan,di penjara dalam air dan berbagai bentuk takzib dan penyeksaan yang dilalui oleh pejuang Islam. Kita mendengar dan mengentahui jalan ini. Inilah jalan kita. Ungkapan jelas lagi jujur bahawa syurga di kelilingi dengan berbagai hal yang tidak disukai. Itulah tabiat dan sunnatullah untuk pejuangan. Adakah kita dapat merempuh jalan ini?


Firman Allahswt : Al-Imran 142 bermadsud "Apakah kamu menyagka kamu akan masuk Syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di jalan kamu dan oprang-orang yang sabar".
Firman Allah swt: Al-Ankabut 2-3 "Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan bahawa mereka berkata kami beriman sedangkan mereka tidak pernah diuji sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka .sesnuggunya Allah mengentahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta".


Jalan yang kita lalui ini, kita menghadapi pemerintah yang zalim yang menolak Islam dan membuat berbagai bentuk penginayaan serta penindasan yang berterusan, kita minta berlindung dari Allah sifat-sifat yang boleh merosak jiwa dan lupa daratan. Kita khuatir jika terpedaya dengan dunia. Pemikiran dan mementingkan material semata-mata. Tambahan pula bila sudah mencapai kemenangan.


Banyak orang Islam tetapi tidak mahu berjuang mempertahankan Islam. Terasa hati berat untuk bergerak, mencari berbagai alasan, lebih senang dengan keluarga di rumah, keluar berjuangan takut habis duit, kepentingan peribadi menjadi keutamaan, sanggup memfitnah kawan perjuangan kerana matlamat duniawi dan keuntungan yang sedikit dan berbagai lagi. Ini adalah alasan yang akan timbul apabila sudah terjerat dan terjebak dalam lilitan dunia dan material ini. Program-program hanya menjurus kepada mencari pengaruh dan mementingkan kebendaan sahaja. Islam diletak di sebelah dan di kesampingkan sahaja. Sungguh malang jalan yang kita tuju ini diheret dalam kancah material.


Rasulullah pernah ditawarkan dengan berbagai kemewahan dan kemegahan duniawi, namun baginda menolak dan sanggup berlapar kerana ini bukan jalan yang dituju. Demikian juga Rasulullah berpaling dari kemewahan hidup dan sentiasa mengulang-ngulang perkataan itu "Ya Allah tidak ada kehidupan(yang sebenar) kecuali kehidupan akhirat".


Para pejuang Islam menolak cara hidup mewah yang melampau , kesederhanaan, tidak bermegah, ego dan besar diri. Pejuang sebenar takut terpesona dengan kemewahan dan kemegahan duniawi kerana inilah antara jalan-jalan mereka yang gugur dan tidak capai matlamat, hindari jiwa cinta dunia, cinta kebendaan dan takutkan mati.


Syed Qutb menyimpulkan ujian yang perlu dilalui antaranya:

01 : Penginayaan yang akan ditempuhi
02 : Fitnah yang menimpa keluarga dan orang yang dicinta
03 : Dunia akan memihak kepada kebatilan
04 : Terasing kerana pegangan akidah
05 : Fitnah populariti dan tarikan duniawi
06 : Fitnah lambat menang dan panjang perjalanan
07 : Fitnah bangga diri dan rasa kehebatan diri.

Jalan ini akan dihadapi oleh semua pejuang Islam, mereka yang berjaya dan mendapat hasil adalah mereka yang dapat melintasi dan merempuh halangan. Fikirlah di mana kita? adakah kita sudah bersedia menuju jalan ini?. Jangan kita menjadi golongan yang sentiasa beralasan, menjaja lidah tidak bertulang ke hulu kehilir hanya tujuan tak lain tak bukan kecuali lari dari perjuangan. Islam itu indah , biarlah keindahan itu mewarnai hidup dalam setiap amalan kita. Buatlah perkara berfaedah dan baik hindari membuat perkara nista dan dosa. Teruskan perjuangan, inilah jalan kita, jalan menuju Allah dan Syurganya.

Allahuakhbar....

17 December 2009

Berhijrah ke arah memperkasa jamaah

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH KITA ADALAH UNTUK ISLAM

Oleh : Osman Bin Abdul Hamid

Ketua Dewan Pemuda PAS Baling

ASSALAMUALAIKUM,

Tahun hijrah yang disambut oleh ummat Islam saban tahun diseluruh dunia adalah merupakan amalan yang baik dan terpuji ,ianya bermula dengan cetusan oleh pelupurnya Saidina Omar Al-Khattab yang ingin melihat ummat Islam mempunyai taqwimnya yang tersendiri sebagai penggunaan tarikh harian ummat Islam dalam setiap urusan sama ada rasmi atau tidak ,maka bermulalah kiraan semenjak tahun pertama nabi berhijrah iaitu setelah menjadi Rasul selama 13 tahun .

Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kadang kita lupa bahawa kita sudah masuk tahun baru hijrah ,tahun kiraan kita sebagai ummat Islam yang kita masih bingung bagimana kiraannya atau kita memang tidak peduli dan tidak ambil tahu,walau bagaimanapun jangan kita lupakan bahawa kita ummat Islam mempunyai keistemewaan tersendiri dan kelebihan yang berbagai-bagai dalam apa jua keadaan,didalam berbagai perkara.

Tahun Hijrah yang tiba biarlah kita sambut dengan berbagai pengisian yang menyedarkan ummat,sama-sama kita membaca doa awal dan akhir tahun,moga Allah beri keberkatan dan keredaan dalam setiap amalan dan urusan harian kita,moga tahun yang mendatang memberi sinar yang lebih baik kepada amalan harian kita dan kepada perjuangan Islam.

Hijrah dan Jihad adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan kerana ada hijrah disitu adanya jihad,ada jihad disitu diperlukan hijrah ,Islam perlukan kita sebagai seorang yang berjihad dijalan Allah,Islam perlukan kita untuk berhijrah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik.Hanya orang beriman yang berhijrah dan berjihad yang akan mendapat kejayaan.

Dalam semangat hijrah yang dilaungkan kita perlukan matlamat yang jelas,telus ,murni dan terbaik,tidak bermakna jika matlamat kita masih kabur,mempunyai tujuan yang boleh merosakkan Islam dan jemaah,tidak dimurnikan dengan perlaksanaan yang baik,porak peranda ,hasad dengki dan berbagai perkara buruk dan mazmumah.Kita perlukan segala kebaikkan dan pemurnian,jangan hipokrit dan bersifat munafik dan terlalu mementingkan diri sendiri.

Kita perlukan teman seperjuangan yang membantu kita mencapai matlamat laksana Abu Bakar yang menjadi teman setia kepada Rasulullah .Adakah kita orang yang menjadi teman setia dalam meneruskan perjuangan ,atau kita orang yang menambah masaalah dan beban dalam melayari bahtera.Jemaah rosak kerana kita,Sahabat dalam jemaah pening kepala dan berserabut kerana kita,fikirlah bagaimana mengurangkan beban sahabat –sahabat bukannya menambat masaalah yang akan menjadi lebih tenat.

Kita perlukan sokongan dari kawan dan taulan ,merekalah yang akan menyerlahkan lagi cita-cita kita .Merekalah akan memberi dorongan dan motivasi perjuangan bagaikan orang Ansor yang sentiasa terbuka menerima kedatangan muhajirin dan membantu membantu mereka.

Tempat yang boleh menjadi tapak untuk meneruskan cita-cita Islam diperlukan dalam merencana dan memprogramkan hasrat ,misi dan visi .walau terpaksa menyusuri berbangai bongkah ,bukit atau lautan. Tamsilnya bumi Madinah Bandar yang dipenuhi Nur Ilahi penerang buana dan disini bumi yang tapaknya Islam menjalar diserata dunia.

Selangkah kehadapan bagai panglima Islam terbilang ,tanpa menoleh kebelakang dengan matlamat hijrah kita adalah untuk Islam ,sematkan dijiwa semangat para pejuang,pakaian jihadnya tidak pernah lekang dari badan ,sentiasa sahut arahan dan cabaran.

Selamat menyambut tahun Hijrah 1431 Hijrah

Daripada : DEWAN PEMUDA PAS BALING


14 December 2009

TAKLIMAT PERTANDINGAN FUTSAL PEMUDA CAWANGAN BALING

Tarikh : 13 Disember 2009
Hari : Ahad
Masa: 8.30 malam
Tempat : MPKB, Kupang
Penglibatan: AJK DPPB & AJK PEMUDA Cawangan




Di antara Ketua & Setiausaha pemuda cawangan yang hadir. Khusyu' mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penerangan berkaitan isu semasa PAS Kedah dan Pertandingan Futsal.




Asyiknya mendengar dan mencatat laporan dan makluman program terdekat DPPB dan DPPNK oleh Setiausaha DPPB.




Ucapan penutup disampaikan oleh ust Osman. Pemuda cawangan seronok dan fokus dengan ucapan yang disampaikan... kadang2 x kering gusi dengan isi ucapan...



Terima kasih atas sokongan dan kejadiran...siiru a'la barakatillah.

12 December 2009

Rutin Pemangku Ketua Pemuda..

Menjadi ketua bukanlah tugas yang mudah. Dari yang khusus seperti memastikan pengurusan jemaah berjalan lancar, KP juga bertanggungjawab merancang dan merangka program yang menjurus ke arah matlamat perjuangan.

Tugas KP juga merangkumi kebajikan dan keprihatinan masyarakat khususnya melibatkan pemuda. Berikut ini adalah di antara rutin yang perlu diraikan oleh KP DPPB


Melawat anak ahli dan AJK yang berkhatan


Memenuhi undangan kenduri



Mengiringi YB ke pelosok kampung dan mendengar rintihan dan suara pengundi.

10 December 2009

Usrah DPPB-Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang...Ust Nasrudin Hassan At Tantawi....



Ucapan panjang lebar antaranya menyentuh tentang peranan setiap ajk terhadap proses memperkasakan jamaah, sejarah perjuangan para sahabat r.a dalam memastikan tertegaknya agama Allah......beberapa realiti yang diutarakan beliau ialah:

-Kita hidup di dunia realiti, bukan fantasi.
-Banyak orang yang pandai berbicara tetapi tidak mahu melakukan kerja jamaah.
-Banyak yang menolak daripada yang sanggup menerima hingga individu yang sama terpaksa menanggung berbagai-bagai jawatan di pelbagai peringkat.
-Banyak orang yang tidak sanggup berada dihadapan walaupun mendapat pendidikan yang tinggi di luar negara...tidak menjadi harapan kepada masyarakat..
-Budaya hidup mewah menyekat untuk bersama-sama bergelumang dalam masyarakat.
-Islam akhir zaman dilihat pelik....mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dilihat pelik..
-Banyak orang yang mengelak diri untuk bekerja demi Islam dari yang menawarkan diri..
-Pesanan untuk MKK....kerja mesti dilakukan...jangan jauhi diri dari surau dan masjid....dampingi masyarakat...
-Dalam dppbaling...jangan berfantasi dalam pemuda...realitinya kita memegang lajnah...perlu lonjakan, menggerakkan lajnah keperingkat yang lebih tinggi...
-Pengajaran dari peristiwa tawanan badar....akhirnya idea Abu Bakar As Siddiq diterima semua pihak...
-Kita hidup dalam zaman fitnah dan ancaman...sekiranya kita terus berjuang sama seperti di zaman para sahabat r.a....maka ganjaran pahala amat besar dari Allah Taala...
-kesimpulannya....keputusan dalam mesyuarat dppb adalah menjadi garis panduan kesemua ajk dppb.



Anaunited : mengetengahkan pendapat tentang kerajaan perpaduan yang menjadi polemik tempohari serta menyatakan pendirian tegas tentang kaedah serta method perjuangan yang hakiki dan tersusun.
Pengarah unit amal ; Kerja-kerja amal yang dilakukan adalah aset secara langsung kearah memahamkan masyarakat tentang keindahan Islam dan susunan kerja-kerja jamaah.


Nilai tarbiah yang tinggi mampu menjadikan diri kita tidak berganjak dari pegangan perjuangan walaupun datang beribu mehnah dan dugaan.Mengharapkan program tarbiah mampu menyatukan fikrah di kalangan ajk untuk terus berjuang di medan masyarakat.


Penerangan mengutarakan isu berkaitan kedudukan pemuda dari sudut perlembagaan PAS, pengorbanan ahli di peringkat grassroot, cabaran pertembungan idea alaf baru yang memerlukan respon yang tepat dan positif serta dapat membantu perkembangan organisasi.

Usrah DPPB



Mengetengahkan realiti semasa yang berkait rapat dengan permasalahan sekitar masyarakat Baling terutama diperingkat akarumbi yang banyak melahirkan rasa hati apabila pihak dppb turun ke padang melancarkan program sekrateriat pilihanraya...




Melontarkan idea-idea terkini terutama dalam bidang ict serta idea pemurnian fikrah. Setelah menjalani proses tarbiah yang panjang, sepatutnya ia merubah cara berfikir, cara merancang dan cara melaksanakan sesuatu tugasan terutama apabila ianya berkaitan matlamat jamaah.



Tuan guru...menghuraikan tentang bagaimana melihat konsep sebenar dalam menjalin ikatan sesama muslim walau dalam parti yang berlainan, menyeru agar bersama memahamkan masyarakat terhadap perjuangan Islam yang syumul dan mesra terhadap semua makhluk.



Konsep jamaah...keputusan dan pandangan individu tidak semestinya mencerminkan kehendak jamaah, oleh itu...berhati-hati dalam memberi idea dan komen terutama apabila ianya berkait dengan permasalahan dalaman politik dan jamaah.



Agenda akhir...makan bersama, bergurau senda, gelak tawa, bahagia bersama....kesemuanya menjadi rempah ratus dalam kawah ukhwah dppbaling. Kemanisan perjuangan ini pasti menjadi kenangan terindah ketika usia membatasi kita...apapun, rasa hati kita tetap sama....daulatkan al Quran di bumi tuhan...

07 December 2009

WARKAH PENGORBANAN

Ust Osman Abdul Hamid..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan, keluarga, sahabat baginda serta pejuang Islam di mana jua anda berada. Sesunggunya hidup dan mati kerana Allah memerlukan pengorbanan agar kemanisan, kenikmatan Islam dan Iman dapat dikecapi hingga keakhir hayat.

Wahai Sahabat Pejuang Islam

Aku dan namaku mungkin asing dan aku tidak tahu bagaimana kesibukan yang dilalui oleh semua pejuang, namun aku yang kerdil, jahil serta serba kekurangan hadir bersama bagi membela maruah Islam.Telingaku sentiasa mendengar luahan rasa para pejuangan, ada kecewa, ada bermegah dengan kerja yang tidak seberapa, ada yang seronak dan tertipu dengan diri sendiri, yang alpa, lalai dan berbagai kerenah yang menjadi mehnah dalam perjuangan ini. Namun pengorbanan semua amat kuhargai.

Aku juga tidak dapat menyelami kehendak dan cita rasa sahabat. Kelemahan, kejahilan dan kekurangan mungkin itulah alasan bagi diriku yang tidak seberapa ini. Begitulah terjadi bagi diriku kekadang rindu bersama, telinga mendengar dulu sebelum mata dapat melihat. Namun aku yakin bila awan mendung berarak lalu, mata hati melihat cerah, dapat melihat pengorbanan para sahabat seperjuangan. "Ya Allah kau tajamkanlah mata hatiku, jangan timbul di hatiku keraguan, prasangka yang bukan-bukan kepada sahabat seperjuangan agar hikmah di sebalik apa yang ditakdirkan menjadi pedoman dan motivasi perjuangan".

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ,itulah amanah yang kita bawa, hanya mereka yang melalui perjuangan akan merasai manisnya pengorbanan. Aku yakin Allah mahu mendidik kita. Melihat dengan mata hati, pandangan mata membuat kita terkadang tertipu, kecewa dan amarah yang sentiasa meronta. Biarlah sahabat dan pejuang melihat dengan mata hati. Semangat cintakan Islam biar bersemarak tumbuh, subur dijiwa, membesar dan menghijau. Walaupun dulu pernah tandus dan kering kontang. bak pepohon menghijau di padang pasir yang dapat memberi hasil dan amat berguna kepada kita semua. Biar kita bergerak mengikut detik-detik masa seperti bergeraknya suria di waktu pagi. Kalau semua berpeluk tubuh melihat dan memerhati ia akan terus bergerak, tapi bagi sahabat dan pejuang yang mata hatinya melihat dia tidak akan menjadi penonton yang melihat suria pagi beralu saja.

Aku merasakan peluang dan kelebihan para sahabat seperjuangan sangat hebat. Di sebalik wajah selembut sutera dan sedingin salju tak terbayang walau dinuqil di atas batu, dilukis di atas kanvas jiwaku sentiasa membisik hebatnya pengorbanan walaupun di sana terpalit derita ,di himpit keresahan, menanggung kesedihan dalam alam pejuangan yang penuh dengan pengorbanan ini.

Namun aku percaya semua ini adalah warkah cinta kepada Allah dari kekasihnya yang sentiasa merindui. Bermunajatlah dengan doa penuh harapan, memohon agar sahabat dapat merentasi halangan dan ujian perjuangan.

Aku rasakan rindunya mentari di waktu pagi yang membawa bersama cahaya dan obor Islam. Sinarnya dapat menyelamatkan ummah, namun sejauh mana kesabaran? Sehebat mana kesungguhan lidah yang petah bercakap? Adakah diguna di jalan yang betul? Sungguh malang perjuangan Islam ini, jika pejuang masih perlu dipujuk bak memujuk anak kecil yang menangis. Amat jahil kalau namanya pejuang tetapi hanya menjadi makhluk perosak kepada Islam. Jangan jadikan diri seperti yang pernah dingatkan Rasulullah, "Amat celaka kepada golangan yang menjadi punca kejahatan".

Aku harapkan kepada semua sahabat seperjuangan, marilah kita menghayati manisnya pengorbanan. Indahnya kemanisan ini jika kita dapat sama-sama dirasai. Halusilah gerak nafas perjuangan, jangan dicari kemurkaan Allah, sekiranya masa berlalu tanpa pengorbanan yang manis jangan ditangisi, masa yang mendatang memberi peluang, berilah isyarat pada bulan mengambang di waktu malam. Walau di jendela bulan senyum riang, kita terus berjuang, kita pemimpin, kita pejuang terus membimbing ummah. Selagi ada bulan, selagi ada matahari tugas kita tidak akan selesai. Berbahagialah mereka yang merasai manisnya pengorbanan kerana mereka sentiasa dirindui kekasih Allah

dari kekasih untuk kekasih………..

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat