**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





07 September 2009

Tingkatkan perjuangan pada bulan Ramadhan


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
(Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh)


Allah SWT menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan yang bayak pada bulan Ramadhan. Kelebihan ini satu petanda anugerah khusus daripada Allah buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh umat Muhammad ini tidak diperolehi umat sebelum daripada ini, walaupun kewajiban berpuasa ini difardhukan oleh Allah kepada mereka juga.

Antara kelebihan yang wujud di dalam bulan Ramadhan ini ialah Allah melipatgandakan amalan yang kita lakukan. Dan amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad ini, termasuklah soal perjuangan Islam. Soal-soal lain seperti tarawikh, baca al-Quraan, qiamullail dan sebagainya saya tidak sentuh sangatlah. Inilah perkara yang biasa dan menjadi amalan pada sebahagian besar umat Islam di dalam negara kita.

Apa yang perlu difahami umat Islam khususnya pada pejuang-pejuang Islam ini, perjuangan pada bulan Ramadhan diberi kelebihan oleh Allah sama seperti mana sembahyang, baca al-Quran dan sebagainya. Sebab itu kalau kita lihat sejarah perjuangan Islam khususnya umat Muhammad, banyak peristiwa yang besar berlaku dalam bulan Ramadhan.

Antaranya peperangan Badan Al-Qubra pada 17 Ramadhan. Begitu juga pembukaan kota suci Mekah, kemudian peperangan Ahzab yang berlaku dalam bulan Ramadhan juga.Pembukaan Yaman, Mesir, Mekah, adakah perjuangan Islam yang besar ditunjuk oleh Rasulullah sengaja mewujudkan perjuangan ini dalam bulan Ramadhan kerana dalam bulan ini mempunyai kelebihan yang besar, di samping menyentuh hubungan manusia dengan Allah.

Kelebihan juga diberi oleh Allah yang melibatkan hubungan manusia sesama manusia termasuk soal perjuangan. Kerana perjuangan ini banyak menghubungkan manusia dengan manusia secara langsung akan membabitkan dengan Allah.Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya memberi fokus yang agak khusus dalam urusan perjuangan sama ada mesyuarat atau aktiviti program dalam dewan-dewan, peringkat kawasan serta di negeri. Ini kerana perjuangan ini memperoleh keberkatan yang sangat besar.

Dalam perjuangan ini apabila kita memperoleh keberkatan daripada Allah maka sudah tentulah akan tercapai matlamat. Jadi kesempatan Ramadhan ini seharusnya kita gunakan sebaik mungkin untuk aktiviti kita supaya jemaah ini memperoleh keberkatan daripada Allah, dan sekali gus akan menganugerahkan kemenangan kepada kita dalam tempoh yang terdekat ini.

Perjuangan PAS adalah perjuangan yang mesti memdapat restu daripada Allah. Kerana dari sudut kekuatan berbanding dengan musuh adalah lebih kuat daripada kita, maka kita kena cari kekuatan yang diperoleh daripada kita yang tidak diperoleh oleh musuh iaitu kekuatan pertolongan daripada ALlah Taala. Maka pertolongan daripada Allah adalah paling hebat melalui bulan Ramadhan.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat