**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





31 January 2010

"ROYALTI HAK KAMI" - RAKYAT KELANTAN




















Sempena Solat Hajat dan Ceramah Perdana menuntut Royalti Minyak Kelantan dianjurkan oleh GEGAR (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat).
Pada 28 Januari 2010 beberapa orang AJK DPPB dan Pemuda Cawangan Baling telah ke Stadium Muhammad Ke IV , Kelantan bagi menyaksikan sendiri perlaksanaan program tersebut. Dengan kehadiran lebih 40 ribu rakyat Kelantan melahirkan rasa sokongan kepada Tok Guru dan Kerajaan Kelantan untuk menuntut royalti tersebut menjadikan program tersebut sangat berjaya.

Program dimulakan dengan solat hajat selepas solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan solat Isyak. Selepas jam 9.30 mlm, bermula perarakan masuk YB Datuk Tengku Razaleigh Hamzah (Mantam Pengerusi PETRONAS), Pengerusi GEGAR (Dr Abdul Halim & Mohm Fauzi Abu Samah), Datuk Paduka Husam Musa, VVIP, VIP dan AJK pelaksana dengan menaiki beca dan dan motor lama.

5 sebab mengapa kerajaan persekutuan mesti mengembalikan royalti kepada rakyat

1. Perjanjian telah ditandatangani antara PETRONAS dan kerjaan Kelantan pada tahun 1975.

2. Akta kemajuan Petroleum 1974, Seksyen 4 telah menetapkan supaya PETRONAS membayar wang secara tunai kepada kerajaan negeri.
3. Wang ihsan adalah berbeza dari wang royalti kerana wang ihsan adalah pemberian simpati sedangkan wang royalti adalah hak dan hasil perundingan

4. Pemberian royalti bermakna pengiktirafab kepada konsep negara Fedarilisme (Persekutuan) yang telah dipersetujui antara kerajaan negeri dan pusat.
5. Hujah bahawa negeri Kelantan tidak layak kerana minyak ditemui melebihi 3 batu nautikal adalah tidak relevan kerana ia tidak disebut dalam Perjanjian Akta Petroleum 1974.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat