**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





06 February 2010

Letakkan matlamat redho Allah mengatasi segalanya.

Salam persahabatan...

Memenuhi permintaan sahabat baikku untuk sesekali mengisi ruangan ini dengan tazkirah bagi tujuan menghidupkan hati penulis yang fakir ini juga sahabat pembaca sekelian agar tidak hanya berjuang atas matlamat politik semata-mata tetapi meletakkan matlamat yang lebih besar dan lebih terarah iaitu perjuangan bermatlamatkan redho Allah Subhanahu Wataala.

Kumulai dengan satu kisah yang berlaku dizaman Rasullullah SAW, suatu ketika Baginda pernah berkata bahawa pemuda itu adalah ahli neraka...maka tiba dalam satu peperangan, Perang Uhud, pemuda tadi yang bernama Qazzman, menunggang kuda, mara ketengah medan perang, bertempur dengan musuh-musuh Allah yang juga musuh Rasullullah SAW, dengan penuh semangat, dengan penuh keberanian, tanpa gentar, tanpa takut...dengan wajah penuh keyakinan...bertembung dengan pihak Kafir Quraish, melibas pedang tajam memutuskan tangkai kepala musuh...memancung leher-leher musuh.....tubuhnya juga dilibas pedang musuh dari segenap arah...hingga tubuh badannya berselirat dengan luka-luka yang dalam, darah mengalir membasahi seluruh badannya, ada luka yang teramat dalam hingga menampakkan putih tulangnya...

Akhirnya dia pitam dan terjatuh dari kudanya, sahabat yang lain memapahnya hingga ke kem tentera Islam. Dia terus pitam lantaran darah yang banyak mengalir keluar dari tubuhnya. Para sahabat berusaha menghentikan darah tersebut namun oleh kerana luka yang ada dimerata-rata tubuhnya, sebahagian luka hanya dibiarkan begitu sahaja...

Pada malam tersebut, Qazzman tersedar dari pitam..mengerang kesakitan yang amat sangat..lukanya amat banyak dan amat parah...akhirnya Qazman tidak sanggup lagi menahan kesakitan yang ditanggungnya...dia melakukan tindakan yang membenarkan kata-kata Rasullullah tadinya iaitu menusuk jantungnya dengan pedang miliknya sendiri....Qazman membunuh diri sendiri lantaran tidak mempunyai keyakinan untuk menanggung dugaan Allah Taala tersebut....

Maka benarlah segala ungkapan Rasullullah dan akan sentiasa benarlah apa-apa yang pernah disabdakan oleh Rasullullah...

Sahabatku yang kukasihi...

Allah pilih kita memegang amanah besar ini...amanah yang pernah dipikul oleh para Nabi dan para Rasul...ada diantaranya dibelah tubuh dengan gergaji dari kepala hingga kebawah perut, terbelah tubuh...ada yang dipancung leher...dibakar hidup-hidup dengan nyalaan api yang amat besar...begitu besar dan banyak dugaan Allah pagi pemegang-pemegang Amanah Allah ini...dan kita, walau jauh dari nabi...tidak pernah bersua muka dengan nabi...tidak pernah bertemu nabi...namun kitalah yang meneruskan amanah Allah tersebut...menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini...

Maka sahabatku...marilah bersama kita meletakkan matlamat redho Allah dalam perjuangan kita, agar kita tidak diputus asakan oleh Allah sebagaimana kisah diatas tadi...agar Allah sentiasa memelihara hati kita untuk terus yakin dengan janji kemenangan oleh Allah...dan yakinlah bahawa pertolongan Allah itu amat dekat...

Marilah kita jauhkan sifat munafik dalam perjuangan kita kerana munafik amat berbahaya dalam jamaah. Munafik bukan hanya dimiliki oleh individu diluar jamaah malahan sifat ini juga boleh berada dalam hati-hati pendokong jamaah...yang dilihat luarannya begitu bersungguh-sungguh menggerakkan jentera parti tapi dalam masa yang sama merancang strategi yang boleh meruntuhkan jamaah. Inilah yang menjahanamkan jamaah kita...lantaran terlalu bermatlamatkan politik semata-mata tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh jamaah secara totalnya.

Renunglah kisah diatas, semoga Allah tidak mensesiakan usaha dan pengorbanan kita untuk Islam menjelang akhir hayat kita...lalu segala amalan kita ditolak oleh Allah Taala....berjuanglah untuk redho Allah...nescaya makhluk seluruhnya akan memuliakanmu...tapi sekiranya berjuang kerana seseorang manusia...maka seluruh isi langit dan bumi melaknatmu....

sahabatmu....

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat