**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





09 September 2009

SIRI CERAMAH NUZUL AL-QURAN & ISU SEMASA




Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarakh 1430H kali ini, DPPB telah mengadakan beberapa siri ceramah bagi terus meningkatkan semangat juang dan ilmu agama di kalangan umat Islam.


Ceramah-ceramah ini diadakan bersempena dengan majlis berbuka puasa yang di kawasan Baling mengikut DUN.


Pada 7 sept 2009, DPPB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di DUN Kuala Ketil bertempat di Markas PAS Kubang Bok. Di antara pengisian program ialah berbuka puasa bersama pimpinan, solat maghrib, tazkirah/taujihad perjuangan, solat isyak & terawih. Program ceramah pula berlangsung pada jam 10.00 malam. Antara penceramah yang dijemput ialah Ust Osman, YB Cg Johari Abdullah dan penceramah utama ialah Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat). DPPB berasa sangat bertuah dan berterima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama DPPB walau pun sibuk dengan tugasan harian.


Pada 8 sept 2009 pula, DPPB sekali lagi mengadakan ceramah berkenaan dengan mukjizat dan kelebihan Al-Quran yang diturunkan pada bulan ramadhan di samping isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Cerama tersebut yang diadakan di Sekolah Agama Islahiah Diniah, Memali dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Mat Juki selaku tuan rumah dan disusuli oleh YB Cg Johari yang banyak menyentuh tentang isu semasa di negeri Kedah mahupun peringkat negara. Antara isu yang disampaikan ialah prk Bagan Pinang, N 9 yang akan diadakan tidak lama lagi. Ceramah kemudian diteruskan oleh Ust Ahmad Yahya (ketua pemuda negeri Kedah). Banyak isu-isu tentang kegagalan kerajaan selama 52 tahun merdeka khususnya di dalam membela nasib dan akidah umat Islam di Malaysia. ISU Natrah , masalah sosial yang melanda negara dan wabak H1N1yang dibangkitkan sedikit sebanyak memberi kesedaran di kalangan hadirin yang hadir.


Pada malam2 ceramah ini juga, DPPB telah mengadakan jualan AMAL sebagai usaha menambahkan tabung bendahari khususnya PASTI. DPPB mengharapakan agar ada pihak yang tampil memberi sumbangan kepada Tabung PASTI yang masih belum mencukupi.


DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sepanjang program tersebut.


07 September 2009

Kemuncup Dalam Perjuangan

Politik semasa sungguh mengguris rasa.

Geloranya mendesak saya untuk lebih teliti dalam bicara, membanyakkan pendisiplinan diri dengan nilai TAQWA demi meraih al-Furqan, pembeda antara batil dan kebenaran. Saya lelah melihat proses pencerahan siasah Malaysia dilakukan tanpa sokongan pendidikan. Apa yang mendominasi insiden demi insiden adalah sentimen dan retorik. Malah tanpa rujukan moral.

Dalam segala beban yang membelenggu dada dan nafas jiwa, tangan saya terdorong untuk mencapai sebuah buku yang redup kulitnya hingga segera mendatangkan segar hati untuk membaca.

KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN adalah sebuah karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang muncul sangat kena pada masanya.

Kesan kemuncup adalah ungkapan yang amat tepat dalam menterjemahkan perasaan saya semasa menekuni perkembangan politik semasa. Kekhuatiran saya terhadap PAS ialah pada keupayaan seluruh jentera PAS berkomunikasi dengan baik dalam proses memahamkan pendukung juga penyokong akan hakikat sebenar yang tersurat juga tersirat.

KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN oleh sentuhan Tuan Guru mengajar saya untuk tidak menipu bahawa jalan ini memang penuh keresahan, namun perjuangan tidak harus kehilangan fokus dek miang kemuncup itu. Perjuangan yang matang harus bisa mencabut kemuncup itu sambil terus berjalan. Melangkah ke hadapan.

Sumber: http://saifulislam.com/?p=2843

Sdr Mazlan Aliman Ke Markaz Kubang Bok, Kuala Ketil



DPPB akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di DUN Kuala Ketil. Sempena majlis tersebut, DPPB telah menjemput Sdr Mazlan bin Aliman bagi menyampaikan ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran.

Beliau merupakan mantan calon P090 Bera pada pilihanraya 12 dan merupakan AJK PAS Pusat 2009-2011.

Semua dijemput hadir.

Tingkatkan perjuangan pada bulan Ramadhan


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
(Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh)


Allah SWT menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan yang bayak pada bulan Ramadhan. Kelebihan ini satu petanda anugerah khusus daripada Allah buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh umat Muhammad ini tidak diperolehi umat sebelum daripada ini, walaupun kewajiban berpuasa ini difardhukan oleh Allah kepada mereka juga.

Antara kelebihan yang wujud di dalam bulan Ramadhan ini ialah Allah melipatgandakan amalan yang kita lakukan. Dan amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad ini, termasuklah soal perjuangan Islam. Soal-soal lain seperti tarawikh, baca al-Quraan, qiamullail dan sebagainya saya tidak sentuh sangatlah. Inilah perkara yang biasa dan menjadi amalan pada sebahagian besar umat Islam di dalam negara kita.

Apa yang perlu difahami umat Islam khususnya pada pejuang-pejuang Islam ini, perjuangan pada bulan Ramadhan diberi kelebihan oleh Allah sama seperti mana sembahyang, baca al-Quran dan sebagainya. Sebab itu kalau kita lihat sejarah perjuangan Islam khususnya umat Muhammad, banyak peristiwa yang besar berlaku dalam bulan Ramadhan.

Antaranya peperangan Badan Al-Qubra pada 17 Ramadhan. Begitu juga pembukaan kota suci Mekah, kemudian peperangan Ahzab yang berlaku dalam bulan Ramadhan juga.Pembukaan Yaman, Mesir, Mekah, adakah perjuangan Islam yang besar ditunjuk oleh Rasulullah sengaja mewujudkan perjuangan ini dalam bulan Ramadhan kerana dalam bulan ini mempunyai kelebihan yang besar, di samping menyentuh hubungan manusia dengan Allah.

Kelebihan juga diberi oleh Allah yang melibatkan hubungan manusia sesama manusia termasuk soal perjuangan. Kerana perjuangan ini banyak menghubungkan manusia dengan manusia secara langsung akan membabitkan dengan Allah.Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya memberi fokus yang agak khusus dalam urusan perjuangan sama ada mesyuarat atau aktiviti program dalam dewan-dewan, peringkat kawasan serta di negeri. Ini kerana perjuangan ini memperoleh keberkatan yang sangat besar.

Dalam perjuangan ini apabila kita memperoleh keberkatan daripada Allah maka sudah tentulah akan tercapai matlamat. Jadi kesempatan Ramadhan ini seharusnya kita gunakan sebaik mungkin untuk aktiviti kita supaya jemaah ini memperoleh keberkatan daripada Allah, dan sekali gus akan menganugerahkan kemenangan kepada kita dalam tempoh yang terdekat ini.

Perjuangan PAS adalah perjuangan yang mesti memdapat restu daripada Allah. Kerana dari sudut kekuatan berbanding dengan musuh adalah lebih kuat daripada kita, maka kita kena cari kekuatan yang diperoleh daripada kita yang tidak diperoleh oleh musuh iaitu kekuatan pertolongan daripada ALlah Taala. Maka pertolongan daripada Allah adalah paling hebat melalui bulan Ramadhan.

02 September 2009

PENGORBANAN ANGGOTA UNIT AMAL & GURU PASTI YANG HEBAT



Oleh: Ust Osman Abd Hamid

Tak tertulis rasanya di atas kertas jika pengorbanan mereka dinilai, tidak ada bingkisan atau kata-kata yang indah untuk menggambarkan pengorbanan mereka, hanya doa dan harapan dipanjatkan agar pengorbanan mereka mendapat penilaian terbaik di sisi Allah. Kehebatan yang dimiliki oleh anggota unit amal dan guru-guru PASTI mungkin tidak dapat diakukan oleh kita. Kita mungkin memandang dengan simpati atau dengan sebelah mata di dalam menilai kerja. Tidak ramai yang sanggup menjadi anggota unit amal dan guru PASTI. Bahkan ada di kalangan kita malah peringkat pimpinan yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang mana kadang kala mengguris hati mereka yang berkorban dan berjuang. Saya melihat perkara ini dengan serius kerana saya juga pernah diamanahkan sebagai penyelaras Amal Pegerusi PASTI kawasan Baling. Saya mendengar banyak cerita, rungutan dan pandangan ahli terhadap mereka. Tidak kurang juga cerita sedih, suka dan duka mereka melaksanakan amanah ini.

Dewan Pemuda PAS Baling sentiasa menyokong penuh unit amal dan PASTI dalam apa jua program. Buktinya kita sentiasa membantu mengurangkan beban mereka dalam merealisasikan matlamat yang dicita-citakan oleh PAS. Kita tidak memandang sebelah mata apa yang mereka lakukan kerana kita mungkin tidak dapat menggalasnya dan meakukannya. Kita lebih seronok melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan, tidak membebankan atau dipandang elit dan penuh protokol. Beberapa kisah dari episod pengorbanan mereka amat menyentuh jiwa saya bila mana bertugas, Unit Amal menjadi benteng hadapan dalam setiap majlis dan himpunan besar PAS. Dari menjadi mengawal tarafik dan lalu lintas, kawat hormat, mengawal pimpinan sehinggalah berhadapan dengan polis dan pihak berkuasa. Mereka digeruni musuh hasil dari keikhlasan kerja mereka,

Saya begitu tersentuh dan teruja hati melihat Unit Amal yang bertugas yang kadang kala berbelanja dengan kewangan sendiri. Sesekali duit minyak tidak mencukupi mereka terpaksa membawa tong pungutan derma bagi menampung kos. Kadang-kadang berlaku situasi yang mana ada pihak tertentu menjanjikan bayaran untuk memastikan kelancaran program tetapi memungkiri janji setelah selesai kerja bahkan ada pihak yang menganggap Unit Amal suka meminta-minta.

Kata-kata hanya ada Allah dan Rasul yang keluar dari petugas unit Amal bukanlak retorik atau sengaja diadakan. Keluar bertugas dengan tidak ada wang atau peruntukan yang jelas amatlah dikagumi, meninggalkan bekalan untuk keluarga dengan kadar yang amat minima serta pengorbanan keluarga yang memberi sokongan adalah penyuntik semangat untuk bertugas. Insyaallah ketulusan serta keikhlasan yang lahir dari nurani mereka akan menjadi contoh yang baik untuk semua pejuang dan menguatkan lagi pengaruh PAS.

PASTI sebagai sebuah entiti pendidikan pra sekolah yang disegani. Kewujudan PASTI semenjak 20 tahun lalu telah mula dirasai di peringkat nasional. Dengan kekuatan pelajar melebihi 60,000 murid di seluruh negara dan bilangan intitusi PASTI hampir memecah 1600 buah. Produk-produk PASTI yang melahirkan modal insan telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS di dalam dan luar negara. Pengalaman rebah dan bangunnya, menjadikan PASTI sebuah institusi pra sekolah yang sangat berkualititi.

Di dalam perkembangan PASTI, sumbangan dan pengorbanan guru-guru tidak boleh kita nafikan. Apa yang mereka curah dan korbankan, tidaklah mengharapkan nilaian dan pulangan yang besar. Di Baling elaun bulanan untuk guru-guru PASTIkebanyakkannya masih di bawah RM 200. Berbagai usaha yang dilakukan oleh pihak DPPB setakat ini. Apa yang dapat kita hulurkan hanya bantuan dan sumbangan sempena hari raya. Untuk tahun ini kita masih mencari dana dan sumbangn untuk diagihkan kepada guru-guru PASTI.

Peranan guru-guru PASTI sangat berat. Kadang kala mereka terpaksa menanggung semua urusan kerana pengabaian dari pihak pengelola dan pengurusan cawangan yang lemah. Ada guru PASTI yang dipotong elaun dan gaji tertunggak akibat tidak ada inisiatif dan alternatif cawangan. Guru sepatutnya diberi ruang yang selesa untuk bertugas, bukan hanya untuk mencari peluang meraih keuntungan dari keringat dan pengorbanan mereka. Berbagai bayaran, arahan, derma dan sebagainya diminta dari guru. Sepatutnya tugas ini dimurnikan sebaik mungkin agar tidak menjadi bebanan yang melampau dan tidak menimbulkan bebal dan kusut untuk memberi pendidikan kepada anak-anak PASTI.

Di sini saya merakamkan ucapkan tahniah di atas pengorbanan guru-guru PASTI kerana mereka masih bertahan walau apa jua yang melanda. Mereka sabar melayani kerenah semua pihak. Masa yang diberikan, tenaga yang dicurahkan hanya Allah sahaja yang dapat mebalasnya. Saya menyokong dan berdiri teguh dalam paduan untuk memacu memberi pendidkan kepada anak-anak dan menyelamatkan mereka dari onar-onar yang melanda di sekeliling dan didepan mata mereka. Moga kita sukses dalam menjalankan tugas.

01 September 2009

Adun Lunas didesak letak jawatan - Harakah


YB. ENCIK MOHAMMAD RADZHI BIN SALLEH


PADANG SERAI, 31 Ogos: Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan."Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya."Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Lunas adalah salah Dun di bawah Parlimen Padang Serai yang diwakili Gobala.Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa Radzhi harus sedar dengan perkenan Tuanku Sultan Kedah untuk menggugurkan beliau sebagai Exco sudah jelas membuktikan kemurkaan Tuanku dengan perbuatan beliau."Saya yakin keputusan yang telah diambil oleh Tuanku Sultan untuk menggugurkan Radzhi daripada jawatan Exco adalah untuk menjaga nama baik istana.

Radzhi sepatutnya faham mesej yang ingin disampaikan oleh Tuanku kepada beliau."Pada waktu yang sama selepas beliau dilucutkan daripada jawatan Exco maka pada ketika itu juga Radzhi sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas."Saya juga yakin majoriti daripada pengundi dan penduduk yang diwakili beliau itu mahukan kerusi Lunas dikosongkan selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum yang lalu adalah atas tiket PKR dan bukannya Bebas."Radzhi sebelum ini mengambil keputusan keluar dari PKR setelah mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan menjadi Adun Bebas.

Rentetan daripada itu beliau kemudian telah dilucutkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia oleh Tuanku Sultan Kedah.

31 August 2009

PRK DUN KOTA SIPUTEH: Keputusan SPR dapat dijangkakan ?


YB. DATO' ABU HASSAN SARIF



SPR akan tentukan nasib ADUN KOTA SIPUTEH Kedah. Bagi kita jangkaan SPR tidak akan mengadakan pilihanraya, sebabnya ADUN bermasalah itu mewakili UMNO.

Harapan Kedah akan diadakan pilihnraya kecil, jauh panggang dari api. Demi menjaga maruah UMNO yang dikalahkan dalam siri-siri pilihnaraya kecil di Semenanjung dengan catatan rekod 0-7 adalah amat memalukan UMNO selepas merdeka.

Sisa dan saki baki kepercayaan rakyat amat jauh untuk dipulihkan. Cuma rakyat yang ‘kelam’ dan kelabu serta berfikiran UMNO macam 50 tahun dahulu sahaja yang masih kekal mengundi UMNO. Bagi generasi merdeka cuma 20 peratus sahaja yang ’sanggup’ menerima UMNO.

Percaturannya SPR akan memikirkan soal pembaziaran, serta ketidakperluan supaya diadakan pilihnaraya. SPR akan memberi alasan-alasan yang munasabah, sebaliknya hujah SPR akan menyalahkan spekar DUN Kedah. Spekar DUN Perak dicap melanggar prosedur dan tidak bertindak betul sedari awal.

Alasan berbelit melibatkan perkara-perkara urusan speakar akan dijadikan hujah bagi menghalalkan ADUN Seputeh Kedah dikekalkan. Maka UMNO selamat, maruah UMNO terbela.

Oleh Cg Zul

29 August 2009

PEMUDA PAS PERLU ADA KEBERANIAN

oleh: Ust Osman bin Abd Hamid

Alhamdulillah segala puji milik Allah, memandangkan beberapa negeri sudah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, PAS terus dengan dasar perjuangannya, citra PAS terus disebut di mana-mana saja. Agenda Politik yang dibawa oleh PAS terus dipandang hebat, kekuatan sokongan kedengaran di mana-mana, di tempat awam, di pejabat, di kampung dan di bandar. PAS dan agendanya adalah antara bualan dan perbincangan yang selalu didebat, didiskusi dan diwar-warkan. Berita PAS diambil perhatian, begitu juga media massa ada yang melaporkan yang sebenar dan ada yang memanupulasikan berita agar lebih sensasi.

Di saat kita gembira menikmati kemenangan,kadang-kadang kita lupa anugerah yang berharga ini adalah kurniaan Allah, yang mempunyai jawatan dan pangkat ada yang sudah mula diresapi menyakit besar diri dan ego, amalin-amilin parti dipandang enteng dan dilihat di sebelah mata, yang tidak dikenali di waktu susah muncul dan menjadi juara, yang bertungkus lumus memenangkan PAS dianggap musuh, petugas-petugas ada yang kecewa lalu memencilkan diri. Cabaran kemenangan muncul dalam pelbagai rupa. Ketika inilah pemuda PAS perlu ada keberanian untuk muncul dan membetulkan keadaan. Jangan hanya menjadi bisu kerana perut kenyang atau sebagainya.

Menyirat sejarah kehebatan pemuda PAS yang mana mereka adalah penggerak, pendesak dan pencetus suasana untuk perubahan. Pemuda PAS amat berani dan kental memperjuangkan hak, memperkenalkan konsep kepimpinan ulamak, melaungkan semangat pemuda jihad, berdemonstrasi dan sebagainya, kita jangan hanya bernastolgia dan mengingati memori prjuang lalu tanpa keberanian untuk menongkah arus maju ke depan. Mendepani cabaran yang mendatang mungkin yang lebih hebat dan besar. Semoga Allah memberi kekuatan ini.

Keberanian untuk membuat penilaian semasa terhadap pencapaian negeri yang diperintah, bagaimana mereka yang dilantik menerajui kerajaa. Adakah sudah membawa dasar dan cita-cita PAS dalam pemerintahan, sudahkan ruang yang ada dan sedikit ini digunakan untuk memaksimumkan pelaksanaan dan ruang yang dibolehkan dalam pentadbiran, peranan ahli Majlis Bandaraya, ahli Majlis Daerah, MKK dan sebagainya. Sejauh mana meraka menjadi agen penggerak untuk membawa dasar-dasr PAS dalam pentadbiran. Penilaian yang dibuat boleh dijadikan desakan dan hujah untuk menambah baik dan nilai yang berkesan sebagai sebuah gerakan Islam yang diberi ruang memerintah.

Apabila disebut pemuda, mereka tentunya yang mempunyai kekuatan fizikil dan tenaga yang kuat serta pantas dalam gerak kerja bagi melaksanakan agenda parti, jamaah dan kerjaan negeri. Adakah pemuda pemuda hanya menjadi penonton atau pelakon di atas pentas opera dunia ini ,natijah dari kemenangan akan menjadi sia-sia jika kita gagal dan tidak berani bagi mengisi ruang kemenangan. Keberanian baru bahawa kita adalah parti memerintah bukan lagi diperintah. Namun kadang-kadang kita bercakap kita seolah-olah pembangkang tapi sebenarnya kita sudah memerintah. Kekuatan pemuda perlu keberanian untuk mengubah persepsi ini dan perlu hujah yang kuat untuk memecah kebuntuan ini.

Masalah sosial remaja yang makin meruncing, melanda sama ada anak umno atau Pas. Datangnya masalah melanda semua dan tidak mengenal mangsa. Siapakah dia, bangsa atau parti mana? Pemuda PAS mesti berani mencari jalan dan menyusun program ke arah ini, mungkin satu bentuk program alternatif atau cadangan-cadangan yang baik dari kawan-kawan untuk meringankan dan mengubat gejala yang semakin serius ini.

Kewangan dan sumber terhad kadang-kadang membantut perlaksanaan aktiviti. Kadang–kadang betapa perit rasanya hingga terpaksa berhutang ribuan ringgit untuk program dan perlaksanaan, keberanian membuat program tanpa sumber kewangan yang dijamin sudah menjadi biasa dan lumrah dalam perjalanan perjuangan, AJK yang faham dan berkorban kantong RM sudah kering, AJK yang tidak faham selalu meminta-minta tapi tidak berusaha sama-sama mencari, namun keberanian dan kefahaman yang kuat terhadap jamaah, program terus dihadiri dan disusun walaupun kereta & motor terhenti ditepi jalan akibat tidak ada duit untuk diisi minyak.

Tahniah kepada semua pemuda yang berani, kekuatan fizikal dan keberanian yang ada gunakanlah, manfaatkanlah untuk Islam. Jika kita gunakan tenaga kekuatan dan keberanian hanya untuk perkara yang boleh merosakkan Islam dan PAS amatlah rugi dunia muda kita atau kita hanya diperalatkan oleh pihak musuh hanya untuk habuan dunia yang sedikit. Rugilah kita. Jadilah diri kita di antara pemuda-pemuda pejuang Islam, jangan lupa asas kekekuatan kita bertolak dari iman yang kuat dan semangat Jihad yang tinggi. Allah! Akhbar!

MAJLIS BERBUKA PUASA DPPB DI DUN BAYU

DUN BAYU diberi penghormatan oleh DPPB apabila pilih sebagai dun yang pertama dalam siri majlis berbuka puasa DPPB bersama pemuda cawangan. DPPB meletakkan harapan dan sasaran yang tinggi kepada pemuda cawangan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan pemuda di dalam PAS. Dengan siri lawatan ke dun-dun sempena majlis berbuka puasa ini diharapkan dapat menyatukan hati-hati dan meningkatkan keupayaan pemuda ke puncak yang lebih tinggi.

Di dalam majlis yang diadakan pada 28 Ogos 2009 ini, turut hadir adalah mantan calon DUN BAYU yang lalu iaitu Ust Musoddak Hj Ahmad dan YB Cg Johari Abdullah. Majlis yang sepenuhnya diuruskan oleh Pemuda dan PAS cawangan Kg Siput mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pemuda sekitar 100 orang.

Sebelum majlis berbuka, majlis diserikan dengan ucapan aluan pemangku Ketua Pemuda, Ust Osman Abd Hamid. Di dalam ucapannya, Ust Osman menceritakan bagaimana perjuangan Islam telah mencapai beberapa kejayaan di dalam bulan ramadhan sejak zaman Rasulullah SAW sehinggalah yang baru lalu di N11 Dun Permatang Pasir. Majlis kemudian diteruskan dengan Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ust Musaddak. Di antara bait-bait yang diceritakan oleh beliau ialah tentang keberkatan di bulan ramadhan yang mana bulan ini merupakan madrasah bagi mendidik orang yang beriman dan terdapat tiga golongan orang yang berpuasa. Pertama ialah Puasa UMUM yang dilakukan oleh orang awam yang hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Kedua ialah Puasa Khusus yang mana orang yang melakukannya di samping menahan lapar dan dahaga, mereka juga menahan diri daripada melukan kemungkaran dan menahan nafsu mereka. Ketiga ialah Puasa KHUSUSI KHUSUS. Puasa ini dilakukan oleh mereka yang warak seperti alim ulamak, wali dsb yang mana mereka hanya senya berpuasa kerana Allah semata-mata.

Sebelum berbuka puasa, program ini diteruskan dengan majlis tahlil ringkas yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Pemuda Ust Roshidi. Sesudah tahlil pengisian program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib secara berjemaah. Sebelum bersurai, sebagai penghargaan kepada pemuda Kg Siput. Ust Musaddak telah memberi sedikit cenderahati dan disampaikan oleh YB Cg Johari.

DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syukran Jazilan.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat