**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





08 November 2008

QIAMULLAIL AJK




BALING, 6 November 2008 : Satu program qiamullail telah diadakan dikalangan AJK DPPB bertempat di Markaz Hizbi UPU Bt.7 Rambong. Ianya hanya dihadiri seramai 13 orang AJK.

Qiamullail ini mempunyai kelainannya tersendiri apabila Y.Bhg. Cikgu Sukarno Abd Hamid dijemput untuk mengendalikan beberapa slot. Penyampaian yang menggunakan sepenuhnya teknologi LCD membuatkan AJK yang hadir tidak berpeluang untuk terlena kerana menumpukan perhatian kepada gambar-gambar yang tertera di skrin.

Slot ' muhasabah empat mata' bersama setiap AJK yang diadakan sebelum solat subuh secara bertentang mata dan bertemu lutut serta slot berzikir beramai-ramai sambil menggenggam erat tangan sahabat-sahabat yang hadir sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati setiap AJK yang hadir.

Diharapkan kaedah pengisian sebegini dapat diteruskan lagi secara berkala dimasa akan datang untuk memperkukuhkan ukhuwah terutama dikalangan AJK yang tidak berkesempatan untuk hadir qiamullail ini.

MUNAQOSYAH KEPIMPINAN PEMUDA







ALOR SETAR, 1 November 2008 : Munaqosyah Kepimpinan Pemuda anjuran Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri, Alor Setar. Program itu telah dihadiri oleh 11 orang wakil dari DPPB diketuai oleh Y.Bhg Ust. Mahmud Hj Yaakub sendiri sebagai Ketua Pemuda DPPB, disamping wakil-wakil dari DPP kawasan-kawasan lain.

Antara pimpinan yang dijemput untuk memberikan pengisian ialah YB. Tn. Hj Mahfuz Omar & Ust. Hj. Idris Ahmad. Dihujung program tersebut diadakan sesi dialog dengan Sdr. Sanusi Md. Nor & Sdr. Yusrin selaku S/U Politik YAB Menteri Besar & Pegawai Khas GLC YAB Menteri Besar. Suasana dialog menjadi agak panas & tegang apabila beberapa peserta membangkitkan soalan-soalan 'panas' tentang perjalanan pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, walaubagaimanapun ianya kembali reda seperti biasa setelah dialog berakhir.

Program tersebut berakhir dengan selamatnya pada jam 3.00ptg.

05 November 2008

TAHNIAH UNIT ICT.





KUPANG, 5 November 2008 : Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Baling Sdr. Mohd Rafil b Hj. Mat Hassan sangat mengharapkan agar semua ahli PAS Kawasan Baling dapat melayari laman blog pasbaling.blogspot.com & dppbaling.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan porgram-program dalam PAS Baling. Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Baling turut melahirkan ucapan tahniah kepada Unit ICT Lajnah Penerangan PAS Baling dan beberapa individu lain yang membantu mewujudkan blog ini.

KENALI LAJNAH TARBIAH DPPB




Bagi sahabat-sahabat yang masih belum mengenali tenaga penggerak lajnah tarbiah DPP Baling, inilah dia dua orang tenaga yang terdiri dari:-

Ust Saidin Hussin selaku Pengerusi Lujnah (merangkap Naib Ketua Pemuda) dan Ust Zairi Amir Abd Wahab (Setiausaha Lujnah).

Sebarang cadangan @ komen mengenai perjalanan Lujnah Tarbiah DPPB bolehlah diajukan terus kepada mereka pada bila-bila masa disamping AJK DPPB yang lain.

QIAM PERDANA DPPB

Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling akan mengadakan program 'Qiam Perdana' secara serentak di ketiga-tiga DUN yang dianjurkan Lajnah Tarbiah DPPB pada:-

13 - 14 November 2008 (Khamis & Jumaat)
6.30ptg - 7.30pg
Masjid Kg. Bandar (DUN Bayu)
Masjid Kg. Kuala Darak (DUN K.Ketil)

Masjid Kg. Mengkuang (DUN Kupang)

Peserta : semua pemuda-pemuda PAS Cawangan seluruh Baling mengikut Dun masing-masing.

Antara Pengisian:-
Kuliah Maghrib, Bacaan Yasin, Slot Bengkel Halatuju Kemenangan, Qiamullail, Kuliah Subuh, Riadhah.

Yuran penyertaan : PERCUMA!

Semua pemuda-pemuda PAS cawangan dijemput hadir. Sebarang pertanyaan @ masalah boleh hubungi S/U Lajnah Tarbiah DPPB Ust Zairi Amir Abd Wahab ditalian 017-4182186.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat