**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





30 January 2010

Perasmian Mesyuarat Pemuda Cawangan Kg Tembak A



Kehadiran pemuda yang membanggakan menunjukkan semangat perjuangan yang tidak pernah mati..Terus berjuang....

foto pilihan...



PASTI NURUL SAADAH.
Caw. Batu Tujuh. Rambong. Baling. Kedah.
Pengelola: En. Zulkifli B Isa.

Antara PASTI yang mempunyai senibina menarik dalam Kawasan Baling. Juga beroperasi sebagai markas MTD DUN Bayu. Mempunyai prasarana yang bersesuaian untuk program-program peringkat kawasan. Berdekatan dengan kediaman YB Parlimen Baling.

27 January 2010

PEMUDA BATU 7,PADANG RAMBONG GIGIH PENUHI AKTIVITI KEPEMUDAAN

Sempena mesyuarat tahunan pemuda cawangan Padang Rambong.

Tarikh :24 Januari 2010
Tempat: Markas PAS Padang Rambong
Masa: 9.30 mlm


Ust Marzuki selaku perasmi


Ketua Pemuda cawangan..


Barisan Penasihat saff pemuda cawangan


AJK pemuda cawangan dan ahli-ahli yang hadir




Ucapan Ketua Pemuda cawangan..Beliau komited dengan tugas dan menyatakan kesanggupan untuk menyertai dan membantu semua program DPPB.

26 January 2010

AJK DPPB - BERUSAHA JANA KEWANGAN

Pada 25.01.10 bertempat di Masjid Batu, Seberan g Jaya, Pulau Pinang, seramai 4 orang ajk DPPB telah membuat jualan kuih Mazola (SEDAP) sebagai usaha meningkatkan kewangan DPPB. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Jualan ini dibuat sempena dengan kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ust Marzuki (Timb Lajnah Tarbiyah) di masjid tersebut. Sebelum menamatkan kuliah Ust Marzuki juga telah memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas hadirin yang hadir untuk sama-sama menyumbang kepada DPPB khususnya untuk membaik pulih pejabat DPPB sedia ada. Alhamdulillah AJK DPPB tidak pulang dengan tangan kosong.

AJK DPPB yang hadir untuk jualan tersebut ialah Ust Mohd Nor (Pengarah Unit Amal Baling) dan Ust Saad (Timb Pengerusi PASTI)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan. Semoga Allah membalas jasa baik semua..

24 January 2010

DPPB serah borang Ahli PAS -dr DPPNK



Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November 2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS.

Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat.

Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.

Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali.

Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling" .

MESYUARAT AGONG PEMUDA SELARONG PAYA BESAR

Dirasmikan oleh Ust Khairul Ashraf b Hj Abd Rahman.


" Bermohon dan mintalah kepada Allah bila berada di dalam kesimpitan"

Kemenangan akan datang dengan kesabaran.






Selamat bermesyuarat.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat