**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





18 July 2009

PENYERAHAN WATIKAH JAWATANKUASA PAS KAWASAN BALING

Majlis penyerahan watikah perlantikan jawatankuasa PAS kawasan Baling telah diadakan di MPKB pada 17 Juai 2009, jam 5.30 petang. Majlis ini telah disempuranakan dengan kehadiran YB Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS Pusat merangkap Timb Pesuruhjaya PAS Kedah.

Di dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa perjuangan kita ini nilaiannya bukan sekadar terletak pada sehelai kertas. tetapi lebih daripada itu. Ianya termasuklah perancangan dan gerak kerja bagi mengekalkan kemenangan. PAS tidak mahu mengulangi sejarah di Terengganu yang mana kita hanya menjadi kerajaan satu penggal. Amat penting bagi kita mempelajari daripada sejarah di Terengganu.

Watikah perlantikan yang diberikan merangkumi, Jawatankuasa PAS Kawasan Baling, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Lanjah-lajnah PAS Kawasan Baling, dan MTD.

Ust Osman telah menerima sijil perlantikan mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling. Semoga majlis ini mampu menyuntik semangat perjuangan kita semua.

16 July 2009

Usrah AJK DPPB

Usrah AJK DPPB kali ini diadakan di rumah Ust Roshidi selaku Pemangku Timb. Ketua Pemuda merangkap pengerusi Lajnah Tarbiyah & Dakwah. Seperti mana biasa, usrah dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah, diikuti oleh bacaan Al-Mathurat, bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh setiap AJK surah al-baqarah bermula ayat 216, perlembagaan PAS dan bacaan teks tambahan iaitu Bingkisan Fikrah.


Siri-siri perbincangan yang diadakan sangat menarik dan sedikit sebanyak mendidik jiwa bagi mereka yang mahu mendengar. Ternyata setiap AJK mempunyai pandangan dan pengalaman yang berbeza yang boleh dikongsikan bersama. Pada malam itu juga, tiba giliran Ust Osman untuk mentaarufkan diri. pelbagai soalan2 peribadi ditanya oleh sahabat2 dan dijawab dengan terbuka dan jelas oleh beliau. usaha ini dilakukan agar setiap AJK bisa mengenali hati budi sahabt-sahabat yang lain dan mengelakkan berlakunya kerenggangan di dalam ukhuwaah.


Selepas itu usrah diteruskan dengan laporan setiausaha, solat isyak dan jamuan makan malam. Usrah tamat pada jam 11.30 malam.



15 July 2009

AJK DPPB di Manek Urai


Bermula daripada hari penamaan calon, beberapa siri lawatan daripada AJK DPPB telah diatur untuk PRK MANEK URAI. Walau pun tidak bertugas sepenuh masa di sana AJK DPPB yang pergi membawa mesej sokongan padu kepada calon PAS dan petugas PAS di sana. Selain daripada itu, lawatan ini juga boleh disifatkan sebagai menimba pengalaman baru tentang bagaimana strategi PAS Kelantan menguruskan PRK yang dimaklumi bahawa saingan cukup sengit. Lawatan terakhir adalah pada malam pengundian 14 Julai yang diketuai oleh Ust Osman selaku Pemangku Ketua Pemuda. Dengan berita kemenangan PAS semalam memberi bonus kepada semua petugas PAS seluruh Malaysia untuk terus yakin dengan perjuangan yang membawa mesej ISLAM. TAKBIR!! (Majoriti 64 hanyalah pada perkiraan mata politik UMNO)

14 July 2009

SUKAN BADMINTON AJK DPPB BERSAMA PEMUDA KG SADEK & LANDAK

Sukan ini diadakan di Dewan Badminton Kupang bermula jam 8.30 malam. Ust Osman walau pun masih sakit pinggang kerana kemalangan kecil masih sanggup datang walaupun sebagai penonton. Perlawanan berakhir lebih kurang pada jam 12.00 tengah malam. Selepas perlawan itu, AJK DPPB yang diketuai sendiri oleh Ust Osman bertolak ke Manik Urai, Kelantan untuk membantu serba sedikit di dalam PRK tersebut. Semoga kemenangan berpihak kepada PAS.. TAKBIR!!!


12 July 2009

Jambori Unit Amal PAS Kawasan Baling

(Ust Mohd Nor Zakaria bin Haron)
Jabatan Amal DPP Baling akan mengadakan Jambori Amal sebagai usaha pentarbiyahan & persediaan untuk membentuk kontijen pemuda PAS Baling ke Jambori Amal DPPNK & Pusat. Jambori ini adalah berbentuk rekreasi yang mana pengisiaannya sangat menarik & mencabar diri para peserta.

Berikut adalah butiran jambori tersebut:
Tarikh: 23, 24 & 25 Julai 2009
Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu
Masa : 3.00 pm (Khamis) hingga 2.00 pm (Sabtu)
Tempat : Kampung Charok Sikin, Kupang, Baling
Yuran : RM 10 (pembiayaan oleh cawangan masing-masing)

Kepada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan cawangan masing-masing dengan kadar yang segera kerana bilangan penyertaan adalah terhad.

Usrah DPPB bersama Pemuda Caw Batu 8

Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan DPPB telah mengadakan usrah pertama bersama dengan pemuda cawangan Batu 8 pada 11 Julai 2009. Usrah ini merupakan siri-siri usrah yang disusun oleh Ust Roshidi yang juga merangkap pemangku Timbalan Ketua Pemuda bersama dengan AJK Lajnah Tarbiah untuk turun ke setiap cawangan bagi memastikan konsep tarbiah meresap ke dalam jiwa setiap pendokong dan penyokong perjuangan PAS. Usrah ini juga diharapkan mampu menjalinkan ukhwan yang utuh sesama pemuda. Agenda usrah bermula dengan solat maghrib berjemaah, taaruf, bacaan al-quran (surah As-saff), perbincangan buku "Apa ertinya saya menganut Islam" sebagai teks tambahan, solat isyak berjemaah dan jamuan pulut durian.

DPPB merasa sangat terharu di atas kerjasama pemuda cawangan Batu 8 di atas semangat dan komitmen yang diberikan. DPPB mengharapkan usaha ini dapat diteruskan ke cawangan-cawangan lain. Insyaallah. Kehadiran usrah seramai 24 orang ini bersurai pada jam 10.30 malam.

KEMPEN JOM SERTAI PAS (JSP)

Pelancaran besar-besaran JPS akan berlangsung pada 8 Ogos 2009, Sabtu di Dewan Badminton Kupang. Justeru itu, ahli-ahli digalakkan membeli T-Shirt JSP dengan harga RM 10 sahaja.

Pembelian atau tempahan boleh dibuat melalui Ketua Pemuda Cawangan masing-masing atau berhubung terus dengan:

1. Suhaimi bin Mat (0194244459)
2. Mohd Hilmi bin Abdul Wahab (0134664993)
3. Mohd Ashri bin Abdul Rahman (0134219570)
4.Mohamad Azraei bin Mohamad Zakki (0195652535)

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat