**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





10 November 2009

Menelusuri Peristiwa Memali

As-Syahid Ust Ibrahim Mahmud

Di antara syahid Memali.

DPPB di dalam persiapan menyambut 25 tahun peristiwa berdarah di Memali akan berusaha untuk mendokumenkan semula sejarah peristiwa tersebut sebagai sumber rujukan untuk generasi yang akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, telah banyak pengisahan dan tulisan-tulisan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak bagi memastikan peristiwa itu sentiasa segar di pemikiran masyarakat khususnya pejuang PAS. Tulisan-tulisan yang dikeluarkan itu mungkin berdasarkan sumber-sumber tertentu termasuklah daripada penceritaan semula dari mulut ke mulut.


Di dalam perancangan DPPB, bagi mengesahkan data-data yang sekian banyaknya tentang sejarah tersebut, pihak DPPB akan berusaha menjejaki semula di antara tokoh-tokoh penting yang betul-betul terlibat di dalam peristiwa 19 Nov 1985 itu. DPPB melalui rujukan tertentu akan mengenalpasti individu2 yang benar-benar dikatakan anak murid dan orang kepercayaan As-syahid Ust Ibrahim Libya.

Berapakah bilangannya?, Bagaimanakah keperibadian mereka?, Apakah yang sebenarnya berlaku?, Bagaimanakah ianya berlaku?, Siapakah yang ditahan? Pengalaman penahanan?, Apakah yang berlaku selepas peristiwa tersebut?, merupakan antara pertanyaan yang akan dirungkaikan oleh DPPB. Berpandukan dengan tulisan yang sedia ada, DPPB akan berusaha membuat tapisan dan perancangan yang terbaik bagi memastikan tiada lagi penyelewangan maklumat ke atas peritiwa Memali.

Insyaallah pendokumenan semula itu adalah semata-mata untuk menelusuri secara jujur tentang peristiwa yang dikatakan meninggalkan kesan yang besar kepada perjuangan PAS. Membangkitkan semula "tokoh-tokoh kampung" di Memali yang sebenarnya terlibat adalah amat perlu kerana jasa mereka sangat besar kepada As-Syahid Ust Ibrahim Libya.

Semoga usaha yang murni ini mendapat kerjasama dan pertolongan daripada semua pihak dan beroleh keberkatan di sisi Allah.

08 November 2009

Ucapan Perasmian - Presiden PAS



Cubalah sama-sama kita renungi ucapan ini.

Kita menghadiri seminar, walaupun ianya tidak melibatkan DPPB secara langsung namun apa yang disampaikan itu boleh dijadikan sandaran. Sebagai muhasabah dan persedian di masa hadapan sekiranya kita menghadapinya.


Adakah kita masih mempertahankan pemikiran primitif?

Untuk membentuk kejayaan PAS, Tn Presiden memerlukan ahli jemaah di semua peringkat yang bersatu atas jalan dakwah dan perjuangan. Mentadbir jemaah dengan akhlak jemaah. Sekiranya kita berasa perit untuk melakukannya, renunglah bahawa pimpinan pusat lebih perit. Keresahan dan kesebakan mereka lebih terasa berbanding kita.

Justeru itu fikirlah... SIAPALAH KITA TANPA JEMAAH???

USRAH AJK DPPB - "BERANI"

Usrah DPPB kali ini diadakan di rumah Ust Abd Somat. Tajuk teks usrah kali ini ialah "BERANI".





Ust Osman - Berani melaksanakan hukum Islam apabila kita memerintah & Jangan takut hilang undi.

Abg Mie - Berani buat kerana benar. Keberanian juga bergantung kepada individu

Ust Khairul - Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwa

Ust Marzuki - Keberanian lahir dari kekuatan ilmu dan fizikal



Menu Istimewa

Ust Helmi - Jangan menjadi berani yang ditegah. Menyebarkan fitnah.

Ismadi - Berani biarlah kerana kebenaran bukan kerana nak tunjuk pada orang

Ust Zul - Kena jadi pemuda yang berani dengan berpandukan syariat Allah


Ust Asri - Menanamkan sifat takut kepada Allah SWT maka akan lahir keberanian
Ust Somat - Berani mempunyai banyak kategori

Ust Fadlan - Kena ada rasa takut iaitu takut kita kata apa yang kita tidak buat
Ust Roshidi - Akidah adalah tunjang keberanian, berani merupakan satu roh. Muroqobah dengan Allah.


Azraei - Biarlah berani berdepan bukannya di belakang.

SEMINAR MEMPERKASAKAN PAS

PETIKAN MENARIK DARI AHLI PANEL

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat