**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





26 November 2009

PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN

Oleh: Ust Osman bin Abdul Hamid

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan hambanya & menyeru mereka supaya mengamalkan ajaran dan cara hidup yang ditetapkanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasul yang dipilih Allah yang menjadi bukti kepada seluruh alam dan manusia untuk memimpin menyelamatkan manusia dan beramal diatas landasan menjaga hubungan dengan Allah dan bertanggungjawab diatas apa yang diperintahkanya.


Dewan Pemuda PAS Baling pengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha atau dikenali dengan hari raya korban atau disebut dengan hari raya haji. Pihak kami amat mengharapkan Kita menghayati hari raya ini dengan mengambil pengajaran bagaimana ianya amat penting kepada kita semua.


Tahniah kepada ummat Islam yang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yang mabrur, selamat menjalani ibadah korban , moga kita dapat menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim serta puteranya Nabi Ismail dan Isterinya Sita Hajar. Moga sejarah pengorbanan ini mengajar kita erti perjuangan dan menjadi hamba Allah yang taat.


Kepada Semua pejuang Islam dan Pemuda Islam marilah kita mengamalkan ajaran Islam, jangan kita alpa dan leka dengan dunia yang sentiasa menipu daya kita, tingkatkan pengorbanan, masanya sudah tiba untuk kita berkorban atas nama perjuangan Islam. Contohilah pengorbanan pejuang yang mengorban segalanya, walau darah mengalir di bumi Allah dengan darah para Suhada, semuanya untuk Islam hanya ada pada mereka Allah dan Rasul.


Terima kasih kepada semua yang menyertai program-program anjuran DPPB, pengorbanan yang diberikan hanya Allah yang menilainya.Moga kita bersama-sama ditempatkan oleh Allah disyurga bersama pejuang Islam yang banyak berkorban…..

Nota Sempena Aidil Adha- Ust Osman



Assalamualaikum...

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Selamat menyambut hari raya aidiladha untuk semua khususnya sahabat seperjuangan. KORBAN adalah perjuangan. Di dalamnya ada derita, sengsara, tangisan, jiwa meronta, sakit terasa, duit tiada, tinggalkan keluarga & sebagainya.

Sama-samalah kita renungi dan fikirkan. Elakkan kepentingan diri yang melemah dan memusnahkan perjuangan jemaah. Pengorbanan adalah kemanisan perjuangan. Yang menanggung amanah rela berkorban. Jangan pemuda menjadi tercicir. Ayuhlah bersama gemilangkan jemaah.

Sempena Aidiladha ini, saya mewakili DPPB ingin memohon kemaafan di atas kata-kata dan tindakan sepanjang kami memikul amanah. Semoga sengsara KORBAN ada kemanisannya. Takbir! Takbir! Takbir!

aku menulis...

24 November 2009

Ulangan- Wajah-wajah Syuhada Memali

Tidakkah kita mencemburui mereka yang dipilih mati syahid di jalan Allah. Merekalah insan bertuah. Hidup hanya sekali... pastikan ianya ke jalan Allah.

Syahid..

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak dan seorang masih di dalam kandungan.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

USRAH DPPB DI MEDAN FUTSAL

Untuk kesekian kalinya DPPB mengadakan usrah di kalangan AJK. Usrah kali ini diadakan di padang futsal yang terletak di kupang.


Ust Zaini mengetuai aktiviti keregangan. Menegangkan urat-urat yang tersimpul khususnya di perut2. Ust Helmi mesti gelak punya.


Abg mie dan Ust Mohd Nor begitu komited dengan arahan. Sambil2 buat sambil2 gelak.

Ust Saad paling bertuah malam tu sebab satu-satunya individu yang dapat penajaan uniform dari atas sampai bawah. Ust Fadlan dan Ust Somat cemburu ker? tp mlm tu Ust Fadlan buat rekod tanduk bola masuk gol.


Ust Roshidi paling banyak rembat bola ke gol, masuk tak masuk lain cerita. Azraei penjaga gol DPPB. Mantap tu. Kaki Ust Khairul dan Ust Asri boleh tahan juga. Ust Marzuki apa kurangnya



Ust Osman penat main pun masih boleh gelak. Janji lepas tu boleh makan nasi ayam.




Agenda usrah bermula sebelum bermain futsal. Ust Somat antara yang ready paling awal. semangat lebih.


Walau dalam gelap usrah diteruskan juga.. Sahabat2 dah hafal ker surah tu? Bila lagi?

Khusyuk dengar Ust Fadlan baca Surah As-saff

22 November 2009

UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU



Sempena cuti sekolah ini, DPPB percaya ramai di kalangan pemuda yang akan mendirikan rumahtangga. Justeru itu, DPPB ingin mengucapakan "selamat melayari bahtera rumahtangga". Semoga perkahwinan itu nanti mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi.

Terima kasih di atas undangan walimatul urus di atas nama DPPB.

KONVOI PEMUDA KE MAKAM SYUHADA' MEMALI




19 November 2009,Seramai lebih kurang 100 orang lebih pemuda baling berkonvoi dengan 50 buah motor dan 30 buah kereta diketuai ketua Dewan Pemuda Pas Kedah.Konvoi tersebut deberi nama konvoi Syahadah Memali sempena mengenang peritiwa berdarah di Kg.Memali.

Konvoi tersebut bermula Jam 5.45 petang hari khamis di Masjid Kg.Parit Panjang.Sebelum peserta konvoi bertolak ke kg.memali,semua peserta konvoi sempat menziarahi kubur syahadah Memali di tanah perkuburan Islam Kg.Parit Panjang.

Sebelum peserta bertolak ke Kg.Memali,peserta diberi taklimat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah Ustaz Ahmad Bin Yahaya.Dengan Laungan takbir,peserta pun mula bertolak pada jam 6.10 petang.

Tepat jam 6.55 petang peserta sampai ke Kg.Memali dan berkumpul di Madrasah Islahiah Kg Memali Baling.Semua menunggu waktu solat maghrib dan bersolat berjemaah.Majlis diteruskan dengan solat hajat dan bacaan tahlil untuk dihadiahkan pahala tersebut kepada roh-roh mujahadah memali serta muslimin dan muslimat yang meninggal dunia.
Selepas solat isyak majlis diteruskan dengan Ceramah perdana yang bertajuk "MEMALI DIFITNAH LAGI"

Ribuan hadirin membanjiri seawal jam 8.45 malam.Penceramah dimulakan ucapan aluan oleh Yang Berhomat Senetor Ustaz Yusuf Husin.Seterusnya ucapan Ketua DPPNK Ustaz Ahmad Yahaya.Majlis diceriakan dengan ceramah jemputan seorang kanak pasti yang berusia 7 tahun.Majlis diteruskan dengan ucapan timbalan Ketua DPP Pusat,ucapan Ketua DPP Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi.Seterusnya ceramah dari Haji Mohamad Sabu selaku AJK Pas Pusat. Majlis bersuarai tepat jam 12.00 malam.
Sumber : Anaunited.blogspot.com

Terima Kasih Daun Keladi

DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Ceramah Perdana - Memali difitnah lagi.

Khususnya DPPNK, Penduduk Memali, ajk pemuda cawangan Memali, petugas-petugas dan semua muslimin muslimat yang hadir memeriahkan ceramah tersebut.

DPPB bersedia menyambut cabaran bagi menganjurkan 25 tahun Memali pada tahun 2010. Insyaallah.

Brainstorming Sekretariat Pilihanraya DPPB- dr PAST DPPB


Suk. Penolong SU dan Penerangan....antara peserta yang gagal diperingkat saringan...


KP sedang menunjuk-nunjuk cara terjunan yang menjunam..bendahari nampak berminat mengikuti kelas terjunan yang menjunam tersebut...


Juara yang tidak disangkal lagi...Timb. PASTI...kedua...ict johan...


kepenatan...


berenang dalam air yang agak panas...cabaran jugak...

Suasana di kolam air panas setelah 5 jam menjana idea dalam brainstorming sekretariat pilihanraya...melepaskan segala strees dalam kolam tu...lepas ni tumpu kerja....apapun, kita tetap berada dalam kepompong ukhwah yang amat kukuh....terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan...semoga setiap gerak nadi kita berdenyut bersama denyutan jantung jamaah dan garakan Islam...Takbiiiir...

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat