**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





12 September 2009

Ramadhan..

Cahaya ramadhan mulai pudar, tinggal hitungan jari ia menghilang dan adakah akan datang untuk mengundang, pada masa berikutnya, sebelum jiwa ini kembali.

Ya Allah, cahaya itu mulai redup, tapi mengapa hati ini masih juga begitu keras, tak ada tangis dan penyesalan karena kehilangannya , bukankah ramadhan merupakan bulan di mana setiap dosa dicuci sehingga akan kembali fitri??

Ya Allah, akankah ia berkenan untuk kami jumpai di tahun berikutnya, atau hanya sekedar angan yang tak akan pernah tersampaikan, seperti uap gas di udara yang menghilang terbawa angin, atau seperti tetes hujan yang jatuh dan menyerap ke dasar tanah.

Ya Allah, jangan biarkan ramadhan yang tersisa hilang tanpa kesan, beri kesempatan pada kami untuk mendekapnya agar bisa kami kenang pada sebelas bulan kedepan.Kami rindu bersujud dibulan itu, sujud yang tidak akan pernah kami dapati dibulan selain ramadhan, kami rindu berdiri di hadapanmu pada bulan ramadhan, kami rindu suara bocah membangun sahur di pagi hari, kami rindu suara alunan ayat suci disetiap malam kami.

Ya Allah , perkenankanlah kami mendekap ramadhan yang tersisa dengan cahaya cinta kami, cinta dari seorang hamba yang berlumuran dosa disekucur tubuhnya, dosa yang hanya Engkau saja yang bisa mengampuni.

Ya Allah, pantaskah kami meminta kemesraan dari ramadhan yang tersisa untuk lebih dekat kepada Engkau?? Ya Allah, begitu zalimnya kami sehingga membiarkan ramadhan berlalu seperti kotoran yang keluar dari tubuh, tanpa penyesalan di dalam diri.

Ya Allah beri kesempatan kami untuk mendekapnya, bukan lagi dengan tubuh kami tapi dengan hati, hati yang menangis perih karena tidak rela ia pergi dari sisi.

Ya Allah, jangan biarkan dia pergi dari kami tanpa diikuti dengan keluarnya ke egoan dan keangkuhan dari diri kami, sehingga mencairkan dosa-dosa dan melembutkan hati. Layaknya bongkahan ais yang mencair terpanggang sinar mentari.

Ya Allah, kami rindu ramadhan, kami rindu bermesraan dengan-Mu melalui ramadhan, kini ia akan pergi.

Syawal tinggal hitungan hari, ke mana lagi diri ini pergi untuk mencari ramadhan yang dinanti, Ya Allah, jangan biarkan dia pergi dari sisi, beri kami kelembutan-Mu melalui ramadhan ini, ramadhan yang tinggal hitungan jari.

Kami rindu ramadhan, akankah ia berkenan mengundang kami lagi untuk datang, bukan hanya sekadar angan seperti mimpi di waktu siang hari.

Ya Allah dalam tangis dan harap kami, jangan biarkan kami mensia-siakan ramadhan yang tinggal hitungan jari, sisakan kemesraan itu buat kami, kemesraan ketika bersujud di malam hari, bermesraan dengan-Mu yang selalu di hati.

suntingan:
http://kaisan.multiply.com/

10 September 2009

Usrah AJK DPPB

Usrah kali ini diadakan di rumah Sdr Fadlan Saedin di Kg Landak, Kupang.



Abg Mie sentiasa fokus dlm soal kewangan DPPB. Balik kerja terus mari usrah. Ust Fadlan selaku tuan rumah kurang sihat namun tetap komited dlm usrah. syukran sbb nasi daging tu sedap. Ust Helmi bulan puasa ni nampak slim sikit tetapi kerja tetap kerja. SU mcm tulah.




Ust Khairul kira ust tajwid & taranum dlm usrah DPPB. Tok Imam kita solat maghrib. Ust Somad mlm ni kena orientasi sbb ajk baru, baca teks usrah. Bingkisan untuk Pejuang. Ust Asri skrg sibuk dgn ceramah DPPB.



Ust Saad ni antara org yang tegas dlm usrah dan mesyuarat tp kelakar di luar. Ust Mohd Nor ni org kuat unit amal baling, kuat juga menuntut ilmu. Ust Roshidi senyum dlm sibuk urusan sekolah dan DPPB. Harap pakat-pakat tolong yer. Jgn selalu cari pasal kesian kat naqib DPPB ni nak urus tarbiyah.


Ust Osman selalunya sbg org yang membuat rumusan usrah. Ikhlaskanlah diri kita dlm membantu beliau dlm urusan jemaah. Sdr Azraei ni adik paling muda dlm DPPB tp dialah yg paling sihat dan komited dlm tugas. Tanpa PA susah juga nak kenal Sdr Md Zam ni, orgnya tekun dan ikut flow...

Wahai sahabat seperjuangan, ingatlah.. usaha kita bukan sedikit, pengorbanan sahabat tinggi nilainya dan sahabat2 kitalah yang paling setia. Usah dicemari dan digugat hanya kerana perbezaan pendapat. Tekunlah dalam usaha mentarbiyah diri. Hindari H1N1.

MAJLIS BERBUKA PUASA DPPB bersama GURU PASTI

Bagi meraikan sumbangan dan pengorbanan guru-guru PASTI di Kawasan Baling, DPPB berhasrat untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 September 2009 (23 Ramadhan 1430 H)
Hari : Ahad
Masa : 6.00 petang
Tempat: Maahad Tahfiz An-Nadi, Kampung Lanai.

Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.

09 September 2009

SIRI CERAMAH NUZUL AL-QURAN & ISU SEMASA




Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarakh 1430H kali ini, DPPB telah mengadakan beberapa siri ceramah bagi terus meningkatkan semangat juang dan ilmu agama di kalangan umat Islam.


Ceramah-ceramah ini diadakan bersempena dengan majlis berbuka puasa yang di kawasan Baling mengikut DUN.


Pada 7 sept 2009, DPPB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di DUN Kuala Ketil bertempat di Markas PAS Kubang Bok. Di antara pengisian program ialah berbuka puasa bersama pimpinan, solat maghrib, tazkirah/taujihad perjuangan, solat isyak & terawih. Program ceramah pula berlangsung pada jam 10.00 malam. Antara penceramah yang dijemput ialah Ust Osman, YB Cg Johari Abdullah dan penceramah utama ialah Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat). DPPB berasa sangat bertuah dan berterima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama DPPB walau pun sibuk dengan tugasan harian.


Pada 8 sept 2009 pula, DPPB sekali lagi mengadakan ceramah berkenaan dengan mukjizat dan kelebihan Al-Quran yang diturunkan pada bulan ramadhan di samping isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Cerama tersebut yang diadakan di Sekolah Agama Islahiah Diniah, Memali dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Mat Juki selaku tuan rumah dan disusuli oleh YB Cg Johari yang banyak menyentuh tentang isu semasa di negeri Kedah mahupun peringkat negara. Antara isu yang disampaikan ialah prk Bagan Pinang, N 9 yang akan diadakan tidak lama lagi. Ceramah kemudian diteruskan oleh Ust Ahmad Yahya (ketua pemuda negeri Kedah). Banyak isu-isu tentang kegagalan kerajaan selama 52 tahun merdeka khususnya di dalam membela nasib dan akidah umat Islam di Malaysia. ISU Natrah , masalah sosial yang melanda negara dan wabak H1N1yang dibangkitkan sedikit sebanyak memberi kesedaran di kalangan hadirin yang hadir.


Pada malam2 ceramah ini juga, DPPB telah mengadakan jualan AMAL sebagai usaha menambahkan tabung bendahari khususnya PASTI. DPPB mengharapakan agar ada pihak yang tampil memberi sumbangan kepada Tabung PASTI yang masih belum mencukupi.


DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sepanjang program tersebut.

video


07 September 2009

Kemuncup Dalam Perjuangan

Politik semasa sungguh mengguris rasa.

Geloranya mendesak saya untuk lebih teliti dalam bicara, membanyakkan pendisiplinan diri dengan nilai TAQWA demi meraih al-Furqan, pembeda antara batil dan kebenaran. Saya lelah melihat proses pencerahan siasah Malaysia dilakukan tanpa sokongan pendidikan. Apa yang mendominasi insiden demi insiden adalah sentimen dan retorik. Malah tanpa rujukan moral.

Dalam segala beban yang membelenggu dada dan nafas jiwa, tangan saya terdorong untuk mencapai sebuah buku yang redup kulitnya hingga segera mendatangkan segar hati untuk membaca.

KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN adalah sebuah karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang muncul sangat kena pada masanya.

Kesan kemuncup adalah ungkapan yang amat tepat dalam menterjemahkan perasaan saya semasa menekuni perkembangan politik semasa. Kekhuatiran saya terhadap PAS ialah pada keupayaan seluruh jentera PAS berkomunikasi dengan baik dalam proses memahamkan pendukung juga penyokong akan hakikat sebenar yang tersurat juga tersirat.

KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN oleh sentuhan Tuan Guru mengajar saya untuk tidak menipu bahawa jalan ini memang penuh keresahan, namun perjuangan tidak harus kehilangan fokus dek miang kemuncup itu. Perjuangan yang matang harus bisa mencabut kemuncup itu sambil terus berjalan. Melangkah ke hadapan.

Sumber: http://saifulislam.com/?p=2843

Sdr Mazlan Aliman Ke Markaz Kubang Bok, Kuala Ketil



DPPB akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di DUN Kuala Ketil. Sempena majlis tersebut, DPPB telah menjemput Sdr Mazlan bin Aliman bagi menyampaikan ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran.

Beliau merupakan mantan calon P090 Bera pada pilihanraya 12 dan merupakan AJK PAS Pusat 2009-2011.

Semua dijemput hadir.

Tingkatkan perjuangan pada bulan Ramadhan


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
(Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh)


Allah SWT menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan yang bayak pada bulan Ramadhan. Kelebihan ini satu petanda anugerah khusus daripada Allah buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh umat Muhammad ini tidak diperolehi umat sebelum daripada ini, walaupun kewajiban berpuasa ini difardhukan oleh Allah kepada mereka juga.

Antara kelebihan yang wujud di dalam bulan Ramadhan ini ialah Allah melipatgandakan amalan yang kita lakukan. Dan amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad ini, termasuklah soal perjuangan Islam. Soal-soal lain seperti tarawikh, baca al-Quraan, qiamullail dan sebagainya saya tidak sentuh sangatlah. Inilah perkara yang biasa dan menjadi amalan pada sebahagian besar umat Islam di dalam negara kita.

Apa yang perlu difahami umat Islam khususnya pada pejuang-pejuang Islam ini, perjuangan pada bulan Ramadhan diberi kelebihan oleh Allah sama seperti mana sembahyang, baca al-Quran dan sebagainya. Sebab itu kalau kita lihat sejarah perjuangan Islam khususnya umat Muhammad, banyak peristiwa yang besar berlaku dalam bulan Ramadhan.

Antaranya peperangan Badan Al-Qubra pada 17 Ramadhan. Begitu juga pembukaan kota suci Mekah, kemudian peperangan Ahzab yang berlaku dalam bulan Ramadhan juga.Pembukaan Yaman, Mesir, Mekah, adakah perjuangan Islam yang besar ditunjuk oleh Rasulullah sengaja mewujudkan perjuangan ini dalam bulan Ramadhan kerana dalam bulan ini mempunyai kelebihan yang besar, di samping menyentuh hubungan manusia dengan Allah.

Kelebihan juga diberi oleh Allah yang melibatkan hubungan manusia sesama manusia termasuk soal perjuangan. Kerana perjuangan ini banyak menghubungkan manusia dengan manusia secara langsung akan membabitkan dengan Allah.Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya memberi fokus yang agak khusus dalam urusan perjuangan sama ada mesyuarat atau aktiviti program dalam dewan-dewan, peringkat kawasan serta di negeri. Ini kerana perjuangan ini memperoleh keberkatan yang sangat besar.

Dalam perjuangan ini apabila kita memperoleh keberkatan daripada Allah maka sudah tentulah akan tercapai matlamat. Jadi kesempatan Ramadhan ini seharusnya kita gunakan sebaik mungkin untuk aktiviti kita supaya jemaah ini memperoleh keberkatan daripada Allah, dan sekali gus akan menganugerahkan kemenangan kepada kita dalam tempoh yang terdekat ini.

Perjuangan PAS adalah perjuangan yang mesti memdapat restu daripada Allah. Kerana dari sudut kekuatan berbanding dengan musuh adalah lebih kuat daripada kita, maka kita kena cari kekuatan yang diperoleh daripada kita yang tidak diperoleh oleh musuh iaitu kekuatan pertolongan daripada ALlah Taala. Maka pertolongan daripada Allah adalah paling hebat melalui bulan Ramadhan.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat