**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





05 December 2009

Hari bahagia sahabat setia kita (Timb. KP)


Setelah berpenat lelah digelanggang futsal gurun, ajk dppb sempat bersama-sama meraikan hari bahagia sahabat yang amat dihormati...ust Rasyidi (segak dengan sut melayu warna....) Selamat Pengantin Baru...semoga bahagia hingga ke akhir hayat....

Kehadiran tetamu kehormat...tuan guru Hj Abd Rahman Bin Yahya toha...Mudir Yayasan Khairiah bersama ust khairul asyraf...juga ajk dppb.

selesai......lain-lain hal...

sedang menjamu selera dengan penuh berselera....terima kasih semua yang terlibat...semoga Allah berkati.

futsal kepimpinan


penuh keyakinan memimpin kemenangan...

Team aloq staq..juara....tahniah.

Ketua team....geng PASTI gak ni..u syaiful.

naib johan....team Kulim/Bandar baru...keeper best.

futsal kepimpinan


Ustaz Ahmad Yahya KP DPPK sedang menyampaikan hadiah kepada dpp jerai yang mendapat tempat ketiga.

Dpp sik ditempat keempat...kelihatan saudara Sanusi..Timb. DppKedah.

menyampaikan saguhati kepada penerima. wakil pengadil kejohanan.

Ucapan Perasmian penutup oleh KP dppk...

u mad jerai...pengulas sukan berwibawa

Sekitar Futsal Silaturrahim Pimpinan PAS 2009.


Team dppbaling bergambar dengan penuh keyakinan untuk membawa pulang piala terbesar ke daerah Baling sebelum pertandingan dijalankan...dari kiri.. Pak ya,pengarah unit amal , Ashri,penerangan, U man,KP, bang mie,bendahari, U lan,pen. su, ADZ,suk, Zakri,ajk dppb, U Somat,timb. tarbiah dan U Kerol,kebajikan....
Tiada dalam gambar ialah U Zaini, Pengerusi Lajnah Sukan/kebudayaan yang terlibat dengan kerja urusetia dan Timb. PASTI.

selepas mengharungi game pertama dengan penuh berhempas pulas, akhirnya atas dasar silaturrahim, dppb menganugerahkan kemenangan kepada dppsik dengan jaringan 2-1. setelah itu, dppb seri dengan dppKubang Pasu 2-2 dalam game kedua...dan tanpa menoleh kebelakang lagi, dppb membelasah dppS.Petani dengan jaringan 2-1. seterusnya dppb berjaya melangkah keperingkat suku akhir bertemu dengan dppKulim/Bandar Baru.

Wajah ceria KP dppb u man setelah berjaya ke separuh akhir, walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol...tetap memberi semangat kepada anak buah.U somat kelihatan letih sekali walaupun hanya turun separuh masa, u lan sedang merancang strategi baru. dan Pengerusi Lajnah Sukan dan Kebudayaan DPPNK...u yusof awang yang juga mewakili dppS Petani.

pertandingan sedang berlangsung...

Perjuangan dppb akhirnya disekat oleh dppkulim/Bandar Baru..atas sifat setiakawan, dppb menghadiahkan 3 jaringan tanpa balas. Kekalahan itu seakan sudah dirancang lantaran dppb terpaksa menghadiri kenduri kahwin yang melibat Timb. KP dppb....u rasyidi.....

.

Pelancaran Sekretariat Pilihanraya DUN Kuala Ketil


YB ADUN Kupang bersama pengerusi Lajnah Sukan dan kebudayaan, s u dppb merangkap penggerak utama sekretariat pilihanraya dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Desa Bidara di majlis perasmian.

Ketua PAS Cawangan Taman Desa Bidara, Mejar Bersara sedang menyampaikan ucapan aluan sambil diperhatikan oleh suk dppb dan ajk dppb.

Sebahagian hadirin yang terdiri dari kepimpinan di peringkat cawangan yang hadir mendengar taklimat dan penerangan tersebut.

antara hadirin yang mengambil bahagian.

Pada 4 Disember 2009, jam 9.00 hingga 11.00 malam bertempat di tingkat atas Kedai Halal Hud, Taman Desa bidara, Kuala Ketil telah berlangsung pelancaran program sekretariat pilihanraya peringkat DUN Kuala Ketil setelah program yang sama telahpun dilaksanakan diperingkat DUN Bayu dan DUN Kupang.Program ini merupakan satu lagi usaha bersepadu antara DPPB dengan kepimpinan pemuda diperingkat cawangan untuk menggerakkan kempen mencari ahli dan penyokong seberapa ramai yang boleh sebagai bekalan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

03 December 2009

Minda KP.


Salam ukhwah untuk semua sahabat yang amat dihargai....

ulasan ucapan KP ( Ust Man Hamid)

Kita berperanan sebagai sebuah team bolasepak, seorang goal keeper sebagai orang terakhir yang berperanan menyelamatkan keadaan, tetapi ada kelebihan iaitu boleh memegang bola, menangkap, menguis, menumbuk malahan dengan apa cara sekalipun akan tetap berusaha agar bola tidak mencecah jaring yang akan mengakibatkan pihak lawan memperolehi jaringan....

Kita juga mempunyai 3 atau 4 orang pemain pertahanan, walaupun dilihat kurang penting dalam mengatur strategi merobek gawang lawan tetapi berperanan besar dalam memastikan bola tidak berapa hampir ke gawang sendiri. Pemain pertahanan perlukan persefahaman yang jitu dan semangat setiakawan yang tinggi bagi memastikan tidak berlaku sebarang salah faham yang akan merugikan pasukan sendiri....

Kita juga mempunyai 3 pemain tengah yang sepatutnya bijak memainkan peranan sebagai perantara dipihak pertahanan dan pihak penyerang. Mereka sepatutnya berperanan memberi peringatan seandainya pemain pertahanan leka atau memberi peringatan sekiranya pemain penyerang terlalu laju kehadapan hingga kehilangan bola...

Akhirnya kita ada penyerang...sememangnya mereka terpaksa agresif mencari gol...namun harus diingat bahawa setiap gol yang dapat dijaringkan mereka adalah hasil dari semua posisi pemain...bermula dari penjaga gol...pemain pertahanan...pemain tengah...pemain sayap dan penyerang....

Begitulah kita...masing-masing berperanan menghidupkan lajnah kita...menyerbu kedalam masyarakat dari segenap sudut dan pelusuk, memainkan peranan dan tugas mengikut lajnah-lajnah yang telah ditetapkan...mengetahui kedudukan posisi lajnah sendiri...dan akhirnya menggerakkannya dengan bantuan dari lajnah-lajnah lainnya dalam organisasi yang sama....

Insya Allah...kita akan dilihat lebih berperanan dalam masyarakat....dan boleh diharap sebagai pemimpin perubahan dalam masyarakat.

02 December 2009

Latihan futsal dppb



Dppbaling dengan penuh rasa keyakinan dan "keriakkan" turun membuat latihan tanpa jurulatih di padang futsal Kg Sadek sebagai persediaan menghadapi cabaran kejohanan futsal yang akan berlangsung di padang futsal Gurun tidak lama lagi yang terbuka kepada seluruh AJK kawasan-kawasan dalam Negeri Kedah.
Nantikan kemunculan team futfal dppbaling yang pastinya akan memeriahkan lagi kejohanan tersebut dengan aksi-aksi lagak yang berlagak tetapi bersopan santun serta berbudi pekerti yang tinggi.

30 November 2009

Perasmian Program Korban Pemuda Caw. Mengkuang mentaling dan penyerahan Terpan serta Jersi Bola oleh YB ADUN Kupang ( Cikgu Johari Abdullah)


Para pemuda caw. bergambar kenangan beramai-ramai bersama YB Cikgu Johari, bersama jersi bola yang disampaikan oleh YB Cikgu...dalam majlis korban tersebut...

Semoga siraturrahim ini terus terpelihara....pemuda tetap bersama perjuangan Islam tetapi mereka juga perlukan saluran untuk menyatakan rasa hati dengan terbuka dan berani. Begitulah pemuda...berani menyatakan pendapat dan saranan....hargailah rasa hati mereka...nescaya perjuangan Islam terpahat kukuh dihati mereka...

YB Cikgu sedang menyampaikan terpan kepada Roheeemi mat Piah selaku wakil pemuda mengkuang tengah...orang kuat program korban.

YB Cikgu sedang menyampaikan ucapan....antara lain menyentuh tentang pengorbanan para sahabat RA dalam menyambung tugas-tugas rasul...membawa panji-panji Islam di tengah kejahilan masyarakat, tentang perjalanan pentadbiran kerajaan Negeri, projek berskala besar yang sedang dalam pembinaan juga perancangan...ketelusan kerajaan da sebagainya...satu maklumat yang amat lengkap bagi memenuhi ruang kosong dalam benak masyarakat...

hadirin yang berada dalam ruang surau Al Wustho yang masih dalam pembinaan...

sekitar Majlis Qurban 1430H Pemuda PAS Caw. Mengkuang Mentaling.


Segak berpakaian seragam hitam dengan logo Qurban 1430h...satu program yang memberi manfaat besar terhadap jiwa remaja bagi sama-sama menghayati konsep pengorbanan sebenar dalam Islam...

Penyampaian daging korban kepada peserta korban..oleh Ketua Cawangan.

Penyampaian daging korban kepada peserta korban..oleh Penerangan Cawangan...kerjasama dan jasa baik semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai. Semoga ianya terus menjadi program tahunan Pemuda Caw. Mengkuang Mentaling.

Agihan sedang dilakukan..

Antara pamuda yang terlibat.....

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat