**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





02 September 2009

PENGORBANAN ANGGOTA UNIT AMAL & GURU PASTI YANG HEBAT



Oleh: Ust Osman Abd Hamid

Tak tertulis rasanya di atas kertas jika pengorbanan mereka dinilai, tidak ada bingkisan atau kata-kata yang indah untuk menggambarkan pengorbanan mereka, hanya doa dan harapan dipanjatkan agar pengorbanan mereka mendapat penilaian terbaik di sisi Allah. Kehebatan yang dimiliki oleh anggota unit amal dan guru-guru PASTI mungkin tidak dapat diakukan oleh kita. Kita mungkin memandang dengan simpati atau dengan sebelah mata di dalam menilai kerja. Tidak ramai yang sanggup menjadi anggota unit amal dan guru PASTI. Bahkan ada di kalangan kita malah peringkat pimpinan yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang mana kadang kala mengguris hati mereka yang berkorban dan berjuang. Saya melihat perkara ini dengan serius kerana saya juga pernah diamanahkan sebagai penyelaras Amal Pegerusi PASTI kawasan Baling. Saya mendengar banyak cerita, rungutan dan pandangan ahli terhadap mereka. Tidak kurang juga cerita sedih, suka dan duka mereka melaksanakan amanah ini.

Dewan Pemuda PAS Baling sentiasa menyokong penuh unit amal dan PASTI dalam apa jua program. Buktinya kita sentiasa membantu mengurangkan beban mereka dalam merealisasikan matlamat yang dicita-citakan oleh PAS. Kita tidak memandang sebelah mata apa yang mereka lakukan kerana kita mungkin tidak dapat menggalasnya dan meakukannya. Kita lebih seronok melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan, tidak membebankan atau dipandang elit dan penuh protokol. Beberapa kisah dari episod pengorbanan mereka amat menyentuh jiwa saya bila mana bertugas, Unit Amal menjadi benteng hadapan dalam setiap majlis dan himpunan besar PAS. Dari menjadi mengawal tarafik dan lalu lintas, kawat hormat, mengawal pimpinan sehinggalah berhadapan dengan polis dan pihak berkuasa. Mereka digeruni musuh hasil dari keikhlasan kerja mereka,

Saya begitu tersentuh dan teruja hati melihat Unit Amal yang bertugas yang kadang kala berbelanja dengan kewangan sendiri. Sesekali duit minyak tidak mencukupi mereka terpaksa membawa tong pungutan derma bagi menampung kos. Kadang-kadang berlaku situasi yang mana ada pihak tertentu menjanjikan bayaran untuk memastikan kelancaran program tetapi memungkiri janji setelah selesai kerja bahkan ada pihak yang menganggap Unit Amal suka meminta-minta.

Kata-kata hanya ada Allah dan Rasul yang keluar dari petugas unit Amal bukanlak retorik atau sengaja diadakan. Keluar bertugas dengan tidak ada wang atau peruntukan yang jelas amatlah dikagumi, meninggalkan bekalan untuk keluarga dengan kadar yang amat minima serta pengorbanan keluarga yang memberi sokongan adalah penyuntik semangat untuk bertugas. Insyaallah ketulusan serta keikhlasan yang lahir dari nurani mereka akan menjadi contoh yang baik untuk semua pejuang dan menguatkan lagi pengaruh PAS.

PASTI sebagai sebuah entiti pendidikan pra sekolah yang disegani. Kewujudan PASTI semenjak 20 tahun lalu telah mula dirasai di peringkat nasional. Dengan kekuatan pelajar melebihi 60,000 murid di seluruh negara dan bilangan intitusi PASTI hampir memecah 1600 buah. Produk-produk PASTI yang melahirkan modal insan telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS di dalam dan luar negara. Pengalaman rebah dan bangunnya, menjadikan PASTI sebuah institusi pra sekolah yang sangat berkualititi.

Di dalam perkembangan PASTI, sumbangan dan pengorbanan guru-guru tidak boleh kita nafikan. Apa yang mereka curah dan korbankan, tidaklah mengharapkan nilaian dan pulangan yang besar. Di Baling elaun bulanan untuk guru-guru PASTIkebanyakkannya masih di bawah RM 200. Berbagai usaha yang dilakukan oleh pihak DPPB setakat ini. Apa yang dapat kita hulurkan hanya bantuan dan sumbangan sempena hari raya. Untuk tahun ini kita masih mencari dana dan sumbangn untuk diagihkan kepada guru-guru PASTI.

Peranan guru-guru PASTI sangat berat. Kadang kala mereka terpaksa menanggung semua urusan kerana pengabaian dari pihak pengelola dan pengurusan cawangan yang lemah. Ada guru PASTI yang dipotong elaun dan gaji tertunggak akibat tidak ada inisiatif dan alternatif cawangan. Guru sepatutnya diberi ruang yang selesa untuk bertugas, bukan hanya untuk mencari peluang meraih keuntungan dari keringat dan pengorbanan mereka. Berbagai bayaran, arahan, derma dan sebagainya diminta dari guru. Sepatutnya tugas ini dimurnikan sebaik mungkin agar tidak menjadi bebanan yang melampau dan tidak menimbulkan bebal dan kusut untuk memberi pendidikan kepada anak-anak PASTI.

Di sini saya merakamkan ucapkan tahniah di atas pengorbanan guru-guru PASTI kerana mereka masih bertahan walau apa jua yang melanda. Mereka sabar melayani kerenah semua pihak. Masa yang diberikan, tenaga yang dicurahkan hanya Allah sahaja yang dapat mebalasnya. Saya menyokong dan berdiri teguh dalam paduan untuk memacu memberi pendidkan kepada anak-anak dan menyelamatkan mereka dari onar-onar yang melanda di sekeliling dan didepan mata mereka. Moga kita sukses dalam menjalankan tugas.

01 September 2009

Adun Lunas didesak letak jawatan - Harakah


YB. ENCIK MOHAMMAD RADZHI BIN SALLEH


PADANG SERAI, 31 Ogos: Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan."Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya."Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Lunas adalah salah Dun di bawah Parlimen Padang Serai yang diwakili Gobala.Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa Radzhi harus sedar dengan perkenan Tuanku Sultan Kedah untuk menggugurkan beliau sebagai Exco sudah jelas membuktikan kemurkaan Tuanku dengan perbuatan beliau."Saya yakin keputusan yang telah diambil oleh Tuanku Sultan untuk menggugurkan Radzhi daripada jawatan Exco adalah untuk menjaga nama baik istana.

Radzhi sepatutnya faham mesej yang ingin disampaikan oleh Tuanku kepada beliau."Pada waktu yang sama selepas beliau dilucutkan daripada jawatan Exco maka pada ketika itu juga Radzhi sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas."Saya juga yakin majoriti daripada pengundi dan penduduk yang diwakili beliau itu mahukan kerusi Lunas dikosongkan selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum yang lalu adalah atas tiket PKR dan bukannya Bebas."Radzhi sebelum ini mengambil keputusan keluar dari PKR setelah mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan menjadi Adun Bebas.

Rentetan daripada itu beliau kemudian telah dilucutkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia oleh Tuanku Sultan Kedah.

31 August 2009

PRK DUN KOTA SIPUTEH: Keputusan SPR dapat dijangkakan ?


YB. DATO' ABU HASSAN SARIF



SPR akan tentukan nasib ADUN KOTA SIPUTEH Kedah. Bagi kita jangkaan SPR tidak akan mengadakan pilihanraya, sebabnya ADUN bermasalah itu mewakili UMNO.

Harapan Kedah akan diadakan pilihnraya kecil, jauh panggang dari api. Demi menjaga maruah UMNO yang dikalahkan dalam siri-siri pilihnaraya kecil di Semenanjung dengan catatan rekod 0-7 adalah amat memalukan UMNO selepas merdeka.

Sisa dan saki baki kepercayaan rakyat amat jauh untuk dipulihkan. Cuma rakyat yang ‘kelam’ dan kelabu serta berfikiran UMNO macam 50 tahun dahulu sahaja yang masih kekal mengundi UMNO. Bagi generasi merdeka cuma 20 peratus sahaja yang ’sanggup’ menerima UMNO.

Percaturannya SPR akan memikirkan soal pembaziaran, serta ketidakperluan supaya diadakan pilihnaraya. SPR akan memberi alasan-alasan yang munasabah, sebaliknya hujah SPR akan menyalahkan spekar DUN Kedah. Spekar DUN Perak dicap melanggar prosedur dan tidak bertindak betul sedari awal.

Alasan berbelit melibatkan perkara-perkara urusan speakar akan dijadikan hujah bagi menghalalkan ADUN Seputeh Kedah dikekalkan. Maka UMNO selamat, maruah UMNO terbela.

Oleh Cg Zul

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat