**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





31 July 2009

Program Imarah Masjid Kg Dalam Wang

Pada 30 Julai 2009, buat pertama kali DPPB di bawah kelolaan Lajnah Tarbiyah & Dakwah menganjurkan program Imarah masjid. Menurut Ust Roshidi, program ini bertujuan untuk bersama2 anak2 kariah masjid bagi menjalankan tugas dakwah & tarbiyah dengan harapan melahihrkan insan yang mukmin. Di antara pengisian progaram ialah

1. Solat Maghrib
2. Bacaan Yaasin
3. Solat Isyak & solat hajat
4. Majlis Perasmian (oleh YB Cg Johari Abdullah)
5. Majlis penyerahan Al-Quran, Yaasin
6. Tadarus Al-Quran (surah Al-Mulk)
7. Qiamullail
8. Solat Subuh
9. Kuliah Subuh (Ust Ahmad Lotfi - PAS Kawasan)

DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Tn Imam, MKK Kg Dalam Wang, peserta program dan AJK DPPB yang hadir. Terima kasih juga di atas jamuan yang disediakan.

30 July 2009

Rayuan Nurani- Saff One

Petikan tulisan CN Al-Afghani (penulis wiraku)

Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati daripada kita.

Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Usrah DPPB

Buat pertama kalinya, usrah DPPB dihadiri oleh wakil AJK DPPNK yang merangkap naqib usrah. AJK DPPB mengalu-alukan kedatangan beliau ke dewan ini dengan harapan ianya mampu mencambahkan benih perjuangan yang lebih baik dan segar. Beliau yang di maksudkan ialah Ust Nasir bin Jamaludin.

Usrah kali ini diadakan di rumah Ust Helmi. Selaian daripada pengisian rutin, usrah kali ini juga membincangkan berkaitan dengan program Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009. Diharapkan program ini berjalan lancar dan mendapat keizinan Alllah SWT. Usrah berakhir pada jam 12.00 tgh malam dengan jamuan nasi ayam yang sedap...

29 July 2009

UMANG-UMANG DI DALAM PERJUANGAN

Petikan dari http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Ust Nasruddin Hassan Tantawi

Indah ! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita . Saling memahami malah saling melengkapi . Perkara benar disokong & dibantu sementara perkara salah, tanpa silu diperbetul dan dipandu .

Tapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi . Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya . Saat perlu ia hadir, saat buntu ia mampir. Susah kita resah dia, sakit kita letih dia, sukar kita payah dia , senang kita tenang dia , bahagia kita gembira dia . Demikianlah indahnya bersahabat .

Namun ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita . Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat - buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita . Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat .

Lebih malang , kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan, segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit. Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening . Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang .

Sahabat saya kata , orang macam ni tak ubah seperti umang - umang . Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah [ cengkerang ] siput atau kerang itu akan diambil setelah ianya dibunuh . Wallahua'alam bis sowab .

Saya tidak pernah melihat umang - umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umang - umang itu saling tidak tumpah milik spesis siput atau kerang.

Harapnya tiadalah sahabat - sahabat ku menjadi umang - umang atau tidaklah pula aku menjadi umang - umang kepada sahabat - sahabat ku . Biarlah persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi .

"Sungguh Indah hari - hari yang dilalui dengan ketenangan . Kemudiannya ianya menjadi modal dan energy baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh - musuh Islam , lalu menjulang panji perjuangan"

ISA 'penyelamat' pemimpin pemerintah, bukan keselamatan negara

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.
Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.
"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.
"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Petikan dari AL-IKMAL.Ning.com

Semua Kita Akan Mati, Dosa Kita Bagaimana?

Petikan dari Khutbah 2: Rukun dan Syarat Taubat Nasuha, dari buku Khutbah Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi, terbitan tahun 2002 oleh As-Syabab Media, Bangi, muka surat 65

"Ada di kalangan manusia yang mati sedangkan dosa mereka tidak mati bersama. Alangkah ruginya mereka yang mempunyai dosa seperti itu. Beruntunglah bagi orang yang mati dan dosanya juga turut mati. Celakalah bagi mereka yang mati sedangkan dosa-dosanya terus berlaku. Lihatlah kepada pelakon dan penerbit filem, drama-drama, nyanyian-nyanyian dan buku-buku yang penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Tuan punya filem, drama dan buku seperti ini telah mati tetapi benda-benda tersebut terus memainkan peranannya menyesatkan manusia samada individu atau masyarakat. Ini adalah satu yang bahaya. Oleh itu orang yang melakukan kerja-kerja seperti itu perlulah cepat dan segera bertaubat sebelum perkara menjadi bahaya"

KULIAH AGAMA DI PEKAN BALING

Untuk kesekian kalinya kuliah agama "Pekan Rabu", Baling diadakan. Kuliah ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi ilmu agama kepada masyarakat Baling. Kuliah-kuliah ini disampaikan oleh Ust-ustaz yang dijemput setiap minggu dan alhamdulillah kehadiran pendengar semakin bertambah.

Pagi ini, kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ust Zawawi (Timb Ketua Penerangan DPPB) dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dengan usaha yang dibuat ini diharapkan mampu memberi kesedaran dan meningkatkan keimanan kita semua kepada Allah SWT.

28 July 2009

Kalau betul kita berjuang....bacalah dengan mata hati..

Allah selamatkan saya ketika derita...
oleh: Azamin Amin Wed Jul 22, 09 12:31:33 pm MYT

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini. Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.
Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah. Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.
"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.
"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.
Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.
Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu...
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
" Mmm...sedap.."
Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya�" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.
Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.
Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

azaminamin@yahoo.com

Jentera Parti Perlu Membantu Wakil Rakyat

Sesi penerangan & taklimat bersama Ketua & Setiausaha UPU telah diadakan pada 27 Julai 2009. Majlis tersebut turut dihadir oleh AJK MTD DUN Bayu seperti Cg Nasir (Pengarah MTD), YB Ust Taib (Timb Pengarah) dan lain-lain.
Di dalam sesi taklimat ini, YB Ust Taib menyeru kepada semua jentera parti agar menanamkan sikap berbaik sangka & ikhlas dalam perjuangan. Jentera parti merupakan orang kuat kepada keberkesanan fungsi wakil rakyat yang dipilih. Sesungguhnya tugas kita selepas menang pilihanraya adalah lebih berat. Justeru itu, amat perlu kita bersatu hati dan membuang sikap-sikap yang buruk dan menyalahkan orang lain. YB juga turut menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat sepenuhnya berada di Balling berikutan tuntutan tugas yang banyak di peringkat negeri, pusat & parlimen. Mungkin tugas-tugas yang dijalankan di peringkat itu tidak dirasakan & difahami oleh masyarakat Baling tetapi ianya sangat penting kepada PAS keseluruhannya. Oleh itu, beliau di dalam nada sebak mengharapkan agar bantulah beliau khusunya untuk bersama-sama mengukuhkan kedudukan PAS Baling.

CERAMAH MANSUH ISA



Ceramah telah diadakan di dalam dewan badminton berikutan hujan lebat. walau bagaimanapun pihak urusetia bersyukur krn masih ramai pendengar yang begitu setia walaupun ada yang basah. AJK yang juga terlibat tidak terkecuali daripada terkena hujan. Ceramh telah disampaikan oleh Ust Ahmad Yahya (Ketua Pemuda DPPNK), YB Padang Terap, Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) & kemuncaknya oleh Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ust Nasruddin Hassan. Ceramah berjalan dengan lancar dan berakhir jam 12.00 tgh malam.

27 July 2009

AL-FATIHAH

DPPB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdullah bin Abdul Manaf, Pengelola PASTI Nur Saadah, Batu 7 Baling kedah. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung dan telah selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang 26 Julai 2009.

Kehilangan allahyarham dirasai oleh semua petugas parti khususnya pihak PASTI keran beliau merupakan seorang yang komited dan bersemangat di dalam melaksanakan tugas. Justeru itu marilah sama2 kita membaca AL-FATIHAH agar roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan oranga yang beriman.

KONVOI MANSUH ISA & JOM SERTAI PAS

Konvoi kali ini adalah untuk mengedarkan risalah tentang Mansuh ISA & seruan JOM SERTA PAS. Konvoi ini diselia oleh Ust Ashri merangkap Ketua Penerangan DPPB dibantu oleh semua AJK DPPB. Jumlah peserta konvoi dianggarkan seramai 100 orang dengan menaiki 38 buah motosikal dan 7 buah kereta.

Konvoi yang bermula jam 4.30 petang 25 Julai 2005, didahului dengan taklimat ringkas & penerangan oleh Sdr Rosli Azmi (SU DPPNK) & beliau dengan penuh bangga mengibarkan bendera PAS bagi melancarkan konvoi pemuda PAS Baling yang bermula di MPKB Kupang, terus ke Billion Batu 42 dan berkumpul semula di masjid Baling. Seterusnya perserta konvoi dengan penuh semangat berjalan ke pasar malam Baling bagi mengedarkan risalah mansuh ISA & JOM SERTAI PAS.

Sebelum itu, YB Cg Johari menyatakan syukur & kegembiraan beliau di atas semangat yang ditonjolkan oleh pemuda2 cawangan Baling. Beliau turut serta dengan peserta konvoi & menunaikan solat asar berjemaah di masjid Baling. DPPB juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Cg Johari kerana sudi "belanja" semua peserta di Medan Selera Baling. Program ini berakhir pada jam 7.00 petang.

26 July 2009

JAMBORI UNIT AMAL Ke-8 Kawasan Baling

Jambori Unit Amal kali ke-8 tahun ini telah diadakan di Carok Sikin, Kupang, Baling. Jambori yang bermula pada 23 -25 Julai 2009 ini telah dirasmikan oleh YB Cg Johari pada jam 9.30 malam. Menurut Pengerusi Uni Amal DPPB, Ust Mohd Nor Zakaria, Jambori kali ini disertai oleh 75 orang peserta dari seluruh Cawangan Baling.

Dengan kekangan masa dan pertembungan banyak dengan program DPPB program ini masih mampu berjalan dengan baik & lancar. Semua peserta dilihat begitu bersemangat & menyatakan hasrat untuk mengikuti lagi jambori seperti ini di masa akan datang. Jambori kali ini turut dibantu oleh anggota unit amal negeri kedah yang diketuai oleh Ust Zelani yang juga merupakan pengarah unit amal Kedah. Majlis penutup Jambori ini telah disempurakan oleh Sdr Rosli Azmi yang merupakan SU DPPNK..

Ust Mohd Nor Zakaria ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan jambori kali ini terutamanya DPPB, YB Cg Johari, Sdr Rosli Azmi (SU DPPNK0), Pemuda dan Kawasan Carok Sikin & lain-lain.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat