**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





29 August 2009

PEMUDA PAS PERLU ADA KEBERANIAN

oleh: Ust Osman bin Abd Hamid

Alhamdulillah segala puji milik Allah, memandangkan beberapa negeri sudah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, PAS terus dengan dasar perjuangannya, citra PAS terus disebut di mana-mana saja. Agenda Politik yang dibawa oleh PAS terus dipandang hebat, kekuatan sokongan kedengaran di mana-mana, di tempat awam, di pejabat, di kampung dan di bandar. PAS dan agendanya adalah antara bualan dan perbincangan yang selalu didebat, didiskusi dan diwar-warkan. Berita PAS diambil perhatian, begitu juga media massa ada yang melaporkan yang sebenar dan ada yang memanupulasikan berita agar lebih sensasi.

Di saat kita gembira menikmati kemenangan,kadang-kadang kita lupa anugerah yang berharga ini adalah kurniaan Allah, yang mempunyai jawatan dan pangkat ada yang sudah mula diresapi menyakit besar diri dan ego, amalin-amilin parti dipandang enteng dan dilihat di sebelah mata, yang tidak dikenali di waktu susah muncul dan menjadi juara, yang bertungkus lumus memenangkan PAS dianggap musuh, petugas-petugas ada yang kecewa lalu memencilkan diri. Cabaran kemenangan muncul dalam pelbagai rupa. Ketika inilah pemuda PAS perlu ada keberanian untuk muncul dan membetulkan keadaan. Jangan hanya menjadi bisu kerana perut kenyang atau sebagainya.

Menyirat sejarah kehebatan pemuda PAS yang mana mereka adalah penggerak, pendesak dan pencetus suasana untuk perubahan. Pemuda PAS amat berani dan kental memperjuangkan hak, memperkenalkan konsep kepimpinan ulamak, melaungkan semangat pemuda jihad, berdemonstrasi dan sebagainya, kita jangan hanya bernastolgia dan mengingati memori prjuang lalu tanpa keberanian untuk menongkah arus maju ke depan. Mendepani cabaran yang mendatang mungkin yang lebih hebat dan besar. Semoga Allah memberi kekuatan ini.

Keberanian untuk membuat penilaian semasa terhadap pencapaian negeri yang diperintah, bagaimana mereka yang dilantik menerajui kerajaa. Adakah sudah membawa dasar dan cita-cita PAS dalam pemerintahan, sudahkan ruang yang ada dan sedikit ini digunakan untuk memaksimumkan pelaksanaan dan ruang yang dibolehkan dalam pentadbiran, peranan ahli Majlis Bandaraya, ahli Majlis Daerah, MKK dan sebagainya. Sejauh mana meraka menjadi agen penggerak untuk membawa dasar-dasr PAS dalam pentadbiran. Penilaian yang dibuat boleh dijadikan desakan dan hujah untuk menambah baik dan nilai yang berkesan sebagai sebuah gerakan Islam yang diberi ruang memerintah.

Apabila disebut pemuda, mereka tentunya yang mempunyai kekuatan fizikil dan tenaga yang kuat serta pantas dalam gerak kerja bagi melaksanakan agenda parti, jamaah dan kerjaan negeri. Adakah pemuda pemuda hanya menjadi penonton atau pelakon di atas pentas opera dunia ini ,natijah dari kemenangan akan menjadi sia-sia jika kita gagal dan tidak berani bagi mengisi ruang kemenangan. Keberanian baru bahawa kita adalah parti memerintah bukan lagi diperintah. Namun kadang-kadang kita bercakap kita seolah-olah pembangkang tapi sebenarnya kita sudah memerintah. Kekuatan pemuda perlu keberanian untuk mengubah persepsi ini dan perlu hujah yang kuat untuk memecah kebuntuan ini.

Masalah sosial remaja yang makin meruncing, melanda sama ada anak umno atau Pas. Datangnya masalah melanda semua dan tidak mengenal mangsa. Siapakah dia, bangsa atau parti mana? Pemuda PAS mesti berani mencari jalan dan menyusun program ke arah ini, mungkin satu bentuk program alternatif atau cadangan-cadangan yang baik dari kawan-kawan untuk meringankan dan mengubat gejala yang semakin serius ini.

Kewangan dan sumber terhad kadang-kadang membantut perlaksanaan aktiviti. Kadang–kadang betapa perit rasanya hingga terpaksa berhutang ribuan ringgit untuk program dan perlaksanaan, keberanian membuat program tanpa sumber kewangan yang dijamin sudah menjadi biasa dan lumrah dalam perjalanan perjuangan, AJK yang faham dan berkorban kantong RM sudah kering, AJK yang tidak faham selalu meminta-minta tapi tidak berusaha sama-sama mencari, namun keberanian dan kefahaman yang kuat terhadap jamaah, program terus dihadiri dan disusun walaupun kereta & motor terhenti ditepi jalan akibat tidak ada duit untuk diisi minyak.

Tahniah kepada semua pemuda yang berani, kekuatan fizikal dan keberanian yang ada gunakanlah, manfaatkanlah untuk Islam. Jika kita gunakan tenaga kekuatan dan keberanian hanya untuk perkara yang boleh merosakkan Islam dan PAS amatlah rugi dunia muda kita atau kita hanya diperalatkan oleh pihak musuh hanya untuk habuan dunia yang sedikit. Rugilah kita. Jadilah diri kita di antara pemuda-pemuda pejuang Islam, jangan lupa asas kekekuatan kita bertolak dari iman yang kuat dan semangat Jihad yang tinggi. Allah! Akhbar!

MAJLIS BERBUKA PUASA DPPB DI DUN BAYU

DUN BAYU diberi penghormatan oleh DPPB apabila pilih sebagai dun yang pertama dalam siri majlis berbuka puasa DPPB bersama pemuda cawangan. DPPB meletakkan harapan dan sasaran yang tinggi kepada pemuda cawangan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan pemuda di dalam PAS. Dengan siri lawatan ke dun-dun sempena majlis berbuka puasa ini diharapkan dapat menyatukan hati-hati dan meningkatkan keupayaan pemuda ke puncak yang lebih tinggi.

Di dalam majlis yang diadakan pada 28 Ogos 2009 ini, turut hadir adalah mantan calon DUN BAYU yang lalu iaitu Ust Musoddak Hj Ahmad dan YB Cg Johari Abdullah. Majlis yang sepenuhnya diuruskan oleh Pemuda dan PAS cawangan Kg Siput mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pemuda sekitar 100 orang.

Sebelum majlis berbuka, majlis diserikan dengan ucapan aluan pemangku Ketua Pemuda, Ust Osman Abd Hamid. Di dalam ucapannya, Ust Osman menceritakan bagaimana perjuangan Islam telah mencapai beberapa kejayaan di dalam bulan ramadhan sejak zaman Rasulullah SAW sehinggalah yang baru lalu di N11 Dun Permatang Pasir. Majlis kemudian diteruskan dengan Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ust Musaddak. Di antara bait-bait yang diceritakan oleh beliau ialah tentang keberkatan di bulan ramadhan yang mana bulan ini merupakan madrasah bagi mendidik orang yang beriman dan terdapat tiga golongan orang yang berpuasa. Pertama ialah Puasa UMUM yang dilakukan oleh orang awam yang hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Kedua ialah Puasa Khusus yang mana orang yang melakukannya di samping menahan lapar dan dahaga, mereka juga menahan diri daripada melukan kemungkaran dan menahan nafsu mereka. Ketiga ialah Puasa KHUSUSI KHUSUS. Puasa ini dilakukan oleh mereka yang warak seperti alim ulamak, wali dsb yang mana mereka hanya senya berpuasa kerana Allah semata-mata.

Sebelum berbuka puasa, program ini diteruskan dengan majlis tahlil ringkas yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Pemuda Ust Roshidi. Sesudah tahlil pengisian program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib secara berjemaah. Sebelum bersurai, sebagai penghargaan kepada pemuda Kg Siput. Ust Musaddak telah memberi sedikit cenderahati dan disampaikan oleh YB Cg Johari.

DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syukran Jazilan.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat