**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





08 January 2010

USRAH DPPB KE-13

Usrah DPPB kali ini diadakan di rumah Sdr Ust Mohd Nor Zakaria. Pengarah Unit Amal Baling...
Orangnya senyum selalu dan suka berbicara soal tarbiyah dan hirarki perjuangan. seronok kalu berjalan dengan beliau..Pasti telinga kita tidak akan sunyi dengan pesanan2 untuk pejuang.


Ust Mohd Nor Zakaria bin Harun


Ust Man dah semakin segak..Alhamdulillah teguran sahabat membina peribadi



Sesi penggulungan dan muhasabah biasanya sangat dinanti2kan. Pastinya lidah Ust Man lancar berbicara dan mengulas pendapat sahabat seusrah.


Telinga yang peka, hati yang ikhlas, tenaga yang kuat, jiwa yang besar..tapi kecil saja orangnya..itulah Ust Osman.


Ust Shidi naqib usrah... nampak makin ceria sekarang.. Alhamdulillah
Ust Saad suka mendengar kata bicara dan pesanan berharga dari Tok2 guru dalam usrah.


Orangnya dikenali kerana membuat teguran secara terbuka dan menerima nasihat juga secara terbuka...tekun membaca dan memerhati teks usrah..


Kehadiran Ust Marzuki di dlm DPPB memberi kesan dan manafaat yang banyak. khususnya sebagai rujukan dan memberi pengiktibaran kepada semua AJK.


Tekun membaca perlembagaan PAS.. Kalu dah selalu baca kitab arab dan jawi..mmg menjadi satu kesukaran membaca tulisan rumi..kadang2 tergeliat juga lidah Ust Marzuki..


Ust Fadlan sibuk dengan tugas2 penolong SU


Nampak letih sangat tp sanggup datang usrah..Tahniah.


Jangan susuah hati.. Nanti kita pakat2 tolong lipat surat...ok...


Al-Quran sebagai petunjuk..wajib baca setiap kali usrah.


Ust Zelani sekarang jarang dapat datang usrah DPPB..Nak buat mcm mana terlalu sibuk diperingkat negeri..


Bila ada kelapangan pasti beliau akan hadir ..kehadirannya pasti diserikan dengan ungkapan manis dan salam perjuangan.


Ketabahan dan pengalamannya memberi inspirasi kepada kami


teruskan perjuangan.....


Ust Adam..memberi nasihat dan luahan perasaan untuk sama2 kita renungi.












07 January 2010

KEABSAHAN MANHAJ PERJUANGAN - MINDA PMNGK KETUA PEMUDA


-Ust Osman Abd Hamid-

Kerana Allah. kita masih dipertemukan
kerana keyakinan, kita terus berjuang
kerana kepercayaan kita terus diamanahkan
kerana kesabaran kita, kita terus dinasihatkan
kerana keperihatinan kita, kita terus diprogramkan
kerana sunnah, kita terus mengamalkan
kerana jihad, kita terus tegakkan
kerana akhlak, kita hiasi diri kita dengan hiasan perjuangan...

Persoalan samada perjuangan untuk Islam atau untuk PAS seharusnya tidak timbul kerana apabila kita berjuang dalam PAS, maka jelas dasar dan matlamatnya ialah menegakkan kedaulatan Islam...begitu juga sebaliknya. Dan Islam tertegak diatas jalan jamaah, bukan atas jalan individu.

Umpama sebuah hadis yang mengibaratkan perjuangan kita ini sepertimana sekumpulan kambing..apabila kita keluar dari kumpulan itu..ketika itu, awas! mungkin kita akan dibaham oleh serigala..

Contoh daripada Para Sahabat r.a adalah yang terbaik dan mesti dijadikan siri tauladan sepanjang masa...bilamana mereka meletakkan keimanan ditempat yang pertama, kerana keyakinan yang tinggi kepada Allah Taala.

Bagi meningkatkan keimanan dan keyakinan terhadap perjuangan, maka kita mesti memperbaharui keyakinan setiap ketika dengan meletakkan keimanan sebagai teras dalam setiap kerja-kerja perjuangan kita. Ini penting bagi menampung tahap keimanan kita yang kadang kadang terkurang.

Mengambil pengajaran dari golongan muhajirin dan ansor yang sanggup mengenepikan segala kepentingan diri sendiri demi jamaah dan perjuangan lantaran keimanan yang jitu dan teguh terhadap Allah dan Rasul. Sanggup mengorbankan segala-galanya demi Islam. Inilah yang sepatutnya menjadi aspirasi perjuangan setiap amilin yang cintakan Islam.

Bagaimana keperihatinan para sahabat r.a terhadap sahabat yang lain, saling memahami masalah yang dihadapi oleh sahabat dan sentiasa pula saling membantu. Golongan muhajirin yang datang ke Madinah sehelai sepinggan dibantu oleh golongan Ansor tanpa rasa terbeban.
kenapa, kerana keyakinan terhadap perjuangan Islam.

Bagaimana komitmen yang diberi oleh para sahabat r.a dalam melaksanakan kerja-kerja Islam. Sehinggakan nikmat Islam itu sampai kepada kita hari ini. Seandainya tidak ada komitmen dari para sahabat r.a. sudah tentu api perjuangan Islam ini telah terpadam lama dahulu lantaran sengitnya mehnah dan tribulasi yang terpaksa ditanggung oleh para pejuang Islam.

Bagaimana dengan pimpinan yang gugur di tengah jalan perjuangan akibat dari terpesong arah dan matlamat perjuangan. dan bagaimana pula dengan pimpinan yang terus berjuang hingga ke saat ini.., inilah golongan yang menegakkan sunnah dalam kehidupan mereka...Dan Allah Taalam mengurniakan pendirian yang tegas dan jelas dalam diri mereka...

Sebagai pejuang, wajib bagi kita bermuhasabah tentang setiap amalan yang kita lakukan agar tidak lari dari keabsahan perjuangan yang pastinya akan dibuat penilaian oleh Allah Taala. Amat rugi seandainya setiap tenaga dan buah fikiran, masa dan wang ringgit yang kita belanjakan untuk perjuangan Islam tiba-tiba tertolak lantaran gagal dalam ujian penilaian keabsahan perjuangan oleh Allah Taala.

Semangat jihad perlu padat,perlu mampat,perlu kepada tekad dan nekad, perlu terus menyala hingga ke akhir hayat...sekiranya ia terpadam, maka langkah perjuangan terhenti, matlamat perjuangan mula diragui, keikhlasan dan ketulusan dalam perjuangan mula dikotori dengan perasaan curiga dan benci...akhirnya medan perjuangan menjadi duri yang tajam dan bisa, memusnahkan keyakinan terhadap tuntutan perjuangan...maka dppb perlu sentiasa menyuntik semangat jihad bukan sekadar terhadap ajknya semata-mata malahan perlu turun kecawangan-cawangan untuk bersama menggerakkan keyakinana masyarakat terhadap tuntutan jihad itu sendiri dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Maka seharusnya kita mengorak langkah dengan lebih laju memacu perjuangan dengan dasar dan matlamat yang jelas dan tersusun serta kita juga lulus cemerlang dalam ujian keabsahan perjuangan oleh Allah Taala.

...sahabatmu..

06 January 2010

LAWATAN UKHUWAH. TAHNIAH UST KHAIRUL AZHAR!!


Comel dan cute....


Senyum jer Ust Khairul..tp ingat tanggungjawab bertambah..



Makan bertambah tu. Pulut dengan pisang emas.. ada nasi lemak..ayam goreng pedas..
Ustaz Ziani busy dengan persiapan futsal...



Ust Somat...mata asyik dok tengak ayam golek ker? tp hati khusyuk....


Amin....Ust Asri baca doa.

DPPB mengucapkan tahniah kepada sahabat seperjuangan Ust Khairul Azhar yang telah mendapat cahaya mata kedua. seorang puteri. Sehubungan dengan itu, beberapa AJK DPPB telah mengunjungi beliau sempena majlis kesyukuran yang diadakan di rumah mertuanya di kg Pokok Pisang..
Semoga bertambah-tambah rezeki dan keberkatan hidupnya sekeluarga. Amin.

05 January 2010

Tamrin DPPB...berjayakah kita ditarbiah

Sahabat Dppb yang amat dikasihi...

Dalam kita memecut laju mendepani arus perjuangan ini, memikir dan merancang segala program sepanjang minggu, bulan dan tahun, melaksanakan segala program ke arah pemantapan organisasi dan jamaah, mengukuh ukhwah dan persahabatan kita seteguh kinabalu....sesekali harus kita menoleh kebelakang,meneliti dan bermuhasabah, setakat manakah keberkesanan setiap program yang kita laksanakan.

Tidak kita nafikan, ukhwah adalah tunjang kekuatan jamaah, dan ukhwah juga mampu mencairkan ketulan-ketulan ego yang bersarang di hati tanpa sedar. Melalui tamrin tempohari, antara objektif Lujnah Tarbiah ialah mencairkan keegoan kita...kita bergilir-gilir mengopek kelapa tanpa menggunakan tangan...hanya gigi yang menjadi alat pengopek kelapa, dalam kumpulan seramai 3/4 orang, kita laksanakan tugas tersebut dengan penuh muhibbah dan kasih sayang. Tanpa ego kita menekan kelapa menggunakan kepala lutut masing-masing ...menundukkan kepala..."mengkike kulit nyo"..bergilir-gilir tanpa rasa geli geleman dan loya...setiap bekas mulut sahabat disambut selamba...hingga kelapa terkupas sama sepertimana menggunakan parang...ego kita luruh sekeping demi sekeping bersama koyaknya sabut kelapa yang asalnya begitu kuat melekat pada tempurung kelapa tersebut...

Sahabatku....seharusnya kita berfikir tentang itu....seandainya ego itu diumpamakan sepertimana sabut kelapa yang melekat kuat pada tempurung kelapa...maka dengan penuh ukhwah kita mampu meleraikannya walaupun tanpa sebarang alat yang kita gunakan...sahabatku...dengan ukhwah yang sejati....ego kita akan hanyut dengan sendirinya...tanpa perlu kepada bantuan sesiapa...sepertimana sabut kelapa itu...

Sahabatku....kita bersama bersujud di atas tanah...sambil beristighfar...merenung kembali apakah sumbangan kita kepada jamaah...adakah jamaah mampu menumpang kita atau kita yang menumpang jamaah...adakah kita menjadi beban kepada jamaah atau kita memacu perjuangan jamaah...kenapa kita terlalu sombong hinggakan jamaah tidak boleh menumpang kita....mengapa kita sentiasa membiarkan jamaah dibawa arus kesana sini tanpa rasa tanggungjawab untuk bersama mengemudinya...memgapa membiarkan hasutan-hasutan jahat menguasai diri hingga kita semakin mengasingkan dari dari jamaah...membiarkan sahabat-sahabat yang lain bertungkus lumus melaksanakan semuanya sedang kita hanya mencari ruang-ruang keaiban untuk mengata itu ini...mengumpat dan sebagainya...

Apa sumbangan kita terhadap jamaah...sedang dalam masa yang sama semua sahabat-sahabat amat memerlukan buah fikiran dan tenaga kita...Kenapa terlalu sombong dengan jamaah...sedang semua sahabat amat memerlukan kita...untuk bersama-sama memperkasakan jamaah..kenapa...

Sahabatku....berilah apapun alasan untuk mengelakkan diri dari berjuang atas nama jamaah...sibuk dengan urusan mengajar...sibuk dengan urusan masjid...sibuk dengan urusan kerja...sibuk dengan urusan anak isteri...sibuk...sibuk...sibuk....tapi pernahkan kita terfikir...semua sahabat kita mempunyai tanggungjawab sama seperti kita...terfikirkah kita seandainya semua kita memberi alasan demi alasan...apa terjadi pada jamaah kita...

Sahabatku...janganlah kita memberi alasan yang sebegitu...Nabi pun sibuk..namun tetap melaksanakan kerja-kerja jamaah...janganlah kita fikir untuk hanya mengurus kehidupan kita sendiri sahaja sedang umat sedang menuju kehancuran....Adakah Nabi hanya sekadar solat, mengajar anak mengaji al Quran, berpuasa, ke majlis tahlil, doa selamat...adakah sekadar itu sahaja pekerjaan Nabi...bukankah Nabi terlibat dengan perjuangan yang amat besar...menegakkan syariat Allah di tengah-tengah kejahilan masyarakat...Nabi bermesyuarat...berusrah...memikir, merancang dan berperang demi untuk Islam....Tidakkah kita juga dituntut sebegitu....disamping mengurus kehidupan peribadi...disana ada satu lagi tugas kita yang paling besar...menegakkan agama Allah....Sahabatku.....tentu kita amat-amat merindui detik-detik kemenangan itu.....

Dalam Tamrin...kita semua ajk dppb..Ketua...Timb. Naib. SU. Penerangan. Bendahari....semua ajk diarah merangkak dalam satu barisan yang panjang mengelingi satu bulatan...yang mengarahkan kita yang berumur hampir 40 tahun ini hanya seorang kem komandan yang baru berumur 22 tahun lebih....kenapa kita sanggup menurutnya...malahan ada sahabat seorang tu terlalu kerap didenda dengan ketuk ketampi...pumping...lari tak ketahuan hala...kerana kononnya mengengkari arahan. Tanpa sebarang bantahan...semua denda dilaksanakan...
Kita andaikan merangkak itu satu bentuk keaiban...satu denda yang agak memalukan lantaran seorang tu yang mengeluarkan pendapat peribadinya...semua kita menanggung akibatnya...semua kita merangkak-rangkak...Itulah ukhwah kita..bersama mengambil tanggungjawab terhadap kekurangan sahabat lainnya...itulah jamaah sebenarnya...masing-masing menjadi pelengkap antara kita...ego kita tentunya gugur bersama titisan peluh yang mengalir dari kening, bergantungan di hujung hidung, dan jatuh ketanah....

Bukankah ego kita telah jatuh bersama titisan peluh itu.....

Sahabat....teramat banyak muhasabah yang sepatutnya menambah eratkan ukhwah antara kita...tetapi entah kenapa dalam mesyuarat selepas tamrin itu....kedengaran suara-suara yang seakan mengendurkan ikatan ukhwah kita....

.renungilah....seandainya tamrin sebegitu rupa masih tidak mampu mengeratkan ikatan kita....apalagi yang mampu dilakukan oleh lajnah tarbiyah.....

....haireee haire

03 January 2010

AMBANG SEJAHTERA NEGERI KEDAH 2010

Foto sekitar ambang sejatera 2010... sekadar perkongsian



Terpesona melihat persembahan PAK LONG


Ust Somat dan Ust Fadlan.. Jomla balik dah lepas detik 12 tgh mlm..


Pkl 3 pagi masih makan?? Td belum makan...Lapar...


Persembahan PAK LONG mengiringi detik 12 tgh malam...dengan lunak suara memuji Allah


Forum perdana.

Bacaan yaasin mohon kerahmatan dan keberkatan..mengisi kemenangan




Cantik jam besar ni waktu malam...


Unit amal bertugas dari awal pagi...dah letih abang2 kita ni tp masih senyum bila nampak kamera.




Ustaz Idris..tazkirah hijrah selepas maghrib..


Silat Gayong..warisan melayu...ayuh pemuda dan pemudi islam


Penuh tertib dan seni..Wushu keunikan bangsa cina


Silambam kegarangan dan keberanian kaum India


Penuh gaya yang tersendiri...Pahlawan melayu


YAB menyaksikan persembahan antara kaum..menunjukkan PAS dan pemerintah ISLAM mengiktiraf kaum2 lain di Malaysia..Terima kasih Majlis sukan negeri Kedah atas bantuan.


Menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Kedah

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat