**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





22 October 2009

MEMURNIKAN FIKRAH PERJUANGAN

Hasrat hati.


Asmadi - Yakin bersama DPPB atas dasar ingin menerima tarbiyah
Azraei - Nasihat daripada mereka yang lebih tahu melancarkan urusan
Zamri - Buat perubahan demi kebaikan bersama, laporan usrah
Ust Adam - Keinsafan datang kerana usaha sahabat
Ust Zulkifli - Jawatan bukanlah sesuatu yang diimpikan di dalam perjuangan

Ust Helmi -Jadilah pemuda yang menjiwai perjuangan PEMUDA
Suhaimi - Sahabat pemberi semangat & kekuatan
Ust Khairul - Kelancaran membaca Al-quran memerlukan latihan
Ust Rashidi - Dapatlah apa yang ana dapat walau ana belum dapat apa yang sahabat dapat
Ust Osman - Teguran memberi panduan untuk bekerja

Ust Somat - Tegakkan Islam dalam diri nescaya akan tertegaknya negara Islam
Ust Zakaria - Akidah perjuangan difahami melalui kuliah hiraki
Ust Fadlan - Menyahut seruan mesej pemuda
Ust Saad -Ketulusan AJK Harian, Pemuda perlu diberi perhatian
Ust Marzuki - Layakkah kita sebagai seorang pejuang?



Tajuk ini menjadi perbincangan di dalam usrah DPPB kali ini.

Di dalam menyambung mata rantai perjuangan, pastinya banyak pengalaman yang telah ditimba oleh rakan2 di dalam DPPB. Sama ada pengalaman itu melalui pemerhatian, pendengaran mahupun yang dialami sendiri, tentunya pengalaman itu sedikit sebanyak memberi pengajaran dan kematangan buat kita.

Pengalaman yang pelbagai ini kekadang memberi penjelasan fikrah yang sedikit menyeleweng kepada perjuangan. Penyelewengan ini boleh berlaku sama ada kepada pihak musuh, kepimpinan jamaah, keputusan jamaah dan tidak terkecuali kepada sahabat satu jamaah. Justeru itu, setiap ahli jamaah hendaklah sentiasa mencari penawar bagi merawat dan memurnikan fikrah bagi memastikan fikrah yang disematkan di dalam hati tidak tergelincir dari landasan perjuangan hakiki.

Konsep pemurnian ini perlu difahami dan dihadamkan dengan baik khususnya oleh pendokong perjuangan. Kita hendaklah faham bahawa proses pemurnian ini sangatlah susah. Ini kerana untuk mencapai tahap kesatuan fikrah merupakan satu penyakit. Penyakit yang hanya boleh dirawat melalui cukupnya tarbiyah. Tarbiyah yang dimulakan di dalam usrah. Di dalam usrah semua pandangan dan pendapat perlu dicurah, biar bersepah demi mencari satu natijah. Natijah yang membawa kepada kekuatan jamaah.

Mungkin timbul di dalam pemikiran kita soal bagaimanakah hendak menentukan fikrah yang benar-benar menepati kehendak jamaah. Persoalan ini juga kadang-kadang lebih menyemarakkan pertembungan fikrah. Di dalam usrah kita memahami erti ghayah dan apa itu hadaf. kedua-dua faktor ini boleh dijadikan ukuran di dalam penyatuan fikrah.

Lebih lama seseorang itu di dalam kerja jamaah seharusnya lebih memahami kedua2 istilah ini. Pengalaman dan kematangan sahabat yang pelbagai latarbelakang perlu diraikan bagi mendapat kemurnian fikrah. Setiap daripada kita diseru agar sentiasa bermuhasabah dan menilai setiap percakapan dan perbuatan agar tidak menampakkan percanggahan fikrah.

Renungan daripada Ust Osman :

Cabaran seorang Pejuang

1. Menghadapi orang beriman yang menyimpan hasad dengki

2. Mendepani puak munafik yang membenci

3. Merentasi kaum kafir yang memerangi

4. Melawan syaitan yang menyesatkan hati

5. Mengekang nafsu yang membelengu diri.

19 October 2009

Antara Merasai & Menahan Keperitan Sahabat Seperjuangan




Untuk memulakan sebuah coretan bukanlah mudah. Apatah lagi bila coretan itu berkisarkan tarbiyah dan perjuangan. Coretan bisu ini diharapkan mampu berbisik dan menyentuh hati mereka yang membacanya.
Bersama sahabat di dalam perjuangan ini mengajar kita erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang kadang-kadang memberi keseronokan dan kadang-kadang memberi kesedihan di hati.

Keseronokan terjadi bila mana sahabat dapat memahami isi hati dan sanggup membantu dengan ikhlas. Keseronokan akan lebih terasa bila mana sahabat mampu melindungi kelemahan diri serta bisa membantu ketika kesusahan dan kesempitan. Sahabat yang sentiasa berbaik sangka dengan kita. Hati akan menjadi girang dan tenteram dengannya. Waktu itu soal payah, penat, berat dan semua cabaran perjuangan akan kita tempuhi tanpa memikirkan risiko pada diri.

Bagaimana pula agaknya bila perkara sebaliknya terjadi. Apabila sahabat yang diharapkan membantu kerja perjuangan memalingkan muka. Meninggalkan kita bersendirian memikul amanah jamaah. Sahabat yang memberi pelbagai alasan bila mana jamaah dibebani dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Hati kita akan dirundum sepi dan sedih bila hal ini terjadi. Hati kita akan menjadi lebih sesak dan sebak apabila kita dibiarkan bersendirian menghadapi musibah. Kita dibiarkan berjalan tanpa arah dan tiada sahabat yang sudi menghulur tangan membantu.

Teringatkah kita pada Saidina Abu Bakar As-siddiq. r.a.? Sahabat rasulullah saw yang sangat setia. Seorang sahabat yang terkehadapan di dalam membela nabi ketika peristiwa isra' dan mikraj. Sayangnya Abu Bakar kepada perjuangan Nabi sehingga sanggup mengorbankan seluruh kekayaannya. PatuhnyaAbu Bakar sehingga sanggup bersama nabi di dalam peristiwa hijrah. Tanda kasihnya Abu Bakar kepada nabi sehingga menitiskan air mata menahan kesakitan semata-mata memberi keselesaan tidur pada nabi di Gua Thur.

Di dalam memikul amanah perjuangan ini, pernahkah kita bertanya pada diri? Sejauh manakah peranan kita sebagai seorang sahabat. Setiakah kita sebagai sahabat? Kasihkah kita kepada sahabat? Tidakkah kita ingin menjadi seperti Abu Bakar?

Sama ada di dalam keseronokan atau kesedihan, perlukah kita berkira dengan sahabat? Membimbing sahabat kepada kebenaran selepas kesilapan adalah perjuangan. Berlapang dada dengan kedegilan sahabat juga perjuangan. Menerima kelemahan sahabat juga perjuangan. Sekiranya hari ini kita di dalam kesedihan kerana sahabat, pastinya hari esok adalah keseronokan bersama sahabat. Bersama-samalah kita berusaha menjadi sahabat yang bukan sekadar merasai tetapi sanggup menahan keperitan sahabat. Tidakkah jiwa kita menjadi tenang dengan melihat senyuman di wajah sahabat?. Jauhkanlah diri kita dari menambah kerutan di wajah sahabat.

wassalam..

18 October 2009

UJIBAKAT PASTI NEGERI KEDAH 2009



Sila ke Blog PASTI DPPB Baling untuk laporan lengkap Program Ujibakat PASTI 2009.

TAKLIMAT KHAS SEKRETARIAT PILIHANRAYA DPPB



DPPB telah mengadakan perjumpaan dengan pemuda cawangan bagi melancarkan Sekretariat Pemuda Baling bagi menghadapi PRU ke -13.

Pelancaran tersebut telah dibuat oleh YB Cg Johari bin Abdullah di Markas PAS kawasan Baling. Perjumpaan yang bermula pada jam 8.30 mlm dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan diikuti oleh jamuan makan malam yang disediakan oleh Ust Osman Abd Hamid dan keluarga.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh Ust Ashri Abd Rahman dan seterusnya taklimat diberikan oleh Setiausaha DPPB iaitu, Ust Helmi Abd Wahab. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan ucapan penanggguhan oleh pemangku ketua pemuda DPPB, Ust Osman.

Majlis bersurai pada jam 11.30 malam.

DPPB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat