**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





19 October 2009

Antara Merasai & Menahan Keperitan Sahabat Seperjuangan




Untuk memulakan sebuah coretan bukanlah mudah. Apatah lagi bila coretan itu berkisarkan tarbiyah dan perjuangan. Coretan bisu ini diharapkan mampu berbisik dan menyentuh hati mereka yang membacanya.
Bersama sahabat di dalam perjuangan ini mengajar kita erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang kadang-kadang memberi keseronokan dan kadang-kadang memberi kesedihan di hati.

Keseronokan terjadi bila mana sahabat dapat memahami isi hati dan sanggup membantu dengan ikhlas. Keseronokan akan lebih terasa bila mana sahabat mampu melindungi kelemahan diri serta bisa membantu ketika kesusahan dan kesempitan. Sahabat yang sentiasa berbaik sangka dengan kita. Hati akan menjadi girang dan tenteram dengannya. Waktu itu soal payah, penat, berat dan semua cabaran perjuangan akan kita tempuhi tanpa memikirkan risiko pada diri.

Bagaimana pula agaknya bila perkara sebaliknya terjadi. Apabila sahabat yang diharapkan membantu kerja perjuangan memalingkan muka. Meninggalkan kita bersendirian memikul amanah jamaah. Sahabat yang memberi pelbagai alasan bila mana jamaah dibebani dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Hati kita akan dirundum sepi dan sedih bila hal ini terjadi. Hati kita akan menjadi lebih sesak dan sebak apabila kita dibiarkan bersendirian menghadapi musibah. Kita dibiarkan berjalan tanpa arah dan tiada sahabat yang sudi menghulur tangan membantu.

Teringatkah kita pada Saidina Abu Bakar As-siddiq. r.a.? Sahabat rasulullah saw yang sangat setia. Seorang sahabat yang terkehadapan di dalam membela nabi ketika peristiwa isra' dan mikraj. Sayangnya Abu Bakar kepada perjuangan Nabi sehingga sanggup mengorbankan seluruh kekayaannya. PatuhnyaAbu Bakar sehingga sanggup bersama nabi di dalam peristiwa hijrah. Tanda kasihnya Abu Bakar kepada nabi sehingga menitiskan air mata menahan kesakitan semata-mata memberi keselesaan tidur pada nabi di Gua Thur.

Di dalam memikul amanah perjuangan ini, pernahkah kita bertanya pada diri? Sejauh manakah peranan kita sebagai seorang sahabat. Setiakah kita sebagai sahabat? Kasihkah kita kepada sahabat? Tidakkah kita ingin menjadi seperti Abu Bakar?

Sama ada di dalam keseronokan atau kesedihan, perlukah kita berkira dengan sahabat? Membimbing sahabat kepada kebenaran selepas kesilapan adalah perjuangan. Berlapang dada dengan kedegilan sahabat juga perjuangan. Menerima kelemahan sahabat juga perjuangan. Sekiranya hari ini kita di dalam kesedihan kerana sahabat, pastinya hari esok adalah keseronokan bersama sahabat. Bersama-samalah kita berusaha menjadi sahabat yang bukan sekadar merasai tetapi sanggup menahan keperitan sahabat. Tidakkah jiwa kita menjadi tenang dengan melihat senyuman di wajah sahabat?. Jauhkanlah diri kita dari menambah kerutan di wajah sahabat.

wassalam..

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat