**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





29 September 2009

APABILA PEMIMPIN TIDAK BOLEH DITEGUR

Pada tulisan ini, saya ingatkan kepada diri saya & pimpinan di semua peringkat agar bersikap terbuka dan mudah terima teguran. Kadang-kadang kita sebagai pemimpin selalu berkata di hadapan ahli atau majlis di cawangan bahawa “kami bersikap terbuka dan sentiasa boleh ditegur”.

Ambillah pengajaran daripada kisah keterbukaan Saidina Omar apabila menerima teguran & contoh-contoh kehebatan pemimpin dan pejuang terdahulu dalam melaksanakan agenda perjuangan. Tidak boleh menerima teguran merupakan saat bermulanya kehancuran seseorang pemimpin dan kegoyahan organisasi yang diterajuinya.

Ketahuilah pelbagai persoalan mungkin timbul benak orang bawahan apabila pemimpin bersikap tidak boleh ditegur. Antaranya ialah kepimpinan ini terlalu banyak kelemahan, kurang kemampuan untuk berfikir atau tidak dapat memenuhi kehendak organisasi, maka jalan mudah melindungi dirinya ialah dengan cara tidak menerima teguran dan kritikan. Atau pemimpin yang mempunyai sikap dan sifat ego yang tebal tidak mampu melihat kelemahan dan kekurangan diri, rasa hebat, kuat, mampat lalu tindakanya tidak boleh ditegur

Mugkin juga begini, pemimpin yang mempunyai ramai penasihat atau pembantu yang melebalkan semua orang yang mahu membuat teguran, komen, kritikan semuanya tidak berguna. Mereka ini sebenarnya adalah musuh atau tali barut musuh. Mereka mahu merampas kuasa. Mereka orang yang besar kepala, mempunyai penasihat yang tidak baik juga boleh merosakkan pemimpin tersebut atau penasihat yang mempunyai agenda tersendiri, boleh jadi juga ia tidak boleh ditegur.

Kadang-kadang ada sebilangan pemimpin yang merasakan bahawa ahli yang menegur adalah pengacau dalam jemaah. Agenda tidak boleh berjalan dengan baik dan terurus selagi ada perosak atau parasit. Apa nak jadi dan apa dah jadi pemimpin macam ini .

Tidak boleh ditegur juga kadang-kadang bukan masalah & sifat pemimpin. Mungkin disebabkan sikap anggota organisasi tersebut yang takut dan gerun kalau-kalau teguran yang dibuat akan mendatangkan risiko yang besar atau kerja bertambah berat. Ada juga kemungkinan sikap terlalu menghormati pemimpin sehingga takut nak tegur. Segan menegur pemimpin yang mempunyai pengaruh yang hebat seperti muallim besar, tuan guru dan sebagainya. Kesilapan ini mesti diperbetulkan kerana membisu dan tidak bersuara dalam jamaah akan meninggalkan impak yang besar.

Kesan dari apa berlaku sifat menghormati pemimpin akan menjadi luntur, sifat menceritakan aib pemimpin dijaja merata tempat bahkan kadang-kadang menjadi api dalam sekam yang tiba-tiba meletup. Justeru itulah kita melihat keretakan dalam jemaah mula menular. Yang memimpin tebal ego, yang dipimpin keras kepala. Penyokong terpinga-pinga, musuh masuk campur & ambil kesempatan dan macam-macam boleh terjadi. Ketika inilah organisasi kurang berfungsi, kerja-kerja dikesampingkan. Yang tidur lena terus dibuai mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Karenah ini menjadi perdebatan, jatuh-menjatuh kawan natijahnya ada yang meletak jawatan, sama ada yang tercicir kerana individu-individu tertentu atau kerana kepentingan peribadi.

Biarlah kita sama-sama berlapang dada. Buang sifat ego, besar diri dan keras kepala. Jangan mengadu domba, jangan jadi agen menabur fitnah ke merata-rata tempat, mohon maaf dan mengaku kesilapan itulah sifat pemimpin terpuji, dihargai dan Insyaallah dikenang sebagai pemimpin sejati.

aku menulis: Ust Osman Abd Hamid

28 September 2009

SEKITAR MAJLIS AIDILFITRI

video

Gamabr sekitar Sambutan Aidilfitri DPPB bersama pemuda baling, guru-guru PASTI dan penduduk sekitar. Dalam kesederhanaan terasa kemeriahan sambutan.

Terima kasih di atas sambutan dan kehadiran semua pihak.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat