**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





09 October 2009

DEKLARASI PAS & DAP

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Katanya, sesungguhnya aku tidak dibangkit sebagai pengutuk tetapi aku diutuskan sebagai rahmat" (HR: Muslim).

Pengertian : Dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa baginda tidak diutuskan untuk mengutuk sesiapa tetapi baginda diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Sikap pengutuk itu amat tidak disukai oleh baginda. Ini kerana baginda merupakan manusia yang paling tinggi budi pekertinya. Sebab itu, baginda adalah contoh yang terbaik bagi ikutan kepada seluruh manusia.

Kesimpulan : Jauhilah sifat-sifat mazmumah yang boleh menyebabkan permusuhan di dalam masyarakat sebaliknya amalkanlah sifat-sifat mahmudah yang dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan keharmonian dalam masyarakat.

08 October 2009

"Duit DPPB dalam kocek antum semua...," Suhaimi Mat

Dalam DPPB dan PAS Kawasan Baling, gelaran "Mie bank" bukanlah sesuatu yang asing lagi. Beliau merupakan pemegang amanah kewangan hampir dalam semua program DPPB.

Ana teringat antara kata-kata yang pernah diungkapkan oleh anak kelahiran Parit Buntar, Perak ini di dalam mesyuarat DPPB, "Nak buat program, buatlah.. soal duit ada tak ada, pasti ada. Kita akan usahakan,". Kata-kata ini jelas menunjukkan komitmen & keperihatian beliau di dalam menunaikan amanah & tanggungjawab parti.

Beliau pernah bertugas di Sungai Petani dan berpindah ke Baling pada tahun 1993 dan akhirnya bertemu jodoh di sini pada tahun 1997. Mempunyai 2 orang cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga yang bertakhta di Taman Saga, Baling.

Anak bongsu daripada 3 adik beradik ini mula melibatkan diri dalam DPPB pada tahun 2001 sebagai ajk dan akhirnya mempertahankan jawatan bendahari DPPB hingga ke hari ini.

Di dalam memikul amanah ini, beliau mengharapkan agar DPPB akan sentiasa dihormati dan beliau akan terus menyumbang kepada parti walaupun tanpa jawatan. Sesungguhnya beliau mengakui tidak pernah merasa pahit di dalam perjuangan sebaliknya kenangan manis bersama sahabat-sahabat adalah sangat berharga.

Yang menariknya juga tentang beliau ialah sangat menyukai semua jenis masakan terutamanya yang "free" (sahabat belanja). Bukan apa sebagai tanda menghargai sahabat.... semoga beliau sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

05 October 2009

BAGAN PINANG

DUN Bagan Pinang: Persaingan satu lawan satu BN-PAS

8.55 am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.8.56am:Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".

9.00 am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".

9.16 am: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan.

9.17 am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.

9.20 am: Ketegangan meningkat. Kira-kira 50 anggota polis pencegah rusuhan membuat benteng antara penyokong BN dan Pakatan. Namun mereka terus melaung antara sama sama lain.

9.31 am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.

9.33 am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati pencadangnya bukan dari Bagan Pinang. Penyokongnya penduduk Bagan Pinang. Beliau sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.

9.40 am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.

9.42 am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang."Kita mahu menang," katanya kepada pemberita. Menurutnya, majoriti dalam pilihanraya umum 2008 adalah 2,000 lebih undi. Jadi tidak mustahil untuk pembangkang menang kali ini.Bagaimanapun, beliau mengaku persaingan di Bagan Pinang adalah sengit bagi PAS, tetapi beliau yakin boleh menang.

10.00 am: Ketegangan meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.

10.14 am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.

petikan: PAS Kuala Kangsar

04 October 2009

Sahabat yang seorang ini…

Ana tidak pernah berhasrat untuk menulis perihal sahabat yang seorang ini. Apatah lagi sahabat2 yang lain. Tetapi entah mengapa hati meronta2, mendesak dan memaksa ana melakukannya. Ana memalaskan jari lantaran menyedari kekurangan diri. Akhirnya ana berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan akal untuk ana memulakannya.

Ana mendapat berita dukacita yang melanda sahabat yang seorang ini. Ianya sampai kepada ana di awal pagi, di subuh hari. Setibanya ana di rumah semalam tergerak hati untuk membuka handphone yang kehabisan bateri sejak di perjalanan pulang. Namun, kerana kepenatan ana membiarkan sahaja, walau hati terus berbisik. Di pagi hari, di subuh hari kerana tidak tahan dengan kehendak hati, ana terus membuka handphone. Subhanallah, betulkan sms ini, hati ana tidak keruan. Gambaran derita yang ditanggung sahabat yang seorang ini menyenak di kepala. Pelbagai andaian bermain-main difikiran, tidak kurang rasa bersalah menyerang diri kerana melayan kepenatan sendiri tanpa ana sedari derita sahabat yang seorang ini.

Bagi mendapat kepastian berita dan cerita, ana cuba menghubungi sahabat yang mungkin bersama dengan sahabat yang seorang ini semalam. Pasti keresahan, kesedihan, kekeliruan, kebuntuan dan kegelisahan bersarang disanubari sahabat yang seorang ini. Oleh kerana gagal, ana tiada pilihan selain menghubungi sendiri sahabat yang seorang ini. “Ya! Allah berikanlah kekuatan iman dan kesabaran kepada sahabat ana yang seorang ini. Jangan biarkanya bersendirian menghadapi musibah ini”.

Setelah mendapat perkhabaran, ana meminta agar isteri segera bersiap bersama anak-anak untuk dihantar ke sekolah kerana ana ingin bersegera mendapatkan sahabat yang seorang ini. Beliau pasti memerlukan sokongan dan bantuan.

Alhamdulillah, ana bertemu dengannya. Sedikit kegelisahan terpadam di hati ana apabila melihat sahabat yang seorang ini masih mampu berdiri dan bersuara. Ketika bersalam dengannya, ana melihat bulu romanya menegang dan ada sedikit kerutan didahinya. Sah sahabat yang seorang ini memaksa diri dalam kepayahan bagi menyembunyikan maksud tersirat di hatinya. Ana yakin dan pasti sesiapa jua berasa perit dengan musibah ini.

Sepanjang perjalanan bersama sahabat yang seorang ini, ana cuba bertanyakan maklumat yang boleh membantu ana untuk membantunya. Dalam ketenggelaman punca, kami berdua bertindak mengikut apa yang tergerak di hati dengan harapan bahawa ianya petunjuk dari Allah SWT. Melihat riak wajah sahabat yang seorang ini, hati ana diserang rasa hiba dan sebak di dada. Betapa tabahnya hatimu. Hati ana berbisik. Dalam bibit percakapanya ana tahu sahabat yang seorang ini cuba menghilangkan kegelisahan hatinya. Ana biarkan sahaja, biarlah sahabat yang seorang ini berbicara. Biar terubat sedikit jiwanya. Jasadnya pasti keletihan kerana memikirkan musibah ini. Pasti batinnya menjerit supaya ianya segera berakhir. Ana juga berdoa sedemikian, malah ianya bermula sejak ana di sejadah subuh tadi.

Ana teringatkan perihal sahabat yang seorang ini sewaktu dulu. Sekiranya musibah ini berpanjangan pasti kita semua akan rindukan petah bicaranya dan tawa gembiranya seperti mana setiap kali kita bertemu. Lidahnya pasti kelu dan senyumannya pasti palsu. Siapa yang mampu tersenyum tatkala derita terbuku di qalbu. Namun bagi sahabat yang seorang ini, ana kagumi sikapnya. Beliau masih mampu menjawab panggilan dan mempamerkan senyuman dengan setiap persoalan seolah-olah musibah ini bukan berlaku padanya. Ini mungkin bukti sebahagian iman. Insyaallah. Kami teruskan perjalanan…

Berapa jauhkah perjalanan ini? Bisakah sahabat yang seorang ini tempuhi? Tidak pasti… tetapi insyaallah ana bersamanya. Pasti sahabat-sahabat yang lain begitu juga. Kan??? Setiap minit masa yang dilalui terasa begitu panjang. Detik ke detik begitu perlahan. Walau ana cuba memecut kereta selaju mungkin, namun pergerakannya masih terasa perlahan. Petah bicara sahabat yang seorang ini kadang-kadang berhenti dan tersekat-sekat. Nafas dan dadanya tentu kuat berombak. Ana berfikir sendirian, apakah yang mungkin ana ungkapkan agar ianya boleh menjadi halwa telinga? Entahlaaa… ana sendiri kelu.

Seketika semasa ana berfikir di rumah biru itu, sahabat yang seorang ini mendapat panggilan. Musibahnya bakal berakhir. Hajat dan doanya bakal termakbul. Alhamdulillah kami memanjatkan syukur. Derita dihatinya kian hampir reda. Biarlah ianya segera berlaku. Tidak sanggup untuk ana melihat riak derita berpanjangan di wajah sahabat yang seorang ini. Kegembiraan seorang ayah terpapar dipucat wajah sejak tadi. Senyumannya kembali berseri. Marilah. Biar ana segera labuhkan tirai derita untuk sahabat yang seorang ini. Bersegeralah. Lajulah. Bertemulah. Bersyukurlah.

Dalam sendu kegembiraan itu, sahabat yang seorang ini mengatakan ke telinga ana, “Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat semua”. Ana menyahut ringkas, “ya”. Dalam hati ana berkata, besar sungguh kuasaMu, luas sungguh rahmatMu Ya Allah untuk sebuah ikatan ukhuwwah di dalam perjuangan. Kepada sahabat yang seorang ini, ingin ana katakan di sini bahawa enta lulus dengan jayanya musibah ini. Doakan ana dan kami juga begitu..seperti dirimu ketika menghadapi ujian Allah.

UKHUWAH ITU INDAH….

Sabar, Redha & Ikhlas di Atas Musibah

Setiap musibah berupa bencana yang menimpa kaum muslimin pada dasarnya disebabkan oleh dua hal. Pertama, sebagai penghapusan dosa dan menambah amal ibadah bila kita bersabar atas musibah tersebut. Kedua, sebagai ujian kenaikan darjat di mata Allah.
Setiap kali menghadapi musibah berupa bencana, kita juga harus terus memperbaiki diri dan berintrospeksi mengenai kesalahan-kesalah kita di masa lalu dan berusaha dengan sabar untuk memperbaikinya. Setiap musibah yang terjadi disebabkan oleh perbuatan kita sendiri.
M.D Faisal
Musibah yang berlaku ke atas diri kita juga berkaitan dengan saudara yang lain. Ini kerana musibah yang berlaku boleh dijadikan peringatan kepada yang lain. Paling kita takuti dan semoga Allah menjauhkan kita daripada musibah yang merupakaan celaan dan penghinaan Allah semata-mata.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat