**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





13 August 2009

USRAH AJK DPPB






Buat kesekian kalinya usrah ajk DPPB diadakan. Kali ini, Sdr Suhaimi Mat selaku bendahari DPPB menjadi tuan rumah kepada majlis ini.

Pengisian usrah turut membicangkan soal hukum tajwid di dalam bacaan al-quran di samping membaca perlembagaan PAS pindaan 2001 sebagai usaha untuk mendalami perjuangan PAS. Al-Mathurat yang dibaca diawal usrah sedikit sebanyak memberi kekuatan jiwa kepada semua ajk dan diharapkan ianya menjadi rutin harian seperti juga bacaan al-quran yang ditekankan oleh Ust Zelani.

Di dalam buku fikrah untuk pejuang karangan Ust Nasruddin Hassan kali ini menyentuh soal pentarbiyah dan perkaderan ahli yang mana ianya merupakan tunggak kepada kelangsungan perjuangan PAS.

Pada malam ini, giliran Ust Zulkifli Jusah memperkenalkan diri untuk slot taaruf ajk. Ust Zul yang merupakan pemangku naib ketua pemuda merupakan seorang yang cukup berpengalaman di dalam dewan pemuda dan melalui sesi taaruf ini diharapkan semua ajk lebih memahami dan menyayangi di antara satu sama lain. ukhwah yang disemai biarlah berterusan dan lahir dari hati yang ikhlas.

Sebelum menangguhkan usrah kali ini, sedikit perbincangan telah dibuat berkaitan isu-isu semasa yang dilaporkan oleh setiausaha DPPB.

Majlis ditangguhkan pada jam 12 tgh malam dengan solat isyak berjemaah dan jamuan makan malam. SYukran kepada Sdr Suhaimi Mat. Sedap sungguh gulai ikan kering dan kerabu sotong tu...

10 August 2009

Ceramah YBhg. Ust Azman Shafawi bin Abd Rani



Ceramah yang diadakan pada malam 8 Ogos ini merupakan kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Jom Sertai PAS (JSP) yang dirasmikan oleh YBhg Sdr Sanusi Mat Nor.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Ust Roshidi yang merupakan pemangku Timbalan Ketua Pemuda diadakan serentak dengan majlis makan malam MTD Kupang yang turut diadakan di Dewan Badminton, Kupang.

Jumlah kehadiran ke program ceramah kali ini sangat menggalakkan iaitu seramai lebih kurang 2000 orang. Kejayaan ini merupakan bonus tambahan kepada DPPB selepas kejayaan mengadakan majlis pelancaran JSP dengan kehadiran pemuda-pemuda cawangan seramai 800 orang dan pendaftaran ahli PAS baru seramai 400 orang serta 4 orang ahli kelab penyokong PAS dari kaum India. Majlis penyerahan borang keahlian ini diwakili oleh Ust Ashri Abd Rahman kepada YBhg Ust Azman Syafawi.

Di antara isi ceramah yang menambat hati pendengar ialah soal kekuatan jentera PAS di dalam setiap siri pilihanraya kecil, pengaruh PAS di persada tanah air & antarabangsa, dan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia seperti Demonstrasi aman mansuh ISA, kepincangan kepimpinan Najib dan lain-lain.

YBhg Ust Azman Syafawi juga berjaya meniupkan roh perjuangan kepada pendengar dan menyatakan bahawa PAS kena bersedia menyambut kemenangan untuk memerintah Malaysia yang harus disertai dengan ahli di peringkat akar umbi.

MAJLIS PELANCARAN JOM SERTAI PAS DEWAN PEMUDA PAS BALING MENDAPAT SAMBUTAN

TARIKH : 8 OGOS 2009
MASA : 10.00 PAGI -4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BADMINTON KUPANG, BALING, KEDAH

Tentatif program

9.30 pagi - Pemuda Cawangan bertolak dari cawangan masing-masing ke dewan badminton Kupang, Baling

10.30 Pagi - Semua peserta program berkumpul di Dewan Badminton Kupang.

11.30 pagi - Majlis Perasmian
(Pengerusi Majlis : Ust Mohammad Zawawi bin Ibrahim

Ucapan oleh:

Ust Mohamad Roshidi bin Mohd Aroff
(Pengarah Program JSP DPPB)
Ust Osman bin Abdul Hamid
(Pemangku Ketua Pemuda PAS Baling)
Tn Guru Hj Abdul Wahab bin Hasan
(YDP PAS Kawasan Baling)
Ucapan Perasmian oleh Sdr Sanusi bin Mohd Noor
(Timb. Ketua Pemuda PAS Kedah)

12.40 petang - Makan Tengahari
01.15 petang - Taklimat konvoi (Bacaan Doa)
01.30 petang - Konvoi ke Kuala Ketil (Edar risalah JOM SERATI PAS)
04.00 petang - Bersurai

TURUT HADIR:
VIP : YB Cg Johari bin Abdullah (Timb. YDP PAS Kawasan Baling)

JUMLAH PESERTA KONVOI:
(800 orang)
Bilangan motosikal : 450 buah
Bilangan kereta : 7 buah

DPPB merakam ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa, VIP, Jemputan, dan semua pemuda-pemuda yang menjayakan program ini.

Pada hari ini juga DPPB Berjaya mendaftarkan 5 orang ahli kelab Penyokong PAS dari kaum India dan sasaran ahli baru PAS ialah seramai 1000 orang sehingga MAC 2010. Setakat hari ini separuh dari jumlah itu telah dicapai. Majlis penyerahan keahlian akan disampaikan semasa ceramah malam.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat