



Mereka adalah antara puluhan petugas PAS dari kalangan Unit Amal yang ditangkap secara rambang oleh pihak polis ketika meleraikan himpunan bersejarah tersebut. Gelaran 'tentera merah' diberi kepada anggota Unit Amal dalam peristiwa tersebut kerana pengorbanan dan ketabahan mereka mengawal keselamatan pimpinan PAS dan orang ramai walaupun terpaksa berdepan dengan FRU & bermandikan water canon.
Oleh itu, pihak DPPB merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan yang bersimpati untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perbicaraan tersebut (perjalanan, pengangkutan dsb). Anggaran kos yang diperlukan ialah RM1,200. Tuan-tuan & puan-puan yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Dewan Pemuda PAS Baling 02-048-01-000871-6 (BIMB Baling).
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ust Ashri (Setiausaha DPPB) ditalian 013-4219570.
Segala keprihatinan & sumbangan yang diberikan didoakan moga mendapat ganjaran dari Alllah subhanahuwataa'la. Terima kasih.