**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





04 October 2009

Sahabat yang seorang ini…

Ana tidak pernah berhasrat untuk menulis perihal sahabat yang seorang ini. Apatah lagi sahabat2 yang lain. Tetapi entah mengapa hati meronta2, mendesak dan memaksa ana melakukannya. Ana memalaskan jari lantaran menyedari kekurangan diri. Akhirnya ana berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan akal untuk ana memulakannya.

Ana mendapat berita dukacita yang melanda sahabat yang seorang ini. Ianya sampai kepada ana di awal pagi, di subuh hari. Setibanya ana di rumah semalam tergerak hati untuk membuka handphone yang kehabisan bateri sejak di perjalanan pulang. Namun, kerana kepenatan ana membiarkan sahaja, walau hati terus berbisik. Di pagi hari, di subuh hari kerana tidak tahan dengan kehendak hati, ana terus membuka handphone. Subhanallah, betulkan sms ini, hati ana tidak keruan. Gambaran derita yang ditanggung sahabat yang seorang ini menyenak di kepala. Pelbagai andaian bermain-main difikiran, tidak kurang rasa bersalah menyerang diri kerana melayan kepenatan sendiri tanpa ana sedari derita sahabat yang seorang ini.

Bagi mendapat kepastian berita dan cerita, ana cuba menghubungi sahabat yang mungkin bersama dengan sahabat yang seorang ini semalam. Pasti keresahan, kesedihan, kekeliruan, kebuntuan dan kegelisahan bersarang disanubari sahabat yang seorang ini. Oleh kerana gagal, ana tiada pilihan selain menghubungi sendiri sahabat yang seorang ini. “Ya! Allah berikanlah kekuatan iman dan kesabaran kepada sahabat ana yang seorang ini. Jangan biarkanya bersendirian menghadapi musibah ini”.

Setelah mendapat perkhabaran, ana meminta agar isteri segera bersiap bersama anak-anak untuk dihantar ke sekolah kerana ana ingin bersegera mendapatkan sahabat yang seorang ini. Beliau pasti memerlukan sokongan dan bantuan.

Alhamdulillah, ana bertemu dengannya. Sedikit kegelisahan terpadam di hati ana apabila melihat sahabat yang seorang ini masih mampu berdiri dan bersuara. Ketika bersalam dengannya, ana melihat bulu romanya menegang dan ada sedikit kerutan didahinya. Sah sahabat yang seorang ini memaksa diri dalam kepayahan bagi menyembunyikan maksud tersirat di hatinya. Ana yakin dan pasti sesiapa jua berasa perit dengan musibah ini.

Sepanjang perjalanan bersama sahabat yang seorang ini, ana cuba bertanyakan maklumat yang boleh membantu ana untuk membantunya. Dalam ketenggelaman punca, kami berdua bertindak mengikut apa yang tergerak di hati dengan harapan bahawa ianya petunjuk dari Allah SWT. Melihat riak wajah sahabat yang seorang ini, hati ana diserang rasa hiba dan sebak di dada. Betapa tabahnya hatimu. Hati ana berbisik. Dalam bibit percakapanya ana tahu sahabat yang seorang ini cuba menghilangkan kegelisahan hatinya. Ana biarkan sahaja, biarlah sahabat yang seorang ini berbicara. Biar terubat sedikit jiwanya. Jasadnya pasti keletihan kerana memikirkan musibah ini. Pasti batinnya menjerit supaya ianya segera berakhir. Ana juga berdoa sedemikian, malah ianya bermula sejak ana di sejadah subuh tadi.

Ana teringatkan perihal sahabat yang seorang ini sewaktu dulu. Sekiranya musibah ini berpanjangan pasti kita semua akan rindukan petah bicaranya dan tawa gembiranya seperti mana setiap kali kita bertemu. Lidahnya pasti kelu dan senyumannya pasti palsu. Siapa yang mampu tersenyum tatkala derita terbuku di qalbu. Namun bagi sahabat yang seorang ini, ana kagumi sikapnya. Beliau masih mampu menjawab panggilan dan mempamerkan senyuman dengan setiap persoalan seolah-olah musibah ini bukan berlaku padanya. Ini mungkin bukti sebahagian iman. Insyaallah. Kami teruskan perjalanan…

Berapa jauhkah perjalanan ini? Bisakah sahabat yang seorang ini tempuhi? Tidak pasti… tetapi insyaallah ana bersamanya. Pasti sahabat-sahabat yang lain begitu juga. Kan??? Setiap minit masa yang dilalui terasa begitu panjang. Detik ke detik begitu perlahan. Walau ana cuba memecut kereta selaju mungkin, namun pergerakannya masih terasa perlahan. Petah bicara sahabat yang seorang ini kadang-kadang berhenti dan tersekat-sekat. Nafas dan dadanya tentu kuat berombak. Ana berfikir sendirian, apakah yang mungkin ana ungkapkan agar ianya boleh menjadi halwa telinga? Entahlaaa… ana sendiri kelu.

Seketika semasa ana berfikir di rumah biru itu, sahabat yang seorang ini mendapat panggilan. Musibahnya bakal berakhir. Hajat dan doanya bakal termakbul. Alhamdulillah kami memanjatkan syukur. Derita dihatinya kian hampir reda. Biarlah ianya segera berlaku. Tidak sanggup untuk ana melihat riak derita berpanjangan di wajah sahabat yang seorang ini. Kegembiraan seorang ayah terpapar dipucat wajah sejak tadi. Senyumannya kembali berseri. Marilah. Biar ana segera labuhkan tirai derita untuk sahabat yang seorang ini. Bersegeralah. Lajulah. Bertemulah. Bersyukurlah.

Dalam sendu kegembiraan itu, sahabat yang seorang ini mengatakan ke telinga ana, “Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat semua”. Ana menyahut ringkas, “ya”. Dalam hati ana berkata, besar sungguh kuasaMu, luas sungguh rahmatMu Ya Allah untuk sebuah ikatan ukhuwwah di dalam perjuangan. Kepada sahabat yang seorang ini, ingin ana katakan di sini bahawa enta lulus dengan jayanya musibah ini. Doakan ana dan kami juga begitu..seperti dirimu ketika menghadapi ujian Allah.

UKHUWAH ITU INDAH….

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat