**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





07 January 2010

KEABSAHAN MANHAJ PERJUANGAN - MINDA PMNGK KETUA PEMUDA


-Ust Osman Abd Hamid-

Kerana Allah. kita masih dipertemukan
kerana keyakinan, kita terus berjuang
kerana kepercayaan kita terus diamanahkan
kerana kesabaran kita, kita terus dinasihatkan
kerana keperihatinan kita, kita terus diprogramkan
kerana sunnah, kita terus mengamalkan
kerana jihad, kita terus tegakkan
kerana akhlak, kita hiasi diri kita dengan hiasan perjuangan...

Persoalan samada perjuangan untuk Islam atau untuk PAS seharusnya tidak timbul kerana apabila kita berjuang dalam PAS, maka jelas dasar dan matlamatnya ialah menegakkan kedaulatan Islam...begitu juga sebaliknya. Dan Islam tertegak diatas jalan jamaah, bukan atas jalan individu.

Umpama sebuah hadis yang mengibaratkan perjuangan kita ini sepertimana sekumpulan kambing..apabila kita keluar dari kumpulan itu..ketika itu, awas! mungkin kita akan dibaham oleh serigala..

Contoh daripada Para Sahabat r.a adalah yang terbaik dan mesti dijadikan siri tauladan sepanjang masa...bilamana mereka meletakkan keimanan ditempat yang pertama, kerana keyakinan yang tinggi kepada Allah Taala.

Bagi meningkatkan keimanan dan keyakinan terhadap perjuangan, maka kita mesti memperbaharui keyakinan setiap ketika dengan meletakkan keimanan sebagai teras dalam setiap kerja-kerja perjuangan kita. Ini penting bagi menampung tahap keimanan kita yang kadang kadang terkurang.

Mengambil pengajaran dari golongan muhajirin dan ansor yang sanggup mengenepikan segala kepentingan diri sendiri demi jamaah dan perjuangan lantaran keimanan yang jitu dan teguh terhadap Allah dan Rasul. Sanggup mengorbankan segala-galanya demi Islam. Inilah yang sepatutnya menjadi aspirasi perjuangan setiap amilin yang cintakan Islam.

Bagaimana keperihatinan para sahabat r.a terhadap sahabat yang lain, saling memahami masalah yang dihadapi oleh sahabat dan sentiasa pula saling membantu. Golongan muhajirin yang datang ke Madinah sehelai sepinggan dibantu oleh golongan Ansor tanpa rasa terbeban.
kenapa, kerana keyakinan terhadap perjuangan Islam.

Bagaimana komitmen yang diberi oleh para sahabat r.a dalam melaksanakan kerja-kerja Islam. Sehinggakan nikmat Islam itu sampai kepada kita hari ini. Seandainya tidak ada komitmen dari para sahabat r.a. sudah tentu api perjuangan Islam ini telah terpadam lama dahulu lantaran sengitnya mehnah dan tribulasi yang terpaksa ditanggung oleh para pejuang Islam.

Bagaimana dengan pimpinan yang gugur di tengah jalan perjuangan akibat dari terpesong arah dan matlamat perjuangan. dan bagaimana pula dengan pimpinan yang terus berjuang hingga ke saat ini.., inilah golongan yang menegakkan sunnah dalam kehidupan mereka...Dan Allah Taalam mengurniakan pendirian yang tegas dan jelas dalam diri mereka...

Sebagai pejuang, wajib bagi kita bermuhasabah tentang setiap amalan yang kita lakukan agar tidak lari dari keabsahan perjuangan yang pastinya akan dibuat penilaian oleh Allah Taala. Amat rugi seandainya setiap tenaga dan buah fikiran, masa dan wang ringgit yang kita belanjakan untuk perjuangan Islam tiba-tiba tertolak lantaran gagal dalam ujian penilaian keabsahan perjuangan oleh Allah Taala.

Semangat jihad perlu padat,perlu mampat,perlu kepada tekad dan nekad, perlu terus menyala hingga ke akhir hayat...sekiranya ia terpadam, maka langkah perjuangan terhenti, matlamat perjuangan mula diragui, keikhlasan dan ketulusan dalam perjuangan mula dikotori dengan perasaan curiga dan benci...akhirnya medan perjuangan menjadi duri yang tajam dan bisa, memusnahkan keyakinan terhadap tuntutan perjuangan...maka dppb perlu sentiasa menyuntik semangat jihad bukan sekadar terhadap ajknya semata-mata malahan perlu turun kecawangan-cawangan untuk bersama menggerakkan keyakinana masyarakat terhadap tuntutan jihad itu sendiri dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Maka seharusnya kita mengorak langkah dengan lebih laju memacu perjuangan dengan dasar dan matlamat yang jelas dan tersusun serta kita juga lulus cemerlang dalam ujian keabsahan perjuangan oleh Allah Taala.

...sahabatmu..

1 comment:

Anonymous said...

tolong klik sini:
http://jutawanklik.com/?a_aid=onemorezero

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat