As-Syahid Ust Ibrahim Mahmud
Di antara syahid Memali.
Di dalam perancangan DPPB, bagi mengesahkan data-data yang sekian banyaknya tentang sejarah tersebut, pihak DPPB akan berusaha menjejaki semula di antara tokoh-tokoh penting yang betul-betul terlibat di dalam peristiwa 19 Nov 1985 itu. DPPB melalui rujukan tertentu akan mengenalpasti individu2 yang benar-benar dikatakan anak murid dan orang kepercayaan As-syahid Ust Ibrahim Libya.
Berapakah bilangannya?, Bagaimanakah keperibadian mereka?, Apakah yang sebenarnya berlaku?, Bagaimanakah ianya berlaku?, Siapakah yang ditahan? Pengalaman penahanan?, Apakah yang berlaku selepas peristiwa tersebut?, merupakan antara pertanyaan yang akan dirungkaikan oleh DPPB. Berpandukan dengan tulisan yang sedia ada, DPPB akan berusaha membuat tapisan dan perancangan yang terbaik bagi memastikan tiada lagi penyelewangan maklumat ke atas peritiwa Memali.
Insyaallah pendokumenan semula itu adalah semata-mata untuk menelusuri secara jujur tentang peristiwa yang dikatakan meninggalkan kesan yang besar kepada perjuangan PAS. Membangkitkan semula "tokoh-tokoh kampung" di Memali yang sebenarnya terlibat adalah amat perlu kerana jasa mereka sangat besar kepada As-Syahid Ust Ibrahim Libya.
Semoga usaha yang murni ini mendapat kerjasama dan pertolongan daripada semua pihak dan beroleh keberkatan di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment