Kehadiran pemuda yang membanggakan menunjukkan semangat perjuangan yang tidak pernah mati..Terus berjuang....
30 January 2010
Perasmian Mesyuarat Pemuda Cawangan Kg Tembak A
Kehadiran pemuda yang membanggakan menunjukkan semangat perjuangan yang tidak pernah mati..Terus berjuang....
foto pilihan...
PASTI NURUL SAADAH.
Caw. Batu Tujuh. Rambong. Baling. Kedah.
Pengelola: En. Zulkifli B Isa.
Antara PASTI yang mempunyai senibina menarik dalam Kawasan Baling. Juga beroperasi sebagai markas MTD DUN Bayu. Mempunyai prasarana yang bersesuaian untuk program-program peringkat kawasan. Berdekatan dengan kediaman YB Parlimen Baling.
27 January 2010
PEMUDA BATU 7,PADANG RAMBONG GIGIH PENUHI AKTIVITI KEPEMUDAAN
26 January 2010
AJK DPPB - BERUSAHA JANA KEWANGAN
Jualan ini dibuat sempena dengan kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ust Marzuki (Timb Lajnah Tarbiyah) di masjid tersebut. Sebelum menamatkan kuliah Ust Marzuki juga telah memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas hadirin yang hadir untuk sama-sama menyumbang kepada DPPB khususnya untuk membaik pulih pejabat DPPB sedia ada. Alhamdulillah AJK DPPB tidak pulang dengan tangan kosong.
AJK DPPB yang hadir untuk jualan tersebut ialah Ust Mohd Nor (Pengarah Unit Amal Baling) dan Ust Saad (Timb Pengerusi PASTI)
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan. Semoga Allah membalas jasa baik semua..
24 January 2010
DPPB serah borang Ahli PAS -dr DPPNK
Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November 2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS.
Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat.
Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.
Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali.
Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling" .
MESYUARAT AGONG PEMUDA SELARONG PAYA BESAR
23 January 2010
foto pilihan...
22 January 2010
Usrah DPPB - Tiga "Tungku" PAS.(5 Safar 1431H)
-Alfadhil Ustaz Hj Abdullah Isa bin Hj Abdul Hamid.
-Terima kasih atas kesudian menerima ajk dppb untuk berusrah di kediaman beliau di Kg Sadek, Kupang, Baling.
-Terlibat secara aktif dalam mencari sumbangan material untuk melicinkan gerakan jamaah.
-DPPB mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan diberikan.
Ustaz somat 'ana united', Ustaz Pak Ya unit Amal, Sdr Arman Jusoh...istiqamah dengan usrah.
Ustaz lan pen s.u, ketua penerangan, Ustaz syidi Timb. KP dan Ust Man KP...juga istiqamah dengan usrah
mie bank bendahari, ust Marzuki tarbiyah, Ust Zul P. PASTI, Setiausaha dppb, ust wieeee....pun istiqamah dengan usrah...
senjata paling ampuh bagi meneruskan kelangsungan usrah....makan preee...syukran ust lah...nanti kami pi lagi untuk bakaq ikam dalan kolan tuuuu plak...he...he...
Usrah yang membicarakan persoalan 3 tungku utama dalam PAS iaitu Ulama, profesional dan aktivis nampaknya dicernakan dengan begitu baik oleh ahli usrah. setiap ahli diberi masa selama 4 minit untuk menyuarakan idea dan pendapat serta hujjah bagi melumatkan kefahaman ahli terhadap tajuk yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hassan At Tantawi dalam tulisan beliau 'Bingkisan Fikrah untuk pejuang' yang menjadi bahan wajib yang dibincangkan dalam usrah DPPB.
....ulama tidak sahaja penuh ilmu didada tetapi juga terhias peribadi mereka dengan taqwa dan amal yang soleh, menjadikan diri mereka tawadhu' dan zuhud. Mereka memimpin parti dan ahlinya dengan keihklasan dan ketaqwaan disaat orang belum mengenali planning, analisis swot dan sebagainya. Pun begitu, mereka berjaya membangunkan insan dan jiwa berjuang bangkit menentang boneka penjajah yang memerintah negara....(nasrudin. 2009)
p/s: tiada dalam liputan ialah ust mat zan PA System (lewat kit) dan Timb. PASTI...(cameraman)
Usrah Pengukuh Ukhwah antara kita.....harapan DPPB tetap sama dan satu....Takbir!!!!!!
....sahabatmu...
21 January 2010
DEDIKASI BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN
Salam ingatan dan terima kasih kepada semua sahabat yang menemani di persada perjuangan ini...
Ust Osman, Ust Rashidi, Ust Zulkifli, Ust Helmi, Ust Fadlan, Abg Mie, Ust Ashri, Zikri,...dan sahabat2 ajk semua.
















