**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





24 May 2009

"JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG KAMI BUAT DI KELANTAN" - YB. Zaki Ibrahim




Baling, 28 Mac 2008. - "Jangan ulangi kesilapan yang kami buat di Kelantan". Itulah antara intipati ucapan perasmian oleh YB.Zaki Ibrahim, Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPP Baling Kali ke-27 yang bertempat di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling. Ucapan perasmian yang diikuti oleh lebih 800 orang perwakilan dan pemerhati itu sangat memberi kesan yang mendalam terutama sebagai satu muhasabah setahun perjalanan DPP Baling dalam era kemenangan PAS di Kedah.
Dalam ucapannya, YB. Zaki Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kelantan dan Timbalan Speaker DUN Kelantan mengungkap amanat YAB Tn.Guru Dato. Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada seluruh ahli Yang Berhormat DUN Kelantan ketika Kelantan diperintah dengan kelebihan 1 kerusi pada tahun 2004, bahawa kita harus meletakkan perjuangan Islam melebihi kebendaan dan segala-galanya. " Kami di Kelantan dengan 1 majoriti, tuan-tuan boleh bayangkan bagaimana suasana pada masa tersebut. Tapi kami alhamdulillah, semua 23 orang wakil rakyat tersebut dikalangan PAS. Tiap kali persidangan dewan, kita 'kurung' wakil rakyat kita, kita pesan kepada wakil rakyat kita, jangan keluar dari dewan ini semasa persidangan. Hatta kalau hendak buang air pun, tunggu hingga selesai sidang dewan." Itulah antara cabaran yang dilalui oleh setiap ADUN PAS Kelantan bagi menghadapi kemungkinan usul undi tidak percaya oleh ADUN-ADUN BN setiap kali persidangan. Berkat suntikan tarbiah yang mantap oleh YAB Tn. Guru Dato' Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar, akhirnya Kerajaan PAS Kelantan berjaya mengekalkan & mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum ke-12 Mac 2008 yang lalu.
Beliau juga memberi amaran kepada pemuda, jika pemuda tidak bekerja untuk mengisi & mempertahankan kemenangan PAS khususnya di Kedah, maka tidak mustahil Kedah akan jatuh ke tangan BN pada pilihanraya umum akan datang. Ini katanya, apabila memperoleh kemenangan, bahana yang menimpa kepada kebanyakkan petugas PAS terutama pemuda, ialah berebut jawatan dalam kerajaan dan parti, lobi-melobi, surat layang, sms fitnah, komplot menjatuhkan sesama ahli secara senyap dan terang, sehingga menyebabkan tugas dan tanggugjawab utama dalam parti untuk memperjuangkan Islam terabai. Inilah yang berlaku di Kelantan ketika diawal kemenangan, menyebabkan golongan muda tidak mengundi PAS pada pilihanraya umum 2004. Majlis perasmian yang berakhir sekitar jam 11.30 pagi tersebut turut dihadiri oleh AJK PAS Kawasan Baling, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling dan para pemerhati luar termasuk Special Branch (SB).

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat