Mesyuarat telah diadakan di MPKB, Kupang pada 18 Julai 2009 jam 9.00 malam. Kehadiran Ketua Pemuda Cawangan & Setiausaha Pemuda Cawangan atau wakil ini diharapkan mampu menghangatkan semangat pemuda-pemuda cawangan untuk sama-sama menyertai program JOM SERTAI PAS (JSP) pada 8 Ogos 2009 di Dewan Badminton, Kupang.
Sebelum daripada itu, Ust Ashri memperingatkan pemuda cawangan tentang konvoi yang akan diadakan pada 25 Julai 2009 agar mencari wakil daripada cawangan masing-masing untuk memeriahkannya. Usaha ini adalah untuk menyaingi program-program yang dianjurkan oleh UMNO Baling yang tidak telus yang mana mereka menggunakan program-program belia untuk mempengaruhi anak-anak muda & pelajar sekolah.
Sebagai ucapan penutup, Ust Osman menyeru agar semua cawangan mengadakan program-program tertentu di cawangan masing-masing bagi menghidupkan semangat perjuangan. DPPB akan memberi masa & sokongan kepada segala perancangan cawangan. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment