**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





17 December 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH KITA ADALAH UNTUK ISLAM

Oleh : Osman Bin Abdul Hamid

Ketua Dewan Pemuda PAS Baling

ASSALAMUALAIKUM,

Tahun hijrah yang disambut oleh ummat Islam saban tahun diseluruh dunia adalah merupakan amalan yang baik dan terpuji ,ianya bermula dengan cetusan oleh pelupurnya Saidina Omar Al-Khattab yang ingin melihat ummat Islam mempunyai taqwimnya yang tersendiri sebagai penggunaan tarikh harian ummat Islam dalam setiap urusan sama ada rasmi atau tidak ,maka bermulalah kiraan semenjak tahun pertama nabi berhijrah iaitu setelah menjadi Rasul selama 13 tahun .

Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kadang kita lupa bahawa kita sudah masuk tahun baru hijrah ,tahun kiraan kita sebagai ummat Islam yang kita masih bingung bagimana kiraannya atau kita memang tidak peduli dan tidak ambil tahu,walau bagaimanapun jangan kita lupakan bahawa kita ummat Islam mempunyai keistemewaan tersendiri dan kelebihan yang berbagai-bagai dalam apa jua keadaan,didalam berbagai perkara.

Tahun Hijrah yang tiba biarlah kita sambut dengan berbagai pengisian yang menyedarkan ummat,sama-sama kita membaca doa awal dan akhir tahun,moga Allah beri keberkatan dan keredaan dalam setiap amalan dan urusan harian kita,moga tahun yang mendatang memberi sinar yang lebih baik kepada amalan harian kita dan kepada perjuangan Islam.

Hijrah dan Jihad adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan kerana ada hijrah disitu adanya jihad,ada jihad disitu diperlukan hijrah ,Islam perlukan kita sebagai seorang yang berjihad dijalan Allah,Islam perlukan kita untuk berhijrah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik.Hanya orang beriman yang berhijrah dan berjihad yang akan mendapat kejayaan.

Dalam semangat hijrah yang dilaungkan kita perlukan matlamat yang jelas,telus ,murni dan terbaik,tidak bermakna jika matlamat kita masih kabur,mempunyai tujuan yang boleh merosakkan Islam dan jemaah,tidak dimurnikan dengan perlaksanaan yang baik,porak peranda ,hasad dengki dan berbagai perkara buruk dan mazmumah.Kita perlukan segala kebaikkan dan pemurnian,jangan hipokrit dan bersifat munafik dan terlalu mementingkan diri sendiri.

Kita perlukan teman seperjuangan yang membantu kita mencapai matlamat laksana Abu Bakar yang menjadi teman setia kepada Rasulullah .Adakah kita orang yang menjadi teman setia dalam meneruskan perjuangan ,atau kita orang yang menambah masaalah dan beban dalam melayari bahtera.Jemaah rosak kerana kita,Sahabat dalam jemaah pening kepala dan berserabut kerana kita,fikirlah bagaimana mengurangkan beban sahabat –sahabat bukannya menambat masaalah yang akan menjadi lebih tenat.

Kita perlukan sokongan dari kawan dan taulan ,merekalah yang akan menyerlahkan lagi cita-cita kita .Merekalah akan memberi dorongan dan motivasi perjuangan bagaikan orang Ansor yang sentiasa terbuka menerima kedatangan muhajirin dan membantu membantu mereka.

Tempat yang boleh menjadi tapak untuk meneruskan cita-cita Islam diperlukan dalam merencana dan memprogramkan hasrat ,misi dan visi .walau terpaksa menyusuri berbangai bongkah ,bukit atau lautan. Tamsilnya bumi Madinah Bandar yang dipenuhi Nur Ilahi penerang buana dan disini bumi yang tapaknya Islam menjalar diserata dunia.

Selangkah kehadapan bagai panglima Islam terbilang ,tanpa menoleh kebelakang dengan matlamat hijrah kita adalah untuk Islam ,sematkan dijiwa semangat para pejuang,pakaian jihadnya tidak pernah lekang dari badan ,sentiasa sahut arahan dan cabaran.

Selamat menyambut tahun Hijrah 1431 Hijrah

Daripada : DEWAN PEMUDA PAS BALING


1 comment:

pak you said...

salam,saya amat kecewa apabila ahli parlimen baling pon tidak hadir sidang parlimen..kata sibuk sangat sampai nak turun kawasan pon tak dan alasan kata sibut sidang parlimen la..tp sidang parlimen pon tak gi..smpai cawangan mengkuang dah nak tubuh cawangan umno dah..pemuda baling pon jgn dok ngaga saja..mesti turun setiap minggu ke cawangan ambil tahu apa perkembangan bangan apa yang berlaku..malas nak tulis bnyak...nnt ayat yg tak sepatutnya..terkeluar plak..semperna maalhijrah ni tolong buat perubahan sebelum terlambat.drp anak jati mengkuang tengah.

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat