**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





10 February 2010

DPPB KOMITED MENGUMPULKAN 2000 PEMUDA



Dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah, menambahkan majoriti undi di dun Kuala Ketil dan dun Kupang serta menawan dun Bayu, DPPB berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik golongan pemuda untk bersama-sama dengan PAS. Kami menyedari peranan dan pengaruh undi pemuda kepada kemenangan PAS khususnya di Kedah.

Oleh itu, Ust Osman di dlm mesyuarat semalam menegaskan agar semua ajk DPPB dengan kerjasama ketua pemuda cawangan perlu komited dalam menangani isu pemuda. Kita tidak mahu hanya sibuk melayan isu perdana sehingga lupa pemuda-pemuda di kawasan kita. Pemuda adalah nadi perjuangan PAS. Denan perkelahan perdana yang bakal diadakan ini, DPPB yakin kita dapat mengumpulkan 2000 pemuda Baling malah dijangkakan lebih daripada itu. Undangan dan kehadiran Tn Hj Mohd Sabu adalah pilihan yang tepat untuk bersama pemuda.

Justeru itu, ayuhlah kepada semua pemuda Baling, sama-sama kita berkelah dan menanamkan ukhuwah demi memperjuangkan ISlam. Ayuh buktikan keimanan kita. Ayuh kita gerakkan anggota kita untuk memenangkan ISlam. Ayuh kita sebarkan dan gerakkan sahabat-sahabat kita yang seagama dengan kita. Ayuh bangkitlah bersama DPPB. Insyaallah dengan komitmen kita itu, pastinya dibalas oleh Allah SWT.


Mesyuarat DPPB khusus utk perkelahan perdana. Bermula 11.00 malam sehingga 2.00 pagi.
hari Selasa..
Ust Marzuki dan beberapa AJK komited mendapatkan sumbangan sehingga ke P.Pinang utk menampung budget perkelahan. Balik kuliah pkl 11.00 mlm terus ke SMADI..terima kasih kpd penderma..


Pemangku Timb Ketua Pemuda Ust Rashidi, sibuk menguruskan poster dan surat jemputan YB. Cg Johari, YB Cg Ki dan YB Ust Taib Azamudden.


Ukhuwwah yang mantap sanggup bermesyuarat walaupun mata pejam. dah pukul 1.00 pagi tp masih boleh senyum dan memberi idea bernas.


Poster dan banner yang siap sedia untuk diedarkan ke pelusok Baling, Sik, Kroh dan Grik..


Perancangan yang teliti dan idea sahabat diuruskan dengan baik oleh SU. Cadangan nak tumbangkan seekor lembu..Budget insyaallah akan diuruskan dengan baik...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas berjuang..

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat