**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





18 February 2010

TEKS USRAH - 3 TUNGKU PAS

Usrah DPPB kali ini berlangsung di rumah saudara Ust Khairul Azhar. Bermula jam 7.00 petang namun sahabat-sahabat DPPB mula mengalir pada jam 8.00 malam. Ini bukanlah sesuatu yang disengajakan tetapi kerana terpaksa menguruskan program-program lain yang kebetulan turut berlangsung pada waktu yang sama. Alhamdulillah di atas komitmen berusrah sebahagian besar sahabat2 masih mampu menghadirkan diri.

Teks usrah kali ini berkisarkan kepada 3 tungku PAS iaitu golongan aktivis, profesional dan ulama. Memaham dan menamkan fikrah yang jelas kepada kepentingan ketiga-tiga tungku ini amat penting. Penulisan dan penerangan yang dibuat oleh KP PAS Pusat amat molek dan murni untuk menyatakan peri pentingnya 3 golongan ini.

Perbincangan dan buah fikiran yang diutarakan oleh sahabat2 berkait dengan isu ini juga sangat baik.

Golongan aktivis sering merasakan diri mereka dipinggirkan di dalam membuat sesuatu keputusan. Perasaan ini wujud kerana ada pihak yang merasakan pendidikan mereka tidak seberapa. Hakikat sebenarnya pimpinan seringkali membincangkan soal kebajikan mereka. Ini terbukti apabila pimpinan khususnya di Kedah selalu membicarakan soal projek dan pembangunan yang boleh dimanafaatkan untuk mereka kerana golongan inilah yang paling ramai di dalam PAS. Kebaktian mereka di dalam memenangkan PAS di Kedah tidak pernah dipandang enteng. Justeru para aktivis perlu sedar dan sabar menanti giliran masing2 untuk menikmati hasil kemenangan. Janganlah terlalu gopoh menilai dan menghukum kerana ia akan mengundang rasa kecewa.

Golongan profesional merupakan mereka yang berpendidikan tinggi. Ianya terdiri daripada mereka yang berpendapatan yang agak lumayan. Kehadiran golongan ini di dalam PAS juga amat penting. Ini kerana profesional berjaya menstrukturkan dan mengorganisasikan PAS ke arah yang lebih baik. Selain itu, mereka juga merupakan golongan yang membantu menguatkan ekonomi PAS. itu hakikat yang perlu diakui. Namun golongan ini perlu sedar bahawa kehadiran mereka perlu diselaraskan dengan 2 tungku yang lain. kebijakan yang ada pada mereka perlu dikawal supaya tidak sampai mengeruhkan parti. Kekeruhan berpunca akibat salah faham lantaran perbezaan tahap pendidikan.

Golongan ulama merupakan tunjang perjuangan PAS. Ulama menjadi pakar rujuk segala kesulitan yang berlaku. Ulama seharusnya dihormati kerana tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul mereka. 2 tungku PAS yang lain perlu berlapang dada dengan keputusan yang dibuat oleh ulama yang dipimpin oleh syura ulama. Kewajipan ini tetap dan tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana ulama mendatangkan keberkatan kepada PAS. Justeru, ulama perlu menjaga status ini dan berhati-hati di dalam tindak tanduk mereka.

Semua 3 tungku ini ada dalam DPPB dan seharusnya DPPB menjadi satu organisasi yang mantap dan berjaya. Kehadiran ketiga-tiga tungku ini perlu diraikan dengan sebaiknya. Persoalannya bagaimanakah untuk memastikan PAS di Baling lebih berjaya?

Jawapannya setiap tungku perlu berperanan dengan tugas masing-masing. kawal lidah, kawal hati dan tingkatkan ilmu. Berlaku adil kepada tanggungjawab masing-masing. Laraskan semua itu untuk mencari redha ALLAH dan ikhlas kerananya. Untuk mengikat ketiga-tiga tungku ini ialah dengan melahirkan rasa saling hormat menghormati.

Tegur-menegur dan nasihat menasihati dengan hikmah dan sabar. Adab berjemaah jangan sesekali diabaikan walaupun kita beberapa kali terluka. Inilah yang dikatakan mujahadah di dalam perjuangan. Janganlah nanti kita menjadi seperti Qazman yang berjuang demi agama ALLAH akhirnya menjadi ahli neraka kerana tidak redha dengan apa yang berlaku.

Allahyarham Ust Fadzil Noor pernah menyebut untuk mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama. Ianya bertujuan untuk memastikan tidak wujudnya percanggahan dan pertikaian di antara dua gergasi ini di dalam PAS. Tetapi sahabat-sahbat perlu faham falsafah disebaliknya. Jangan sekadar mengambil kira pada title yang diberikan itu semata-mata. Kalau direnungkan apakah ini bermaksud, ulama kena jadi doktor atau engineer atau lawyer. atau adakah cikgu dan pensyarah pula perlu menjadi ulama dan mengajar bidang agama? Yang dimaksudakan oleh almarhum ialah menjiwai dan mengambil roh kepakaran kedua-dua golongan ini. Yang ulama teruskanlah dengan kerja ulama, begitu juga dengan golongan profesional. tetapi dari segi mengurukan kerja biarlah nampak profesional dan warak spt ulama'

wassalam.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat